Wednesday, January 11, 2012

Dr Hasan Ali Mangsa Racun Terselindung Dalam Kepimpinan PAS



PENDEDAHAN EKSKLUSIF
KONSPIRASI TERANCANG DALAM PAS UNTUK SINGKIRKAN PENGUASAAN ULAMA DALAM KEPIMPINAN

apa kaitan dengan "parasit"?
Dari dua sumber berbeza
Pendedahan 1. Penyokong UMNO
Pendedahan 2. Penyokong PAS

PENDEDAHAN 1


Rancangan sulit JIM (IRC) meruntuhkan kepimpinan Ulama PAS
membantu memperkukuh cengkaman Anwar dalam PAS

Dr Hassan jadi penghalang

PENYINGKIRAN Hassan Ali dari jemaah PAS bukan sahaja dilihat menguntungkan DAP ataupun PKR tetapi sebenarnya satu kemenangan awal kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang selama ini bercita-cita untuk menguasai kepimpinan PAS.

Memang DAP boleh tersenyum lega kerana Hassan Ali yang mereka sifatkan sebagai duri dalam daging kepimpinan kerajaan Selangor telah dipecat daripada PAS kerana Hassan Ali selama ini banyak menghalang gerakan-gerakan DAP untuk berkuasa penuh dengan menjadikan Khalid Ibrahim sebagai kuda tunggangan mereka.

Itu dari kehendak DAP tetapi yang sebenarnya kepimpinan PAS ataupun Hadi Awang sedar atau tidak bahawa dalam PAS ketika ini kelompok anggota atau bekas anggota-anggota JIM sedang merancang untuk mengambil alih secara keseluruhan pimpinan PAS.

Desakan Azmin Ali hanya sekadar ungkapan politik dan dengan berselindung disebalik kebencian DAP terhadap Hassan Ali, kumpulan yang pro Anwar mengambil kesempatan mendesak Hadi Awang membuat keputusan memecat serta merta Hassan Ali dari parti itu tanpa sebarang amaran.Peluang ini tidak dilepaskan oleh bekas anggota IRC ini.

JIM ini dulunya adalah serpihan daripada pertubuhan yang berpengkalan di England iaitu Islamic Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun dan di Mesir mereka lebih dikenali dengan nama ALAMI dan tidak dinafikan sewaktu mereka ini bergerak di England, IRC dianggotai oleh bijak pandai namun setelah mereka ini kembali ke Malaysia, IRC ditukar nama kepada JIM bagi memudahkan mereka bergerak untuk melengkapkan agenda penubuhan mereka..

Saari Sungib pernah menjadi Presiden dan Khalid Samad adalah antara pemimpin-pemimpin awal dalam pertubuhan ini dan dilihat seperti menjadi syarat kepada pertubuhan ini apabila mereka menyertai politik,mereka perlu mengosongkan jawatan mereka di JIM dan malang kepada Hassan Ali kerana beliau bukan sahaja dilihat menjadi duri dalam daging kepada DAP tetapi diihat juga boleh membantut usaha JIM untuk menguasai PAS secara cepat sebab itulah apa sahaja tindakan Hassan Ali ditentang oleh Khalid Samad termasuklah dalam isu DUMC dan juga penentangan Hassan Ali terhadap gerakan pihak tertentu memurtadkan orang Islam di Selangor.


Saari bekas Presiden JIM..

Tindakan rakus bekas Presiden JIM juga jelas apabila telah memilih calon-calon untuk PRU13 sehingga beliau diberikan kata dua supaya tidak melampaui kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada Presiden PAS.Kenapa Saari begitu berani mengumumkan senarai calon-calon untuk PRU13 di Selangor?

Sebab itulah penyingkiran Hassan Ali ini dilihat terlalu zalim serta drastik kerana Hassan Ali langsung tidak diberikan surat tunjuk sebab seperti lazimnya pada sesebuah pertubuhan kerana itulah peluang terbaik kelompok bekas pimpinan JIM ini menekan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menyingkir dan memalukan Hassan Ali dan Exco PAS ini akhirnya tumbang menjadi mangsa kerakusan kumpulan yang tidak senang dengan kelantangannya.

Sebagaimana satu ketika dulu ABIM yang bercita-cita untuk menguasai UMNO dengan kemasukan Anwar ke dalam parti itu dan ABIM gagal melaksanakan agenda mereka dalam UMNO apabila Anwar dipecat daripada semua jawatan lantaran kes liwatnya dengan Azizan.Serpihan anggota JIM bukan sahaja berada dalam kepimpinan tertinggi PAS tetapi turut sama berada dalam PKR kerana kerana mereka adalah penyokong kuat kepada Anwar Ibrahim.

JIM yang juga merupakan antara pertubuhan yang pro Anwar berpaling menyusup masuk dalam PAS bagi menguasai parti tersebut dan ternyata usaha bekas-bekas anggota JIM ini semkin nampak hasilnya dan pemecatan Hassan Ali adalah bukti jelas bahawa PAS sudah tidak mampu lagi bangga dengan konsep parti itu sebelum ini yang waras dalam melaksanakan tindakan.

PAS ketika ini bukan sahaja terpaksa berdepan dengan tuntutan DAP,bukan sahaja dilihat menjadi perkakas kepada DAP dan PKR tetapi kepimpinan tertinggi PAS dilihat gagal melihat gerakan tersusun dari dalam untuk menggantikan kepimpinan ulama kepada kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh JIM dan mereka akhirnya mengorban Hassan Ali tanpa disedari bahawa mereka telah mengorbankan dasar perjuangan PAS itu.

Semua orang pelik dengan alasan yang Hadi Awang berikan kononnya tindakan dan kenyataan Hassan Ali memudaratkan kepentingan PAS.Salahkah Hassan Ali memperjuangkan Islam kerana itu dasar tubuh PAS?Adakah menyalahi kepentingan PAS apabila Hassan Ali bersungguh mempertahankan akidah umat Islam di Selangor dan di mana salah sebenarnya Hassan Ali bila beliau vokal mempertahankan kepentingan Melayu serta Raja-Raja Melayu sedangkan beliau bertanggungjawab dalam portfolionya itu? Yang jelas Hadi Awang maupun Nik Aziz ataupun Dewan Ulama PAS sudah sesat dan tersasar jauh dari asas penubuhan parti ini.

Hadi Awang tidak boleh alpa dengan gerakan-gerakan bekas-bekas anggota JIM ataupun IRC yang sedang memegang jawatan dalam PAS ketika ini dan harus melihat bahawa sudah ada sesuatu yang tidak kena kepada parti itu apabila Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden PAS dan ini dilihat virus IRC yang dibawa masuk ke dalam PAS sudah mula menular dan tidak mustahil Hadi Awang yang akan tinggal bersendirian serta diperalatkan untuk sesuatu keputusan.




PENDEDAHAN 2

AGEN ERDOGAN
oleh Tulang


Rahman Talib belum hilang dendam lama terhadap Ustaz Harun Taib, Ketua Dewab Ulamak PAS Pusat.

Dendam beliau berpunca atau berakar umbi dari sokongan totok beliau ke atas kumpulan edorgan. Rakan saya memberitahu Rahman Talib tidak kenal siapa Ustaz Harun Taib sebenarnya kecuali ketika Ustaz Harun Taib pergi ke Amerika kerana menghadiri kem musim panas atas jemputan mahasiswa Malaysia di sana. Ketika itu Rahman Talib sedang belajar di Amerika.

Ustaz Harun Taib dianggap sebagai ‘penghalang’ dalam PAS bagi kelompok IRC di kampus dulu. Islamic Representative Council (IRC)   ditubuhkan di UK selain daripada Suara Islam, dan IRC merupakan serpihan ABIM selepas Anwar masuk UMNO.

Pelajar Malaysia ketika itu yang cenderung kepada kebangkitan Islam tidak mahu bersama ABIM, dan IRC lebih rapat dengan Ikhwan Alami yang anggotanya merupakan orang buangan atau orang buruan pemerintah dunia Arab sekular di zaman 80an dan 90an. Manakala Suara Islam lebih cenderung dengan pendekatan kumpulan Hizbul Tahrir dan Hezbollah.

Ustaz Harun Taib, selain daripada Ustaz Abu Bakar Chik dan almarhum Ustaz Hassan Shukri, dianggap menjadi “musuh’ oleh ahli dan pimpinan IRC yang sentiasa ‘kalah’ dalam perbahasan, perbincangan dan perdebatan mengenai isu partisan atau non-partisan, samada masuk pilhanraya syari’e atau tidak syari’e. Agenda IRC untuk menguasai PAS gagal di akhir 80an.

Kemudian IRC menubuhkan JIM di Malaysia sebagai platform NGO agar ahli IRC yang balik dari UK dan Amerika ada tempat untuk bergerak menjalankan kerja-kerja dakwah dan aktiviti Islam. JIM kemudian membenarkan ahlinya masuk UMNO dan PAS dengan misi tersirat.

Apabila Anwar disepak keluar dari UMNO pada tahun 1997, dan ketika almarhum Ustaz Fadzil Noor mengajak ahli PAS ‘memaafkan Anwar’, ramai ahli IRC dan bekas ahli UMNO mulai rapat dengan PAS. Gabungan semula ahli-ahli ABIM, PAS, JIM, Arqam, Tabligh, dan Suara Islam (UK @ Khalid Samad) selepas 1998 rentetan kes Anwar ini bagaikan biduk lalu kiambang bertaut. Semua rakyat yang menjadi simpati, penyokong, pendokong dan pejuang kebenaran yang menjadikan Islam sebagai matlamat kehidupan bergabung semula di bawah payung PR.

Lantaran ada dalam kalangan ahli IRC@JIM yang masuk PAS dan PKR. Mereka masuk PAS dan PKR dengan misi tersirat. Bagi ahli IRC@JIM yang ada “kes lama” dengan pimpinan PAS semasa mereka berada di universti dulu, mereka akan pilih PKR dari PAS. Hanya dua orang kuat IRC@JIM sahaja yang bersedia berdepan dengan pimpinan PAS terus masuk ke saf pimpinan Negeri dan Pusat, manakala yang lain menyelinap masuk di cawangan dan kawasan. Kini JIM telah pecah menjadi ISMA dan IKRAM, dua NGO baru kerana pimpinan utama dalam JIM sudah masuk PAS dan PKR. Samada ISMA atau IKRAM, roh ukhwah dan jamaah IRC masih utuh.

Rahman Talib mula tertarik dan terpegun dengan orang kuat IRC@JIM dalamPAS dan sanggup menjadi pencacai utama dan petugas khas kepada kumpulan ini yang dikenali juga sebagai erdogan. Kalau anda baca tulisan di blog ini mengenai hubungan Rahman Talib dengan erdogan, anda akan tahu lebih lanjut perkara yang berlaku di belakang tabir.

Oeh kerana Rahman Talib rapat dengan erdogan, dan erdogan tidak suka dengan Dato’ Dr. Hassan Ali, setelah Dato’ Dr. Hassan gagal memenuhi kehendak dan agenda erdogan dalam PAS dan Pakatan Rakyat, maka Dato’ Dr Hassan Ali harus diletak ketepi sepertimana mereka lakukan ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa apabila beliau gagal mengikut telunjuk endorgan.

Erdogan mencucuk Ustaz Nasaruddin Mat Isa supaya bertading melawan almarhum Ustaz Hassan Shukri. yang dilihat sebagai ‘penghalang’ kepada kemajuan IRC@JIM dalam PAS. Apabila Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak mahu dipengaruhi oleh misi erdogan dalam PAS, maka erdogan menyuruh Dato’ Hussam Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden melawan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Apabila gagal, maka mulalah serangan peribadi ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa atas nama isu UG (Unity Goverment) atau kerajaan perpaduan.

Dalam kesemua kes di atas, Rahman Talib menjadi batu api
  • memfitnah dan menyerang almarhum Ustaz Hassan Shukri kerana beliau dianggap menjadi pengahalang orang IRC@JIM untuk naik jadi calon dalam Selangor
  • menyerang Ustaz Nasaruddin Mat Isa habis-habisan sehinggalah dalam kempen untuk pemilihan JK PAS Pusat dalam Muktamar PAS 2009.
  • menyerang Dato’ Dr. Hassan Ali kerana Rahman Talib tidak dapat jawatan di Selangor , dan kerana Dato’ Dr. Hassan Ali tidak lagi bersama agenda erdogan dan menjadi penghalang suara Khalid Samad
  • menyerang Dato’ Mustafa Ali kerana Dato’ Mustafa Ali menyatakan 16 Sept adalah gimik politk sedangkan erdogan sudah berdiri teguh di belakang Anwar; sebelum itu, erdogan pernah menggunakan Mustafa Ali untuk memujuk Presiden supaya menggantikan PJ Selangor dari almarhum Ustaz Hassan Shukri kepada Dato’ Dr. Hassan Ali
  • menyerang Presiden PAS kerana Presiden PAS melantik Dato’ Mustafa Ali sebagai SU Agung menggantikan Dato’ Kamaruddin Jaafar, yang disebut sebagai proksi Anwar dan proksi erdogan dalam JK PAS Pusat; beliau menyerang Presiden PAS kerana kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO.
  • menyerang Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana mengambil tindakan disiplin ke atas Khalid Samad.
  • menyerang Ketua Pemuda PAS Pusat kerana Abdullah Karim kawan baru Rahman Talib tidak dilantik dalam Muktamar DPP sebagai AJK DPPP
  • menyerang anak TGNA kerana anak TGNA tidak sehaluan dengan Dato’ Hussam Musa
  • dan menyerang anak TGHA kerana anak TGHA menang dalam pemilihan AJK DPPP dan proksi Rahman Talib kalah.

Semua serangan ini dbuat secara terbuka dalam laman web malaysiawave.com oleh  Rahman Talib.

Kini dalam laman malaysiawave.com, Rahman Talib mencari kesempatan di atas isu Dato’ Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk menyerang Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Rahman Talib menyebut “Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat lidah bercabang” dalam lamannya 30 Disember lalu. Dalam ertikata lain, beliau menuduh Ustaz Harun Harun Taib sebagai munafik. Begitulah celuparnya mulut Rahman Talib terhadap pimpinan PAS.

Meskipun Rahman Talib mengutuk UMNO dan MCA, dalam masa yang sama beliau mengeji dan mencaci beberapa pimpinan PAS yang dianggap sebagai ‘musuh’ kepada erdogan atau penghalang kepada misi erdogan dalam PAS.

Bacalah artikel dalam blog ini untuk anda memahami perkara tersirat dalam perjuangan Islam yang penuh komplek


I have no comment

6 comments:

Tariq Ziyad said...

BILA = IBRAHIM ALIi = ada bersama dalam majlis Hassan Ali sah bahawa 200% majlis tersebut penuh dengan syaitan dan dajjal yang bertopengkan manusia. Hassan Ali bolih belah dari PAS. IBrahim Ali adalah susuk jahat yang pernah menjatuhkan PAS, pada tahun 1976-78 dgn maufakat dgn BERJASA. Menjatuhkan BERJASA Dato' Mohd Nasir tahun 1985 - 86, menjatuhkan Semangat 46 Tengku Razaligh tahun 1994 -95. Menjatuhkan UMNO 1990 dan tahun 2004 dan 2008. Menggayangkan PAS tahun 2009-now. lihat detik sejarahnya... Semua parti dia masuk akan dia hancurkan dari dalam dan luar. INIlah yang ALLAH sebut DAJJAL ; kini bersama Hassan Ali.

Anonymous said...

Ni jenis tak reti bacal nih... kalau baca pun tak faham apa2.. kaki merempit macam tu lah. Apa yang dia tau ikut cakap orng, tak pakai akal.. PAS dah kena rogol pun tak sedar lagi... hahahahahahahahahahahaha

TMG said...

bang Tariq, ni bukan kes ibrahim ali, ni masalah pas nak kena tawan dengan anwar, tak baca ke apa yang tulis kat atas? jangan main taruk je, malu! .. hmm ni mesti phobia kes pecat dr hasan ali, pas tengah mengelupur takut. kesian kat puak ni kena tipu anwar.. lepas ni hj hadi dan nik aziz pun kena tendang keluar. baru nak keriau.

Anonymous said...

aku nak tambah sikit. -akan kena tendang andaikata PR berjaya dlam PRU13. Ha..ha..ha..

TM said...

Tak baik ketawakan orang, Nik Aziz dan Hj Hadi pun tengah pening tak tau nak buat apa. Menyesal kawan kengan Anwar. Terpaksalah ikut cakap Anwar. Ahli PAS pun dah kena sodok dengan IRC bila ketua cawangan ketuan bahagian dah kena rampas dek puak IRC ni. Sedih juga nasib lihat PAS sekarang. Tak tahulah bila penyokong brutal mereka nak faham.

tmg said...

http://oraclekini.blogspot.com/

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan