Tuesday, January 17, 2012

Awal 2012 - Disebalik Peristiwa


Terdapat sesuatu yang kelihatan janggal

Artikel Aminuddin Yahya
Suara dari Gunung


Semenjak hampir seminggu yang lepas politik negara dikejutkan dengan dua peristiwa besar yang melibatkan dua pemimpin Melayu iaitu YB DS Anwar dan YB DD Hasan Ali. Bukalah mana-mana akhbar, TV dan laman sesawang maka kita akan berjumpa dengan pelbagai komentar secara verbal dan tulisan dibuat terhadap kedua2 peristiwa ini.

Peristiwa ini memberikan kita beberapa perspektif terhadap politik negara dan bangsa Melayu. Kita tidak harus melnilainya dari aspek luaran tetapi juga apa yang ada disebaliknya.




Ada Campurtangan Politik ?

Kalau ditanya kepada masyarakat samada yang intelek maupun rakyat biasa maka respon mereka terhadap keputusan kes DSAI adalah amat mengejutkan. Bukan kerana keputusan yang DSAI didapati tidak bersalah tetapi cara keputusan dan hujah yang diberikan oleh YM Tuan Hakim amat luarbiasa. Dilaporkan YM Tuan Hakim hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk berhujah dan alasan yang diberikan pula adalah kerana DNA ada keraguan sedangkan sebelum ini hakim yang sama menyatakan sample DNA itu boleh diterima. Bukan saja rakyat terkejut malah yang hadir dalam mahkamah juga terkejut termasuk para peguam dan DSAI sendiri.

Kita sama sekali tidak mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi kita juga sukar untuk menolak persoalan yang timbul hasil dari keputusan itu; adakah disana ada campurtangan politik? Walaupun kerajaan menafikannya namun bagi rakyat yang berfikir ianya sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Apakah mungkin kes yang memakan masa hampir 3 tahun dengan ratusan bukti, melibatkan individu yang sangat berpengaruh, mendapat liputan media dunia, hanya diputuskan dalam masa 5 minit. Ini sesuatu yang pelik dan mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah perundangan negara.

Adakah disana ada campurtangan politik yang menyebakan YM Tuan Hakim terpaksa membuat keputusan yang “tergesa-gesa”?

Jika telahan ini benar maka bermakna badan kehakiman negara masih jauh dari kebebasan sebenar yang didambakan oleh rakyat.

Begitu juga dengan kes DD Hasan Ali. Pemecatan beliau dari PAS dilihat adalah hasil desakan dari Timbalan Presiden PKR bukan atas sebab2 dalaman parti. Komen beliau terhadap 901 tanpa disangka membawa padah kepada diri beliau sendiri. Yang menariknya ianya berlaku hanya selepas 2 hari desakan itu dibuat.

Adakah penyingkiran itu adalah atas dasar prinsip atau dasar menjaga kedudukan politik pihak2 tertentu? Keputusan yang drastik tanpa memberi peluang kepada empunya diri berhujah menjadi persoalan ramai pihak terhadap kewibawaan pimpinan parti islam itu. Tidak sempat badan disiplin melakukan penyiasatan, tiba-tiba hukuman telah dijatuhkan. Ini sesuatu yang sangat unik yang tidak berlaku kepada mana-mana parti lain termasuk UMNO dan PKR. Apa yang pimpinan PAS ingin buktikan kepada rakyat? Itu kita tidak pasti. Apa2pun sebagai orang luar kita tetap menghormati keputusan pimpinan terhadap ahlinya sendiri.

Dasar atau Kedudukan?

Jika dilihat dari kedua2 peristiwa ini ia melahirkan satu kebimbangan dalam politik orang Melayu dimana menjaga kedudukan lebih penting dari dasar sebenar dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan dibuat bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk menang dalam percaturan politik. Jika ini berterusan maka politik orang Melayu menjanjikan masa depan yang amat gelap. Tidak hairan setelah 54 tahun merdeka nasib bangsa Melayu masih ditahap lama dengan ekonomi, pelajaran, kekayaan dikuasai oleh bangsa lain. Malang pulak bila rakyat Melayu lain hanya sekadar mengikut pimpinan bermain politik. Orang Melayu malas mahu mencari ilmu dan berfikir tetapi lebih kepada mengikut sentiment yang ada.

Dalam keadaan ini maka tidak sukar untuk membayangkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mudah untuk dipermainkan dan diperkotak-katikan.

Kebencian yang meluap

Kelibat muslimat PAS dalam meraikan kemenangan DSAI juga telah menjadi buah mulut orang ramai. Gaya, suara dan kata-kata yang dilontarkan semasa perhimpunan 901 dilihat amat tidak cocok dengan keperibadian wanita islam. Ada yang mengatakan ia tidak syarei.

Namun bagi saya, saya masih melihat itu sesuatu yang dibuat tanpa dirancang dan tanpa disengajakan tetapi lebih kepada memperlihatkan akan kebencian yang amat sangat pengikut PAS terhadap kemungkaran yang dibuat oleh UMNO. Ertinya asalkan UMNO jatuh maka apa saja akan sanggup dilakukan. Saya berharap ia tidak sampai keperingkat dimana umat islam dinegara ini sanggup membakar diri sendiri seperti mana yang berlaku pada kebangkitan dinegara2 Arab.

Umat islam kena faham suasana negara tidak sama sesekali dengan tanah Arab. Umat islam harus melihat krisis orang Melayu jauh lebih besar dari krisis politik tetapi meliputi soal-soal yang lebih fundamental seperti soal aqidah. Kajian telah dibuat dimana 70% dari pelajar sekolah menengah tidak menunaikan solah 5 waktu secara penuh.

- Adakah berbaloi kita berbalah ketika anak2 kita masih mencari-cari jawapan terhadap persoalan hidup?

- Adakah sesuatu yang cerdik ketika kita berbalah orang lain terus meneruskan misi mendapatkan tuntutan mereka dengan lebih berani dan aggresif?

- Adakah sanggup diri kita dipermainkan bangsa lain yg bertopengkan Human Rights dan kesamarataan termasuk dalam soal2 agama?

Rakyat Melayu harus benar-benar merenungi perkara ini supaya kita bertindak dan membuat keputusan bersandarkan hujjah syarak dan kebenaran yang kuat bukan sekadar emosi dan kehendak orang lain.


                  penghargaan untuk sdr Amin                                        


kekacauan di Mesir

Sdr Amin,

Pertembungan politik dikalangan Islamis sekarang ialah ‘Clash of Ideas’ iaitu satu pihak menyokong idea seperti yang di perjuangkan oleh Dr Hasan Ali..iaitu kesatuan umat Melayu dahulu maka barulah orang bukan Melayu kita raikan dengan adil VS Kesatuan Rakyat yang di pelopori oleh DSAI dan ditumpangi oleh PAS yang menyamaratakan semua atas nama keadilan yang akhirnya kita lihat umat Melayu Islam yang masih ketinggalan dalam berbagai bidang akan lebih mencabar nasib mereka dimasa akan datang. 

Yang paling untung ialah DAP kerana sebelum ini DAP tidak pernah bermimpi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian kecuali di Pulau Pinang. Cara fikir DAP sebelum ini hanya untuk menjadi pembangkang yang kuat bagi membela nasib kaum Cina.

Sekarang DAP dah boleh berangan untuk paling tidak jadi TPM sekiranya PR dapat menguasai Putrajaya.

Adakah orang Melayu mendapat a better deal dibawah PR….yang pastinya obsesi memalitkan UMNO dengan rasuah yang melampau berjaya memalingkan orang Melayu Islam dari melihat nasib mereka jika kerajaan pusat bertukar tangan!!

Saya baru mendengar BBC sebentar tadi… rakyat yang berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia kini mengeluh keadaan mereka kini menjadi bertambah buruk dengan kadar pengangguran yang tinggi…

Nampaknya kehidupan mereka lebih teruk dari keadaan mereka di rejim sebelumnya… akhirnya isu bread and butter juga yang menjadi concern utama rakyat Begitu juga di Libya post Ghaddafi… adakah nasib rakyat menjadi lebih baik… yang ada mereka masih berbunuhan antara satu sama lain…dimana Nato dan sekutunya sekarang?

Mungkin retorik ‘Arab Spring’ menarik imaginasi rakyat marhein untuk melakukan perubahan kerajaan…tapi apakah perubahan yang mereka perjuangkan itu menjadikan nasib mereka lebih baik ataupun mereka hanya menjadi tunganggan pihak yang berkepentigan iaitu BARAT aka Musuh Islam.  
comment by Orang Lama


Kebencian yg meluap terhadp UMNO-BN menyebabkan rakyat akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan mereka.

Namun harus diingat akal yang bijak dan pemerhatian yang tajam perlu dikekalkn agar agama tidak tergadai dalam kebencian yang meluap.  
commrny by Zafry

10 comments:

Anonymous said...

aku merasakan kedua2 belah pehak ada salah dan silapnya apatah lagi kpd mereka yg memegang tampuk pemerintahan yg mempunyai kuasa,bangunan yg tersasar dari tapak asasnya walaupun 1 mm x kelihatan sengetnya namu semakin tinggi bangunan tersebut makin nampaklah sengetnya,penyelesaiannya bangunan yg senget mahu x mahu mestilah dirobohkan kerana ia membahayakan

ardinge said...

itu bangunan, takkan nak samakan dengan manusia pula. runtuh senang, nak bina balik makan masa. selagi nama manusia mesti buat silap, kalau kita tahu silap kenapa nak bunuh, tak bantu baiki. bukan orang lain sesama islam juga. segalanya bergantung kepada niat.

Anonymous said...

Prinsip PAS ABU (asal bukan UMNO) amat bahaya. Jgn gunakan agama utk berpolitik.

gengantimurtad said...

apsal, mereka guna pendekatan apa? brutal?

Neutronboy said...

X mustahil hakim yg sama boleh berubah pandangan. Selama mana keputusan belum di buat, maka dia tidak diikat dengan kata2nya sebelum ini.

Dalam kes seperti ini, melibatkan criminal law which means, untuk membuktikan DSAI bersalah, fakta haruslah memenuhi prinsip Beyond The Reasonable Doubt. X sama macam kes sivil. X kisahlah pendakwa raya ada 99% hujah yg kukuh, as long ada 1% keraguan, terus KES DIGUGURKAN.

Dalam setiap penghakiman, hakim mestilah mempunyai alasan tersendiri dan menyatakannya. Dan dalam kes ini, hakim x memutuskan bahawa DSAI x bersalah, tetapi hakim just kata, di bebaskan atas alasan integriti DNA. Ini bermakna, sama da DSAI bersalah atau xm\, adalah satu ketidak pastian.

Dan bagi saya, Ahlul Bait (raja2 melayu) adalah calon terbaik untuk kembali memeritah tanah dijanjikan ini.

Tapi saya masih tertanya2, bagaimana rakyat terutamanya Muslims mampu memberikan baiat kepada ahlul bait ini dek kerana terikat dengan perlembagaan negara dan sistem perundangan negara kita.

Tolak demokrasi, sokong syura...

Tolak birokrasi, sokong khalifah....

Allahu a'lam.

tmg said...

hmm cadangan yang baik, apa kaedahnya untuk capai? Jika berjaya majoriti Melayu akan beri taat setia (baiah).

khairi said...

bg sy kes kehidupan yg sukar selepas revolusi di negara2 arab tu hanya bersifat sementara..ini kerana mereka baru shj reda drpd satu kekacauan yg amat dasyat..perlukan masa utk membina semula...jgn bandingkan dgn pemerintahan sebelum ini yg sudah berdiri berpuluh tahun..

namun begitu diharap sgt perkara itu tidak berlaku di tanah jawi ini..

TM said...

Betullah kalau kita lihat Libya dan Mesir. Apa pula kata tuan dengan apa yang berlaku di Iraq? Berapa lama mereka perlu masa? Saya percaya Libya tak akan aman sampai bila2, itu memang polisi Amerika dan Yahudi Israel yang menaja kerosakan tersebut sebagaimana yang berlaku di Iraq. Malaysia juga sedang merintis jalan yang sama, Anwar berharap Arab Spring melanda negara tercinta. So what?

khairi said...

iraq itu campurtangan langsung dr amerika dan sekutu...selepas regim tumbang mereka pula yg memerintah...keadaan ini dipandang oleh warga iraq sbg penjajahan....

libay dan mesir bg sy ada perbezaan walau sy akui ada sokong dr barat...

ini hanya pandangan peribadi sy shj...

AruL.AriffieN said...

apa yg saya nmpk 'arab spring' lebih bersifat keganasan dlm meruntuhkan rejim yg dah lama memerintah. namun apa yg berlaku di malaysia tanah tercinta, yg mana rakyat2nya memilih melalui proses pilihanraya. walaupun ada ketika berlaku himpunan2 namun kejadian2 yg x diingini tdklah seteruk mana apa yg berlaku di mesir & libya. apa2pn pemerintah negara jgn lah permainkan isu perkauman terutama perkasa, jati & ngo2 seangkatan dgnnya. kerna ini bakal menimbulkan masalah yg besar kpd negara kita 1 masa nnt

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan