Wednesday, January 18, 2012

`Regim Change'- Perang Salib belum berakhir!



Perang Salib Masih Belum Tamat

Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke 7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci.

Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan baitulmuqdis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada kristian ortordoks timur yang berpusat di Empayar Bizantine.

Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al Hakim menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyeramak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.

Terdapat pelbagai Perang Salib di mana yang besar sebanyak sembilan kali. Perang Salib yang penting dan terbesar berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang Islam tetapi juga di Iberia dan Eropah tengah.


Sehinggalah hari ini perang salib masih berterusan. Di Afganistan dan Iraq perang salib masih berlaku cuma dengan nama dan bentuk lain. Umat islam masih diperangi terutama di Palestin.

Apa Kaitan Dengan Kita? 

Perang Salib telah melebar hingga ke Malaysia? Baca kupasan dibawah tanpa prejudis. Sayangnya PAS ikut terjebak dengan kerja PKR yang mendapat sentuhan ... siapa?

Dalang menukar regim pemerintahan 

KITA telah peringatkan berkali-kali bahawa UMNO dan kerajaan jangan memandang rendah keupayaan pembangkang kerana mereka bijak mencipta fitnah, handal menyusun kejahatan dan terlalu pakar menimbulkan persepsi bagi mengundang keresahan rakyat supaya kerajaan dan pemimpinnya dilihat korup,tidak bermoral dan sebagainya.

Strategi Blitzkrieg seperti yang ditulis sebelum ini disini  "blitzkrieg iaitu Lightning war “  mula mereka laksanakan secara ageresif setelah sekian lama mereka mengumpul isu, merekayasakan fitnah dan menyedari PRU13 makin dekat, seluruh jentera mereka diarahkan bergerak untuk membunuh karekter pemimpin dan kepimpinan UMNO serta kerajaan dan sekaligus mengelirukan pandangan ataupun penghormatan rakyat kepada kerajaan dan pemimpin.

Fasa pertama mereka menyerang institusi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia dengan isu kehilangan enjin jet dan kapal selam, badan kehakiman, Polis Diraja Malaysia, Biro Tata Negara serta badan-badan strategic yang lain bagi membina persepsi negatif terhadap kerajaan. Tujuan utama mereka adalah untuk mengikis dan menghakis tahap kepercayaan rakyat yang telah terbina sejak sekian lama setelah PM Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Perbuatan sabotaj ini seolah-olah seperti satu penderhakaan kepada negara dan pembangkang meneruskan serangan fitnah mereka terhadap Rosmah Mansor dengan berbagai-bagai dakwaan liar supaya rakyat memandang sinis serta keji ke atas sebarang tindakan ataupun tingkah laku dan ketrampilan isteri PM Najib itu.Mereka berjaya memberikan persepsi buruk Rosmah di mata rakyat di luar.

Rosmah diserang dengan isu cincin,beg mewah dan isu wanita Monggolia tetap dikaitkan dengan beliau walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada pihak yang bertanggungjawab namun pembangkang masih kekal mengambil kesempatan menyerang Rosmah dan Najib dalam isu ini.

Persoalannya, mengapa Rosmah diserang begitu rupa? Jawapannya cukup mudah kerana PM Najib tidak mempunyai sebarang isu moral untuk diketengahkan. Dan adakah ini bukan merupakan satu perbuatan kejai serta jijik pembangkang? Jelas di sini pembangkang gentar dengan transformasi yang dibawa oleh PM Najib dan barisan kabinetnya.

Isu basi FELDA didendangkan semula. GLC dan GOC turut tidak ketinggalan untuk difitnah oleh pembangkang. Mengapa pembangkang menjadi FELDA sebagai kambing hitam sedangkan disinilah berkampungnya anak-anak Melayu dan adakah hanya kerana mahu meraih undi,pembangkang begitu sekali terdesak hingga terpaksa menggadaikan hak serta kepentingan ekonomi Melayu dan menjadi peneroka FELDA mangsa mereka?

Pembangkang tidak sunyi mencipta isu. NFC yang mereka dedahkan pada Ogos 2010 tetapi tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan akhirnya menjadi senjata utama kepada mereka untuk menyerang kerajaan pada hujung tahun 2011 hingga ke hari ini dengan menjadi Laporan Audit Negara sebagai rujukan mereka.

Kita telah ingatkan kepada jentera kerajaan dan parti supaya jangan sama sekali memandang rendah keupayaan pembangkang dan jangan menyerah bulat-bulat kepada rakyat untuk menilai benar atau tidak segala tomahan itu kerana pakar-pakar strategik pembangkang ini bukan `kecik anak’, mereka terlatih dan dilatih oleh pakar-pakar luar negara yang berselindung di sebalik Ngo-Ngo seperti Konrad Adenauer Foundtion (KAF) dan New Endownent For Demokract (NAD) yang bertanggungjawab menukar regim pemerintahan negara-negara lain sebelum ini.

Pakar-pakar strategic pembangkang ini akan sentiasa merencanakan agenda kepimpinan mereka malah kita percaya akan banyak lagi isu-isu serta kejutan-kejutan yang bakal mereka lakukan dan sekiranya kepimpinan kerajaan serta parti terus memandang rendah keupayaan mereka ini,kerajaan dan parti akan berdepan dengan masalah.

Pertubuhan Yahudi Jerman..

Sebab itulah dalam kita tidak sedar, kita diperdayakan dengan agenda Bersih yang didalangi oleh Bar Council yang mempunyai dana ratusan juta dari luar Negara (lihat Laporan Kewangan Bar Council) dan kita percaya agenda mereka tidak akan terhenti setakat itu dan akan ada lagi Bersih selepas ini dan salah satu agenda jelas mereka adalah LGBT atas alasan memperjuangkan hak asasi manusia.

Perancangan menumbang kerajaan serta menukar regim di dalam Negara kita ini adalah hanya satu perancangan mikro dari perancangan makro yang lebih besar di peringkat dunia. Tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu senarai Negara-negara yang tersenarai bersama dengan Negara-negara Libya, Turki, Kuwait, Mesir, Iraq dan Iran.

Satu peringatan penting untuk kerajaan, sesebuah negara itu hancur, tumbang ataupun musnah adalah lebih mudah sekiranya dihancurkan dari dalam serta segala yang berlaku sepanjang pemerintahan PM Najib ini seharusnya dijadikan iktibar dan melihat gerakan yang didalangi oleh apa yang dimaksudkan di atas bukan sekadar isu politik semata-mata tetapi satu gerakan menghacur serta memusnahkan akidah.

Jangan suatu masa, jika hari ini anak-anak kita keluar ke sekolah mengangkat beg dan juga buku tetapi akhirnya satu ketika, anak-anak kita keluar dari rumah mengangkat senjata untuk menuntut hak hidup di dalam negara sendiri seperti yang berlaku kepada umat Islam yang seagama di Palestine, Iraq dan beberapa negara lain.

 
saladin yang digeruni dan dirindui

Perang Salib belum berakhir!

6 comments:

Anonymous said...

Bandingan Kristian-M’sian First dan Cina Indonesia

http://helenang.wordpress.com/2012/01/21/bandingan-kristian-msian-first-dan-cina-indonesia/

Calvin menulis:
“I think you are absolutely right in pointing out the Rise of the Christian Right within DAP with the likes of Hannah, Tony, Teresa and the rest. I have noted that this is no accident but a deliberate strategy. In Penang and in Klang Valley, the churches are being used to propagate DAP’s agenda. Many DAP leaders speak in churches and there are a group of Christian leaders who are rabidly pro-DAP and never fail to influence their flocks to vote for the ‘Christian heroes’. If you recall, the tactics was used during the Sarawak State elections.”

Neutronboy said...

kembali bernanung dibawah alul bait... Raja2 Melayu...

Anonymous said...

umno pon sama ja selama ni.fitnah macam2.pandai dok guna utusan melayu dgn tv3.mcm cerita hampa spin. puuui!

Anonymous said...

kalau bn mmg cerdik,turunkan inflasi(disebabkan penggunaan wang kertas dan digital),tukar kpd dinar emas dan perak,turunkan harga minyak(kita negara pengeluar),kawal harga brg(krjaan ambil alih urusan org tgh),agihkan pendapatan negara kpd semua lapisan msyrakat(masa ni la org pusat zakat nak buat kerja!byk lagi yg miskin woi!),hapuskan perbankan yg terlibat dgn riba(penggunaan dinar emas dan perak akan selesaikan mslh inflasi).semua ini mmg ambil masa yg lama utk berjaya.patutnya dah dimulakan usaha2 ini dr dulu.tetapi pemimpin skrg tak cerdik!banyak habiskan duit kerajaan utk kroni.semoga diberi petunjuk-Nya

setiap hari aku dilihat..siapa..?? said...

mula-mula memang baik..bagus dibaca..tibax masuk soal politik lak dah...hampehhh...bole ke UMNO bersendirian tanpa MCA dan MIC..????..seharusnya tidaklah anda memandang pada sebelah pihak sahaja..sewaktu PAS memperjuangkan nasibnya secara solo..pun sama jugak lemparan katax yg digunakan..apatah lagi bila bersama PR..tak kemana perginya..

Anonymous said...

Parti Yahudi wa Nasara itulah Persekutuan Rasis

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan