Friday, October 21, 2011

Umat Muhammad dan Pengikut Imam Mahadi, dimanakah anda?

Bersatulah dibawah satu "payung".  Berpautlah pada tali Syahadah sepenuhnya dalam Jemaah Akhir Zaman yang berjuang kerana Allah. Mereka bakal menjadi tulang belakang khalifah terakhir yang bakal muncul.

Peralihan minda hasil dari sogokan berterusan tanpa sedar menjadikan manusia akhir zaman hilang pedoman. Tidak mampu mentafsir setiap kejadian dengan waras. Buruk telah disangka baik begitu juga sebaliknya. Minda telah dikelirukan melaui pelbagai sumber. Akhirnya wujudlah kumpulan manusia yang pendek akal, lemah daya fikir dan keras hatinya. Perkara terburuk berlaku ialah tidak ikhlas serta "mementingkan diri sendiri"

Mary Blair's 100th Birthday


antara agen perosak minda
Mudahkah anda mentafsir permainan Dajjal padahal Yakjuj dan Makjuj yang berada di hadapan mata pun anda tidak kenal? Oleh itu usahlah bermimpi untuk menentang Dajjal jika anda bersendirian. Masihkah anda tidak mahu bersatu?. Untuk itu adalah lebih baik kembalilah bersatu dengan kumpulan hamba Allah yang ikhlas. Semoga mendapat pertolongan Allah SWT.

Masihkah anda mengaku sebagai manusia beriman jika segala sifat manusia beriman telah terlucut dari hati anda? Takut tak bersebab, setia tak bertempat dan yang paling dahsyat ialah menjadi pengikut tegar sesaorang pemimpin yang telah terzahir nyata kemunafikannya. Jika anda tidak dapat menelah sifat munafik, maka anda berada terlalu jauh daripada kumpulan manusia beriman.

Inilah FITNAH dalam FITNAH yang paling menggusarkan kaum yang beriman. namun bagi mereka yang tidak punya keimanan, tidak pernah terdetik di hati malah sering memberi pelbagai alasan dan helah. 

Andai kita masih setia kepada Baginda Rasulullah, maka adalah lebih mudah untuk kita menyertai mereka yang mengorbankan diri kerana Allah. Berjuang di jalan Allah mempertahankan iman dan jemaah. Bersatulah kerana Allah bukan kerana yang lain termasuk parti politik.

Masihkah anda menanti munculnya Imam Mahadi? Bersediakah anda menyahut seruannya nanti? Sejauhmanakah anda telah berusaha menyediakan tapak untuk Imam Mahadi berdiri? Atau... anda juga termasuk kaum munafik, nauzubillah.

Saya ketengahkan pandangan sahabat yang benar-benar sayangkan agamanya. Lihatlah pengorbanannya tanpa jemu mengajak kaum muslimin bersatu. Telitilah pandangan beliau yang amat jernih memaparkan hasil selidik dari penerokaan segenap ruang fitnah di merata tempat di dunia. Hanya untuk kita fahami dan ambil iktibar.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama dan ad-deen Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” - (Quran, al-Imran: 103)
-----


BANGKITLAH KAMU SEMUA SEBAGAI SATU KESATUAN UMMAH YANG GAGAH TANPA MOTIF POLITIK MELEBIHI NIAT SUCI MEMELIHARA AGAMA ISLAM SEMATA-MATA.
TEMPAT kita berpijak sudah kelihatan. Kita tidak berpijak di atas bumi, sebaliknya kita sudah sedar bahawa kita sedang berpijak di atas lantai yang dibina oleh para konspirator (rujuk bahan bacaan konspirasi).


Lantai yang mempunyai corak sudah sedikit kelihatan, tapi masih terdapat debu-debu yang menghalang penglihatan kita terhadap rupa sebenar lantai yang kita sedang pijak. Ada seperti gambar di atas lantai, tetapi gambar itu berselerak dan tidak bersusun.

Debu-debu harus dibersihkan dahulu daripada lantai supaya mudah kita melihat apakah cebisan-cebisan itu. Apabila debu-debu dibersihkan, kaki pula semakin terasa berpijak tanpa lagi dikotorkan oleh kotoran-kotoran yang menghalangi kulit kaki kita daripada menyentuh lantai yang sebenar.

Besar juga lantai ini. Namun walau sebesar manapun ia, debu-debu harus segera dibersihkan. Ini baru lantai di tingkat Ground Level, belum lagi kita melihat lantai-lantai di tingkat-tingkat bawah tanah yang juga harus dibersihkan.

Apa-apapun, kita bersihkan dahulu lantai yang kita sedang pijak ini.
--

SEJAK artikel pertama hingga yang terakhir sebelum ini, pembaca blog ini diberikan pelbagai input mencakupi sejarah, sains, keagamaan, helah media dan sebagainya (Umat Terakhir edisi kedua). Matlamat kami dalam artikel-artikel terdahulu pula adalah untuk menyediakan maklumat asas kepada anda semua yang sedang cuba kami kejutkan.

Artikel-artikel sebelum ini ditulis secara berperingkat-peringkat dan saling berkaitan antara satu sama lain supaya anda dapat memahami setiap yang berkait dan terkait. Tujuan lain pula ialah untuk membolehkan segelintir yang sedang cuba untuk sedar supaya dapat melihat gambaran ‘tempat’ atau ‘lantai’ atau ‘dunia’ yang sedang kita hidup sekarang. Terima kasih kepada anda kerana ingin sedar dan mahu kembali mentaati perintah Allah.

Rupa bentuk lantai juga sudah diterangkan sedikit-sedikit dalam artikel-artikel tertentu (edisi kedua) yang berupa penyusunan sedikit puzzle. Daripada berpijak di atas hamparan najis dan kejahilan yang memaksa muntah keluarkan iman dari dalam diri, kini sudah kelihatan rupa lantai itu, sedikit bersih dari sebelum ini walaupun belum benar-benar bersih.

Sekarang, ambil kembali iman yang dimuntah keluar itu, bersihkan dan sucikan ia, jadikan ia sebagai pakaian diri. Iman itu masih ada di atas lantai, ambil kembali, letakkan ia di mahkota jasad di puncak kepala di sisi akal. Tempatkan juga ia di dalam jiwa dan di kelopak mata, di pintu hikmah, di jendela bibir dan di seluruh jasad. Jangan lagi dibuang atau dimuntahkan iman itu kerana ia jauh lebih berharga daripada lautan emas, malah jauh lebih berharga daripada nyawa anda sendiri.

Lantai itu sudah kelihatan, tetapi masih ada debu-debu. Sebelum membersihkan debu-debu itu, ambil semula iman anda yang dibuang sebelum ini. Bersihkan ia menjadi suci kembali. Tidak tahu cara untuk membersihkannya? Mulakan dengan memuji kekuasaan, kebesaran dan keesaan Allah.

Kemudian menyelam ke dalam sungai Rukun Iman yang mana airnya mengalir dari syurga dan apabila timbul semula dipermukaan, kelihatan seperti berada di alam baru.. alam Rukun Islam.. bernafaslah dengan udara syurga udara Dua Kalimah Syahadah. Basahkan anggota badan dengan wuduk, sedarkan diri di mana kedudukan Kaabah dan menghadap ke arahnya, dirikan solat, tunaikan zakat dan akan jadi lebih mudah untuk perjalanan iman Tauhid yang seterusnya.

Masih belum mahu ‘mengutip’ kembali iman? Masih ada di kalangan kita yang mahu melakukan maksiat? Baiklah, anda diberi pilihan terakhir. Anda bebas berbuat maksiat jika mampu mengikut syarat-syarat ini:

- Jangan makan rezeki yang diberikan Allah, carilah sumber rezeki lain yang bukan diciptakan dan bukan dianugerahkan Allah.Jangan bernafas dengan udara yang diciptakan Allah, carilah udara lain yang tidak diciptakan Allah.

- Jangan tinggal di bumi yang diciptakan Allah, carilah bumi lain yang tidak diciptakan Allah.

- Jangan benarkan Malaikat Izrail menjalankan perintah Allah untuk mengambil nyawa anda, marahi dia dan suruhlah Izrail pergi ke tempat lain dan tidak lagi menganggu hidup andaJangan ikut malaikat-malaikat yang menjaga neraka apabila kamu dibawa ke neraka, sebaliknya katakan kepada mereka bahawa kamu mahu ke syurga meskipun kamu tidak layak ke syurga Allah walaupun hanya untuk mencium bau harumnya.

- Katakan kepada malaikat-malaikat itu bahawa kamu manusia keturunan Adam yang jauh lebih mulia daripada mereka. Jika tidak mampu melaksanakan lima syarat di atas, cukuplah dengan melaksanakan dua syarat terakhir ini.

- Jangan benarkan Allah memerintahkan Izrail untuk mengambil nyawa anda dan jangan benarkan Allah menggulung dunia ini di hari kiamat, ini syarat utama.

Mampu laksanakan?

Jika mampu mengikut syarat-syarat itu, anda bebas melakukan maksiat dan kemungkaran di muka bumi ini. Tetapi, apakah manusia mampu melakukannya?Anda perlu jawab sendiri soalan ini. Apabila sedar tidak mampu, maka bersegeralah kembali dan taati perintah-Nya. Tiada lagi pilihan, tiada lagi kompromi untuk membuat pilihan.

Sekarang, siapa lebih berkuasa? Allah Maha Berkuasa atau anda lebih berkuasa?Kutip semula iman yang dibuang, kemudian sucikan dan pakailah ia menjadi sebahagian diri. Jangan dibuang lagi. Masih ada masa untuk mengutip iman anda. Tidak perlu berpayah mencari, ia di depan mata. Hanya ambil dan sucikan. Sedarkan diri kepada tujuan asal kita diciptakan. Dengan itu, anda memulakan hidup baru di atas jalan selamat.

Tanpa iman, kerja membersihkan debu-debu di atas lantai konspirasi akan menjadi sia-sia kerana sudah mengenal musuh manusia yang juga memusuhi Allah, tetapi tidak mahu kembali ke jalan Allah. Jadi sia-sia kerana sudah kenal musuh tetapi masih mahu mengikut telunjuk musuh dan lebih rela menjadi hamba tegar yang mentaati musuh. Kalau tiada lagi terdetik di hati untuk kembali beriman, maka sia-sia juga anda membaca artikel kali ini. Daripada terus membuang masa, ada baik jika anda membaca di titik akhir muka surat kedua ini sahaja.
--

Profil di sebalik debu
Dia hanya meminjam nama-nama watak mitos

Gambaran mengenai musuh terlukis di atas lantai namun itu bukan profil sebenar musuh. Mana satu musuh yang kita cari, Lucifer atau Dajjal? Kita mencari profil seorang manusia yang disebut-sebut Nabi Muhammad (perenggan-perenggan seterusnya hanya ditulis sebagai Muhammad, anda diminta berselawat setiap kali nama Rasulullah disebut) dalam hadis-hadis sebagai pesanan kepada umat yang disayangi baginda.

Persoalan yang pernah ditimbulkan seperti adakah Horus itu Dajjal, adakah Quatzelcoatl itu Dajjal, adakah Maharaja Shi Huang Di itu Dajjal atau Merlin itu Dajjal, sudah dijelaskan dalam artikel pertama. Persoalan besar di sini ialah adakah Dajjal yang hadir pada setiap zaman sejarah manusia itu memperkenalkan dirinya dengan nama-nama itu ketika kehadiran awalnya dahulu?

Mengapa Horus diagungkan Illuminati? , mengapa kalendar Mayan kerap menjadi promosi Illuminati untuk ‘menerangkan’ kiamat? , mengapa Merlin menjadi kepercayaan mistik di Eropah? , mengapa dan mengapa?

Sisi yang harus dipandang ialah semua kisah itu (Horus, Shi Huang Di, Mayan dan Merlin dan banyak lagi mitos) tersergam sebagai sejarah manusia yang diselubungi mitos-mitos. Namun, apa sebenarnya kisah sejarah manusia?

Setiap kita yang mempelajari sejarah tamadun dunia akan dihidang dengan tamadun Mesir purba, tamadun Maya, tamadun China dan tamadun Eropah yang menyelitkan mitos-mitos itu untuk disogok supaya diterima sebagai fakta di sebalik mitos.

Ditambah pula lagi dengan teori evolusi yang berusaha memadamkan ‘sejarah manusia yang sebenar’ secara halus? Lalu dikatakan manusia asal evolusi daripada spesies beruk yang tidak berpakaian tinggal di dalam gua, berkembang dan berkembang menjadi manusia membina tamadun mengikut peredaran zaman batu awal, paleolitik, mesolitik, zaman gangsa dan kemudian menjadi moden. Begitukah kisahnya sejarah manusia?

Allah menurunkan al-Quran kepada Muhammad melalui Malaikat Jibrail adalah untuk membebaskan manusia daripada kejahilan dan kebodohan. Menerangi manusia dengan ilmu dari Allah melalui al-Quran.

Pengetahuan sejarah manusia juga tersergam jelas di dalam al-Quran. Adam dijadikan sebagai makhluk terbaik dibekalkan akal untuk hidup di bumi, Adam tidak turun ke bumi sebagai beruk tetapi sebagai manusia yang sempurna. Sejarah manusia diceritakan di dalam al-Quran melalui kisah para nabi yang hidup dalam kelompok masyarakat mungkar yang mewah dan maju, maka terpakaikah istilah zaman batu jika kita benar-benar meneliti maksud ayat-ayat Allah dengan mendalami kisah para nabi?

Sejarah manusia adalah rentetan kisah-kisah Adam, Idris, Nuh, Hud sehingga Muhammad yang menjelaskan mengenai kemegahan tamadun-tamadun umat terdahulu seperti diungkapkan di dalam al-Quran. Al-Quran menjelaskan kemegahan tamadun umat para nabi, maka sekali lagi perlu dipersoalkan.. di mana letaknya zaman batu?

Skala masa untuk sejarah manusia bukan diukur dengan zaman batu, paleolitik, mesolitik, zaman gangsa atau sebagainya. Tetapi skala jarak waktu sejarah manusia diukur melalui kisah para nabi yang mana nama-nama para nabi itu sudah diajarkan terlebih dahulu kepada Adam sebelum dia diturunkan ke muka bumi. Sejarah para nabi juga kerap mengenai pencapaian kemajuan manusia dalam tamadun mereka sehingga menjadi kufur serta derhaka.

Sekali lagi, di mana letaknya istilah zaman batu di dalam al-Quran? Sejarah manusia yang ada di dalam al-Quran sarat dengan penjelasan mengenai kemegahan tamadun silam. Al-Quran diturunkan bukan hanya sebagai panduan hidup, tetapi menceritakan (mengingatkan) kembali kepada Bani Israel mengenai kisah-kisah sebenar sejarah manusia (zaman para nabi) yang telah mereka putar belit dalam kitab-kitab mereka. Tidak ada umat para nabi dari zaman batu. Tidak ada.

Faham dengan semua permainan ini?

Dajjal bukan Horus, bukan Quatzelcoatl, bukan Shi Huang Di, bukan Merlin dan bukan semua mereka itu yang diselitkan dalam sejarah-sejarah tulisan manusia.Tetapi mitos sejarah mengenai mereka itu diciptakan Dajjal sendiri untuk menggambarkan secebis kecil mengenai dirinya. Dajjal mengawal perjalanan sejarah manusia dan menggelapkannya, maka tidak hairan jika dia menyelitkan secebis kecil mengenai profilnya di dalam kisah-kisah mitos.

Permainan manipulasi watak dalam mitos purba adalah salah satu kepakaran lelaki ini. Bagaimana ia dilakukan? Kita ambil contoh ini sebagai penjelasan mudah:

B tahu segala-galanya mengenai A dan juga tahu bahawa A mahu mengenali C. B tahu bahawa A juga kerap menghantar bunga kepada C dengan hanya berani memperkenalkan diri sebagai ‘secret admirer’. Tetapi C tidak tahu siapa sebenarnya A. Bagaimanapun, A tidak pernah memberitahu hasrat itu kepada C. Tetapi B memang sudah lama tahu bahawa A amat meminati C. Dalam masa yang sama, B mempunyai niat jahat untuk mempermainkan C. Lalu, B menceroboh e-mail milik A dan mula berchatting dengan C di internet menggunakan ID milik A. B juga secara curi-curi memeriksa senarai nombor telefon dalam Blackberry kepunyaan A untuk mendapatkan nombor telefon C. Lama-kelamaan, B mula menghubungi C dan memperkenalkan dirinya sebagai A yang kerap bermain ‘secret admirer’ selama ini. Hubungan C dengan B menjadi semakin rapat kerana C menyangka B itu adalah individu bernama A.

A adalah watak yang dimanipulasi
B adalah individu khilaf identiti yang memanipulasi,
C adalah mangsa manipulasi

Ia mewujudkan tanggapan yakin bahawa C percaya bahawa B itu adalah A. Sedangkan B hanya mahu mempermainkan C dengan permainan minda (game of trust) untuk mewujudkan kepercayaan bahawa dia adalah A yang kerap menghantar bunga selama ini.

C adalah persamaan yang mewakili kita semua.
--

Dajjal mahu kita umat Islam (dalam pencarian konspirasi ini) menyangka bahawa Horus itu adalah dia. Dajjal memanipulasi kisah Horus dengan memasukkan unsur-unsur yang menggambarkan profil dirinya dalam mitos-mitos Mesir purba. Kisah kelahiran Horus pula terlalu selari dengan kisah tradisi kelahiran Jesus (Nabi Isa) dalam kepercayaan Nasrani.

Dajjal bukan sahaja memanipulasi mitos kelahiran Horus, tetapi turut memanipulasi tradisi kelahiran Jesus mengikut kepercayaan Nasrani (bukan mengikut kepercayaan akidah Islam). Ia berkaitan susunan gugusan bintang Three Kings, matahari dan bumi yang selari ketika saat kelahiran itu pada hari ke-25 bulan terakhir dalam kalendar Masihi dan Kalendar Matahari Mesir purba. Susunan bintang itu sama seperti dalam kelahiran Horus dan Jesus.

Persamaan ini wujud disebabkan Dajjal mahu bermain Game of Trust, sub kecil dalam taktik mind control. Dalam setiap manipulasi watak, Dajjal meninggalkan satu mesej yang sama (common relations) iaitu dia akan kembali apabila waktu sudah tiba. Dajjal bukan Horus, Merlin atau sebagainya, Dajjal hanya memanipulasi kisah-kisah mitos mengenai mereka.

Jadi, siapakah manusia penderhaka yang umat akidah Tauhid (umat setiap para nabi yang mengkhabarkan perihal Dajjal) gelar ia sebagai Dajjal itu? Siapakah Dajjal? Jawapan yang paling selesa ialah hanya Allah dan Rasul-Nya serta makhluk-makhluk terpilih sahaja yang tahu. Tapi kita ambil satu lagi contoh untuk mendapatkan gambaran seterusnya, kita gunakan pendekatan self influence:

Dajjal adalah pengkarya. Dia banyak menghasilkan karya-karya ‘agung’ dalam sejarah manusia. Karya yang ditulis oleh orang-orang lain tetapi berinspirasikan idea-idea daripada ruang lingkup pemikirannya sendiri.

Karya yang berunsurkan sejarah, mitos dan kisah-kisah dongeng dalam lipatan tamadun purba. Karya yang berupa kitab-kitab pagan, kitab-kitab agama selain Tauhid, kitab-kitab ramalan masa depan, kitab-kitab kuno masyarakat purba. Memutar belit, menokok tambah dan melemahkan maksud asal setiap baris ayat dalam kitab-kitab purba adalah sebahagian kepakarannya.

Itu belum lagi dicampur dengan karya-karya moden yang dijadikan bahan tontonan. Bukan mahu menyentuh secara serius mengenai karya Hollywood, tapi terlalu banyak persamaan dalil hadis mengenai Dajjal dengan watak-watak dalam karya Hollywood.

Bagaimana timbul persamaan-persamaan itu? Mudah, Dajjal adalah pemilik karya atau pencetus idea terhadap sesuatu karya dan dia akan menyelitkan secebis kisah hidupnya dalam setiap hasil karya Hollywood. Ia sama seperti rangsangan psikologi, self influence seseorang penulis novel yang berkarya. Ia adalah psikologi dan perbuatan biasa di kalangan pengkarya:

Kami melakukan kajian rambang terhadap sampel berjumlah 120 penulis novel di negara-negara seperti Malaysia, England, Amerika, Singapura, Mesir, Jerman, Afrika Selatan, Australia dan Indonesia. Kajian mendapati 98 peratus penulis novel memasukkan sebahagian kecil mengenai diri mereka ke dalam watak utama atau watak tambahan dalam karya pertama mereka. Manakala 87 peratus lagi memasukkan sebahagian lain mengenai diri mereka ke dalam watak-watak karya novel-novel mereka yang seterusnya. Lagi 76 peratus pula didapati menjadikan watak-watak dalam hampir semua karya mereka mempunyai sedikit persamaan dengan diri mereka sendiri. Walaupun kajian belum melalui proses saringan statistik secara lebih teliti, angka-angka awal menunjukkan kebanyakan pengkarya gemar menceritakan mengenai diri mereka melalui paparan watak-watak yang dicipta mereka dalam novel. Ia adalah satu rangsangan psikologi yang biasa semasa menghasilkan karya bagi setiap manusia bergelar pengkarya. Dajjal juga manusia, dia juga pengkarya, psikologinya juga sudah tentu sama. Kajian yang disebutkan tadi belum menjalani proses penelitian secara akademik dan hanya sebagai maklumat rambang dan belum didedahkan kepada umum. Sama juga seperti penulis artikel ini yang memasukkan sedikit idea sendiri tanpa didorong faktor lain untuk menjelaskan maksud. Ia satu proses yang biasa.

Kita sudah mengetahui bahawa Dajjal adalah pengkarya. Kita juga sudah tahu bahawa Dajjal berkarya di Hollywood dan banyak mempengaruhi penulis-penulis karya di Eropah mahupun Amerika. Kita gali sedikit lagi.

Penulis-penulis skrip di Hollywood bergerak dalam satu persatuan untuk ‘bertukar’ dan ‘berkongsi’ idea. Melalui persatuan ini, kita mungkin dapat mengenal pasti secebis lagi profil Dajjal.

Hollywood Scripwriting Institute, Hollywoood Script Consultant dan beberapa lagi agensi yang mengkelompokkan penulis-penulis skrip di Hollywood sentiasa menghasilkan skrip-skrip yang menggambarkan secebis kecil atau sebahagian besar mengenai diri atau kisah hidup Dajjal. Penulis-penulis skrip yang bernaung di bawah agensi-agensi itu pula kerap melakukan ‘persamaan watak’ yang menepati latar belakang Dajjal secara fizikal ataupun kisah hidupnya.

Persamaan-persamaan itu pula tidak dikesan oleh masyarakat Barat, tetapi hanya dapat dikesan di kalangan umat Islam yang maklum mengenai perihal hadis yang menyentuh kedatangan Dajjal. Tidak lupa juga, ia turut dikesan oleh orang bukan Islam yang mengkaji persoalan The Anti-Christ dari perspektif Islam dengan meneliti hadis-hadis berkaitan.

Jadi, Dajjal ‘ada’ di sebalik agensi-agensi penulisan skrip di Hollywood. Ia sama ada Dajjal menguruskan sendiri agensi itu atau diuruskan oleh pengikut-pengikut setia. Kita ada dua pilihan kebarangkalian iaitu:

Dajjal sahaja yang mengenali dirinya sendiri, maka dia sedang seronok berkarya di agensi-agensi itu kemudian menghantar karya-karya itu melalui ‘pintu’ yang menghubungkan dunia nyata dengan alam yang didiaminya. Atau... Dajjal melantik orang-orang tertentu untuk menguruskan agensi-agensi itu selepas menyampaikan ‘naskah’ lisan mengenai dirinya untuk diubahsuai menjadi skrip dan difilemkan

Ia hanya kebarangkalian, tetapi satu kepastian di sini ialah, dia sememangnya ‘individu khilaf’ yang mentadbir sebagai COO (Chief Operational Officer) di Hollywood. Tetapi, sekali lagi, kita bukan serius untuk mengorek rahsia Hollywood di sini. Ia hanya sebagai membuka tapak baru untuk digali supaya menjadi lebih luas. Paling penting ialah bukan seberapa dalam lubang yang digali kerana hasilnya tetap sama yang bezanya hanya ukuran kedalaman, tetapi berapa luas kawasan yang perlu digali itu lebih penting.

Dajjal bukan watak-watak mitos sejarah secara fizikal. Dia adalah pengkarya yang menulis mitos-mitos sejarah untuk menggambarkan dirinya. Dia adalah pengkarya yang masih giat berkarya di mata dunia. Kita adalah penontonnya. Karya-karya itu pula disampaikan dalam bentuk halus untuk menguasai minda kita terhadap keperwiraan watak-watak penyelamat. Dia sedang bermain psikologi dengan kita. Dia sedang berhibur melihat kita sebagai mangsanya.

Tapi, psikologinya juga hampir sama seperti kita kerana dia juga manusia.Predictable (boleh diramal) pada satu-satu masa, dan unpredictable (tidak boleh diramal) dalam masa-masa lain. Ia sesuatu yang biasa dalam kamus sifat-sifat manusia.

Sekarang, dia adalah suspek utama dalam kes yang kita siasat. Suspek yang belum dikenali secara nyata. Suspek yang suka meninggalkan bukti kerana suka berseronok dengan jenayah yang dilakukan. Suspek yang pakar dalam bidang forensik. Meninggalkan bukti tanpa dapat dijejak. Dia juga memiliki minda seorang penjenayah. Dia sememangnya manusia bijak yang memilih haluan hidupnya sendiri untuk bergelumang kesesatan yang menyesatkan.

Namun, kita bukan fokus kepada Dajjal di sini yang menjadi musuh kita. Fokus sebenar kita ialah untuk kembali waras dan kembali menjadi kuat sebelum berdepan dengan musuh sebenar.
--

Mengasingkan debu
Bukan semua debu di atas lantai itu najis konspirasi

Bagaimana semua ini bermula? Gerakan konspirasi yang menjunjung cita-cita peribadi Dajjal bermula secara sangat mengelirukan dengan kekusutan. Namun kekeliruan dan kekusutan itu boleh dirungkai satu persatu. Untuk merungkai kekusutan, sikap berhati-hati dan penuh sabar harus diutamakan supaya kekusutan itu dapat dileraikan tanpa putus-putus untuk mendapatkan hasil sehelai demi sehelai.

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan(dan ikatan-ikatan). “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. (Quran, al-Falaq: 1-5)

Tidak dapat dijelaskan maksud “orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” kerana kami bukan ahli bijak pandai dalam mentafsir al-Quran mengikut pelbagai maksud perkataan dalam sesuatu perkataan Arab. Jika ada yang bijak dalam tafsir, kami sedia mendengar pendapat anda atau juga ‘disekolahkan’ kami jika perlu.

Namun, ayat berkenaan membawa maksud seorang individu secara khusus. Mungkin khusus kepada seorang individu semasa kenabian Muhammad yang menjadi musuh baginda atau juga ayat itu membawa maksud seorang individu lain secara khusus yang mencakupi zaman selepas Muhammad. Maka, siapa individu khusus itu? Apa yang dilakukan orang itu? Sejak bila orang itu mula mengerjakan kerja dengkinya itu?

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihiryang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." - (Quran, al-Baqarah: 102)

Mungkin, di situlah konspirasi bermula. Sejak sejarah kaum Sulaiman. Bukan bermula sejak zaman Sulaiman, tetapi dimulakan dengan mengambil rahsia yang hilang selepas kewafatan Sulaiman. Dalam artikel-artikel sebelum ini, dijelaskan mengenai peranan Knights Templar dalam menghidupkan gerakan penyembahan syaitan melalui amalan sihir untuk menguasai dunia. Sebagai imbasan, Knights Templar menemui sejumlah dokumen teks mengenai amalan sihir yang diamalkan kaum Yahudi semasa zaman Sulaiman yang tertanam di Jerusalem (Baitul Maqdis) selepas kewafatan Sulaiman.

Pengetahuan sihir melalui teks itu kemudian dikaji dan digunakan untuk kepentingan sesetengah manusia. Penelitian mereka seterusnya menemui satu ‘masalah’ iaitu harus melakukan ‘perjanjian’ dengan kuasa lain iaitu iblis dan syaitan sebelum dijanjikan apa-apa kejayaan. Akhirnya, mereka ‘terperangkap’ dan terpaksa memenuhi syarat-syarat perjanjian untuk menjayakan cita-cita peribadi Lucifer. Sebagai balasan, mereka dijanjikan kesenangan dan penguasaan dunia tanpa batas asalkan cita-cita peribadi Lucifer dapat dipenuhi. Dalam psikologi para iblis dan syaitan, ‘perjanjian’ amat diperlukan bagi ‘mengikat’ pengikut mereka dengan balasan ‘kesetiaan’ yang tidak berbelah bahagi.

Hasil perjanjian inilah yang membawa masalah kepada dunia manusia sepanjang sejarah kenabian selepas Sulaiman sehingga selepas kewafatan Muhammad dan sepanjang sejarah manusia. Perjuangan para nabi adalah untuk mengekang dan menyampaikan amaran mengenai berita bahaya ini sehingga setiap nabi memperingatkan kaum mereka mengenai bencana ini.

Cara untuk mengekang ialah dengan akidah Tauhid melalui penyembahan total terhadap Allah dan memusuhi kekafiran syaitan. Tanpa pengikut di kalangan manusia, syaitan tidak mampu memiliki apa-apa kuasa dan kekal tergolong dalam orang-orang yang kerugian. Tetapi masalah di sini ialah, kita berdepan dengan agenda pengikut-pengikut tegar di kalangan manusia yang mentaati syaitan. Maka apakah debu-debu yang sudah mereka tabur menjadi kotoran yang berlapis-lapis tebalnya sehingga menutup semua kisah benar? Bagaimana mereka menabur semua debu-debu itu sehingga ramai dari kalangan manusia menemui mati kerana ‘sesak nafas’ akibat debu-debu yang menyesakkan?

Meniti sejarah hubungan antara tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani menyaksikan ketiga-tiga agama ini tidak pernah menjalin hubungan baik secara akidah meskipun ketiga-tiga agama ini mempunyai isi kandungan kitab suci yang hampir sama dalam sesetengah persoalan.

Dalam kerajaan Islam Madinah semasa kepimpinan Muhammad, kaum Yahudi dan Nasrani menerima layanan baik secara politik dan ia diakui sendiri oleh rabai (lebih selesa dengan ejaan R.A.B.A.I berbanding R.A.B.B.I yang jika disalah sebut menjadi Rabbi dengan sebutan yang menyamai maksud Tuhan) rabai Yahudi dalam tulisan-tulisan moden.

Namun, hubungan antara agama Yahudi dengan Nasrani tidak pernah menyaksikan keserasian dari segi akidah mahupun politik meskipun kedua-dua agama ini berkongsi kitab yang sama, Bible Old Testament.

Hubungan yang penuh konflik ini bermula sejak lahirnya agama Nasrani Triniti yang mana penganut agama ini menuduh Yahudi membunuh Jesus melalui komplot yang penuh niat jahat. Konflik juga tercetus apabila timbul perbalahan akidah yang mana Nasrani percaya bahawa Jesus adalah Tuhan, manakala Yahudi pula tidak mempunyai kepercayaan sedemikian. Ia menimbulkan konflik di mana Nasrani menuduh Yahudi membunuh Tuhan mereka. Maka, berlaku pertelagahan yang berpanjangan antara kedua-dua agama ini dalam sejarah.

“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” – (Quran, at-Taubah: 30)

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham (Yahudi dan Nasrani), mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” -(Quran, an-Nisa: 157)

“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).”- (Quran, al-Hasyr: 14)

Allah melalui perantaraan Jibril menyampaikan wahyu kepada Muhammad dengan menerangkan perkara-perkara ini. Quran menjelaskan mengenai masalah konflik yang melanda Yahudi dan Nasrani dalam perihal kekeliruan mereka sendiri. Ayat yang menerangkan masalah konflik yang bergelora ‘di dalam kain’ mereka (Yahudi dan Nasrani) sendiri.

Malah, catatan sejarah juga merekodkan perbalahan ini (sila rujuk peristiwa pembakaran Jerusalem oleh tentera Rom melalui sumber-sumber lain seperti Flavius Josephus, juga boleh rujuk peristiwa penindasan terhadap kaum Nasrani ketika zaman Rom). Bahkan Bible New Testament yang menjadi kepercayan Nasrani juga banyak mencela kaum Yahudi. Ia jelas menunjukkan hubungan kedua-dua agama ini bermula dengan ketegangan berpanjangan dari sudut persoalan ‘kematian’ Jesus dan status Jesus sebagai nabi palsu (sangkaan Yahudi) serta anak tuhan (mengikut sangkaan Nasrani)..

Namun, timbul satu kejanggalan sejak rahsia yang tertimbus di runtuhan istana Sulaiman berjaya digali keluar oleh Knights Templar. Kejanggalan itu wujud dan menimbulkan kehairanan di kalangan pengkaji teks-teks sejarah tiga agama (Islam, Yahudi dan Nasrani) yang lahir di rantau Semit. Catatan sejarah merekodkan perbalahan antara Yahudi dan Nasrani serta keadaan sejahtera mereka di kerajaan-kerajaan Islam.

Bagaimanapun, keadaan menjadi aneh selepas tamat Perang Salib di Jerusalem. Keanehan itu tidak lain dan tidak bukan ialah wujud hubungan baik secara tiba-tiba antara Yahudi dan Nasrani. Ia semakin ketara selepas tamat Perang Dunia Pertama (WW1) dan Perang Dunia Kedua (WW2). Hubungan baik yang penuh konspirasi.

Allah melalui wahyu kepada Muhammad memberi amaran kepada umat Islam mengenai perkara ini melalui al-Quran, Allah berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” - (Quran, al-Baqarah: 120)

“Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (sesat) dari yang baik (beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” - (Quran, al-Anfal: 37)

Dalam ayat di atas, perkataan Yahudi dan Nasrani disebut dengan jelas dalam satu baris ayat, tidak seperti ayat-ayat lain (hanya ayat yang berbentuk amaran). Dalam ayat-ayat lain, panggilan ganti nama diberikan kepada mereka ialah seperti ‘golongan ahli kitab’, ‘orang-orang yang diberikan kitab’ dan ‘ahli kitab’ (al-Baiyina: 98, al-Hadid: 29, al-Maidah: 15, 19, 47, 59, 65 dan 77, an-Nisa: 123, 153, 159 & 171, al-Imran: 64, 65, 69, 70, 71, 72, 75, 98, 99, 113 & 199, al-Baqarah: 105 & 109). Dalam ayat-ayat yang Allah sebut mereka sebagai ahli kitab pula hanya diberi penekanan maksud kepada Yahudi dan Nasrani yang diletakkan di dalam kurungan ataubracket seperti “(Yahudi dan Nasrani)” atau seperti contoh ayat di bawah:

“Wahai ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).” -(Quran, an-Nisa: 171)

Di dalam ayat di atas, Allah menyebut ahli kitab yang merujuk kepada Yahudi dan Nasrani. Para penterjemah al-Quran pula menterjemahkan ahli kitab itu sebagai Yahudi dan Nasrani melalui kaedah-kaedah penterjemahan. Hasil penterjemahan itu, para penterjemah memberi penekanan maksud kepada istilah ‘ahli kitab’ dengan meletakkan penjelasan maksud merujuk kepada Yahudi dan Nasrani yang ditempatkan di dalam bracket untuk memudahkan pemahaman pembaca al-Quran. Perkataan Yahudi dan Nasrani diletakkan dalam satu bracket atau kurungan.

Tetapi bagi ayat 120 surah al-Baqarah, Allah secara terang menyebut perhubungan antara Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka menundukkan umat Islam supaya mengikuti agama mereka, nama Yahudi dan Nasrani disebut jelas dalam ayat itu tanpa menggunakan istilah ‘ahli kitab’ seperti dalam ayat-ayat lain. Ayat itu juga menjelaskan bahawa ada ‘hubungan yang tidak sepatutnya berlaku’ antara Yahudi dan Nasrani untuk menundukkan umat Islam yang mengikuti syariat Muhammad.

Hubungan yang tidak sepatutnya berlaku ini pula dijelaskan Allah melalui ayat 157 surah an-Nisa seperti di perenggan terdahulu melalui baris ayat ‘orang-orang yang telah berselisih faham’ yang menunjukkan ada timbul konflik serius antara sesama mereka dan juga melalui keterangan"..permusuhan di antara mereka (Yahudi dan Nasrani) sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah.." dalam sural al-Hasyr ayat 14.

Walaupun Allah menerangkan bahawa ada konflik jelas antara Yahudi dan Nasrani berhubung kepercayaan mereka, namun Allah memberi amaran kepada umat Muhammad bahawa kedua-dua kaum itu akan bekerjasama meruntuhkan akidah Islam melalui ayat 120 surah al-Baqarah: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka.."

Maka, penerangan mengenai kejanggalan terhadap hubungan baik yang tidak sepatutnya berlaku tetapi akhirnya berlaku inilah yang memberi petunjuk untuk kita menjejak konspirasi Yahudi yang bekerjasama dengan Nasrani berpandukan keterangan al-Quran melalui ayat-ayat berupa amaran. Siapakah Yahudi dan Nasrani yang mengadakan kerjasama itu seperti dimaksudkan Allah melalui amaran-Nya dalam ayat itu (al-Baqarah: 157)?

Sekarang, barulah kita lihat kepada situasi semasa yang berlaku pada zaman moden ini. Israel (negara Yahudi Zionis) mengadakan kerjasama dengan negara-negara Eropah dan Amerika (negara-negara Nasrani) dalam komplot menguasai rantau Tebing Barat dan dunia Arab. Ia adalah satu kejanggalan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi akhirnya sudah pun berlaku iaitu kerjasama erat antara Yahudi dan Nasrani.

Sisi lain, adakah benar mereka itu benar-benar Yahudi dan Nasrani? Kita selarikan pula dengan plot Knights Templar yang akhirnya menemui rahsia di bawah runtuhan istana Sulaiman. Ia menjadi titik tolak kepada bermulanya gerakan agama syaitan orde baru (satanism, penganut digelar satanist) untuk mengejar material keduniaan melalui politik orde baru. Kerjasama itu sedang berlangsung dengan rancak.

Sekitar tahun 1784 hingga 1787 pula, dilaporkan Illuminati dianggotai oleh 2,500 keluarga di seluruh Bavaria dan Eropah. Dalam tempoh yang sama, beberapa dokumen Freemason dirampas oleh pihak keselamatan Bavaria dan menahan beberapa orang ahli Illuminati dan Freemason. Mereka yang ditahan dan dipenjara selama beberapa tahun itu pula dilaporkan terdiri daripada para saintis (yang menggerakkan Altar Sains) yang giat ‘mengubah’ pola pemikiran masyarakat Eropah kepada satu tahap ‘pembaharuan’ yang membahayakan keselamatan seluruh benua itu, ia meliputi pembaharuan politik dan cara hidup beragama bagi mencapai ‘kemajuan’ dalam erti kata ‘sebenar’ (terlalu duniawi).

Selepas Revolusi Peranchis pula, golongan Satanist yang berselindung di sebalik agama Yahudi (Judaism) dan Nasrani ini giat menjalankan rancangan menjayakan perang-perang dunia. Juga timbul secara tiba-tiba kerjasama antara orang Yahudi dengan bangsa Eropah di Barat dalam pelbagai aspek seperti kewangan, perniagaan dan politik. Kerjasama ini pula menjadi anjuran para bangsawan dan pembesar.

Hubungan baik antara Yahudi dan Nasrani ini pula hanya sekadar ‘maya’ atau ‘ilusi’ bagi mengaburi penganut kedua-dua agama itu untuk kembali berbaik dan mengadakan hubungan yang lebih baik. Padahal, golongan satanist itu sebenarnya bukan penganut Yahudi (Judaism) mahupun Nasrani. Mereka sebaliknya bersembunyi di sebalik kedua-dua agama itu untuk mengaburi mata orang-orang Yahudi dan Eropah yang menganut Nasrani. Ia adalah kerjasama yang penuh muslihat. Perkara ini sudah lama terbongkar di Barat.

Jadi, siapakah maksud Yahudi dan Nasrani yang disebut Allah dalam surah al-Baqarah itu? Adakah ia bermaksud Yahudi dan Nasrani yang bertegang muka sesama mereka sepanjang sejarah silam oleh kerana akidah mereka berbeza dan saling tuduh menuduh? Jangan kata anda tidak tahu, Allah sudah memberi amaran dengan jelas. Baca al-Quran dan fahami maksud dengan cermat. Di sini, kita perlu cermat untuk tidak menyamakan antara Yahudi Judaism, Yahudi Ortodoks dengan Yahudi Zionis. Terdapat perbezaan yang membezakan Zionis dengan lain-lain premis Yahudi.

Selama sejarah Nasrani-Yahudi, jelas wujud perbalahan kerana ada perbezaan ketara antara kedua-duanya. Kini tiba-tiba muncul kerjasama. Dalam aspek pemikiran politik, kerjasama akan wujud apabila kedua-dua pihak menemui titik persamaan. Apakah persamaan itu? Allah juga sudah memberitahu mengenai persamaan mereka ini melalui al-Quran. Persamaan yang disebut dalam al-Quran pula selari dengan keadaan semasa yang terpapar jelas akidah syaitan yang dianut golongan yang berselindung di sebalik Yahudi dan Nasrani itu.

“Orang-orang yang beriman, (mereka) berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.” - (Quran, an-Nisa: 76)

Jelas keterangan al-Quran terhadap semua konspirasi penganut agama syaitan ini? Cukup jelas. Al-Quran sudah lebih awal sejak 1,400 tahun lalu lagi sudah mendedahkan konspirasi penganut agama syaitan ini yang keras berusaha melenyapkan akidah Tauhid.

Allah sudah menjelaskan segala-galanya kepada umat Muhammad, jadilah orang-orang yang berfikir dengan panduan Allah. Jadilah orang-orang yang mahu selamat.
--
Memulihkan pernafasan
Mengembalikan kewarasan selepas disesakkan debu-debu

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “Ahlul Bait” dan hendak membersihkan (diri) kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” -(Quran, al-Ahzab: 33)

Kita tahu selama ini kita hanyut dibuai keseronokan dunia dalam buaian nafsu nafsi ciptaan Yahudi dan Nasrani yang berkonspirasi. Kita juga tahu industri hiburan Hollywood, Bollywood, perbankan dan bermacam-macam lagi itu berada dalam kekuasaan mereka. Kita juga tahu kita hidup dalam sistem mereka sehingga kita menerima dan menelan realiti ciptaan secara ‘terprogram’ dan ‘bersistematik’seperti lebah-lebah yang bekerja untuk menjayakan projek sarang lebah madu.

Kita bangun pagi di rumah (lebih rugi jika meninggalkan Subuh) di kawasan-kawasan perumahan yang terancang seperti susunan sarang lebah. Kawasan perumahan pula dibina berdasarkan idea kejuruteraan dari Barat untuk tujuan mewujudkan masyarakat yang ‘teratur’. Kita kemudian keluar berpusu-pusu menaiki kenderaan (asap kereta dan bas pula mencemarkan udara yang kita sedut) untuk menuju tempat kerja seperti lebah-lebah keluar mencari nektar pada bunga-bunga.

Wang gaji bulanan pula dimasukkan melalui bank-bank yang mengamalkan sistem riba. Kita bekerja untuk menjayakan sistem riba melalui gaji bulanan tanpa kita sedar. Masyarakat kita (seluruh dunia) disusun untuk bekerja seperti lebah-lebah belaan yang dikerah menghasilkan madu untuk keuntungan tuan mereka (yang menggerakkan sistem riba kesukaan Yahudi dan Nasrani).

Bermula dari keluar rumah seperti lebah meninggalkan sarang, sehinggalah wang gaji kita juga disusun rapi untuk menjayakan sistem ini. Kita sebenarnya sedang bekerja untuk mereka. Lihat, begitu halus tipu daya ini. Sistem riba itu pula menjadikan mereka itu semakin mewah dan kaya raya untuk memerangi kita apabila termaktub waktu tepatnya.

Untuk keluar dari kemelut tipu daya yang menyesakkan ini, kita perlu kembali (insaf) sebelum kembali (mati). Dirikan solat (mengukuhkan keimanan) dan tunaikan zakat (hidup dalam sistem ekonomi Islam), itu perintah Allah kepada kita supaya terselamat daripada sistem kafir.

Hayati secebis daripada ayat 33 surah al-Ahzab: “...Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu...”

Apa yang mencemarkan diri kita selama ini? Ia adalah sistem kafir yang menyesakkan kewarasan kita dalam mengenal hikmah-hikmah perintah Allah. Sistem kafir yang mencakupi seluruh kehidupan kita, hiburan, ekonomi, politik dan banyak lagi.

Bagaimana mahu kembali hidup dan berdiri gagah meskipun lutut sudah terketar-ketar dipukul oleh tangan-tangan penabur fitnah? Caranya ialah mengembalikan sistem yang diredhai Allah. Sistem Allah tidak akan berjaya didirikan oleh kita yang sudah terketar-ketar lutut akibat kesakitan sekian lama ini tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan-Nya.

Maka apa pula syarat itu?

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama dan ad-deen Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” - (Quran, al-Imran: 103)

Sistem kafir menjadi berjaya kerana ia dijayakan secara kolektif termasuk kita yang bertindak sebagai pelaku yang menjayakannya. Ia juga mampu diruntuhkan jika dilakukan secara kolektif.

Dalam usaha untuk meruntuhkannya, kita perlu meruntuhkan sambil mendirikan sistem Allah pada masa yang sama. Kita harus bergerak secara kolektif, bersatu-padu, tidak bercerai-berai dan kekal bersaudara. Kita harus bertindak sebagai kumpulan yang beralih kepada sistem Islam secara besar-besaran.

Bertindak sebagai pendesak dengan memaksa majikan-majikan memasukkan wang gaji bulanan ke dalam bank-bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam, ia lantas meranapkan sistem riba. Jika kita bersatu-padu, tiada daya di pihak lain untuk membantah. Allah juga telah memberikan janji-Nya kepada manusia-manusia yang bersatu padu. Kumpulan-kumpulan NGO aliran Islam juga wajar menambah bilangan ahli untuk memberi sokongan dalam memainkan peranan ini. Jangan tidur lagi.

Tiada yang kurang atau lemah dalam sistem Allah. Di Britain, sistem perbankan Islam diiktiraf sebagai sistem paling sempurna yang tidak bersifat penindas sebagaimana sistem konvensional yang mereka perkenalkan kepada kita untuk diamalkan. Mereka sendiri menolak sistem konvensional ciptaan mereka dan memilih sistem Islam. Ia sudah terbukti. Cuba selak majalah Times.

Juga di Britain, sekolah-sekolah yang dikendalikan gereja menyediakan makanan yang menepati hukum dan prinsip halal sebagaimana diamalkan Islam termasuklah dari segi penyembelihan mahupun menyamak najis-najis berat, malah lembu atau kambing yang dijadikan makanan di sekolah-sekolah Kristian di negara itu disembelih sendiri oleh orang Islam yang menyebut Bismillah di rumah-rumah sembelih kendalian orang Islam.

Mereka mengamalkan perintah Allah kerana tahu ia adalah jalan terbaik, tetapi mereka tetap mendustakan nikmat-nikmat Allah seperti disebut secara berulang-ulang di dalam surah ar-Rahman. Mereka tahu ia jalan terbaik dan mengamalkannya, tetapi kekal mendustakan.Cuba selak buletin bulananChristian Bulletin.

Di Israel ‘Zionis Raya’, tiada kandang babi di negara itu. Juga tiada sistem riba yang menekan pelanggan runcit. Mereka juga mengamalkan sistem kutipan dana menyerupai zakat. Mereka mengamalkan sistem yang selari dengan Islam. Tetapi pada masa yang sama menjadi seperti golongan yang disebut dalam surah ar-Rahman, iaitu golongan yang mendustakan nikmat-nikmat Allah.

Lihat, betapa Islam adalah jalan terbaik dan diamalkan pula oleh musuh-musuh.Kita perlu bersatu padu mengamalkan ajaran Islam secara mutlak tanpa kompromi. Malangnya, kita berterusan berpecah akibat termakan hasutan proksi-proksi Zionis di negara ini supaya mengamalkan sistem kafir. Proksi-proksi ini pula wujud dalam semua parti politik di negara ini.

Sistem politik Islam harus segera dikembalikan. Bagaimana mengembalikannya? Kita perlu bersuara lantang memihak kepada Islam secara kolektif, bukan lagi berpihak kepada mana-mana parti atau individu politik yang berjuang demi nafsu-nafsi semata-mata.

Syarat utama ialah bersatu demi Islam sebagaimana diperintahkan Allah dalam ayat-ayat-Nya. Itu adalah syarat mutlak. Tiada pilihan lain lagi.Jadilah pendesak dalam kumpulan yang besar dan bertindak dengan penuh hikmah sambil menolak kekerasan kerana Islam itu penuh dengan kelembutan berhikmah.

Jadilah pendesak yang tidak mahu lagi diadakan acara hiburan yang melalaikan, tetapi jangan bertindak keras, bertindaklah seperti orang Islam yang berbudi pekerti mulia. Jadilah pendesak yang mendesak supaya parti-parti politik yang dianggotai orang Islam segera bersatu demi kepentingan umat Islam, tetapi jangan berkeras dan bertindaklah seperti orang Islam yang berhati mulia.

Politik akan menjadi suci jika ia berjuang demi Islam, bukan demi parti dan kepentingan individu semata-mata sehingga membelakangkan Islam hanya untuk sesuap nasi politik. Bersatu dengan mematikan fahaman permusuhan dan mengembalikan persaudaraan.

Kita bukan bercakap mengenai politik kepartian yang sudah lama buntu, tetapi kita bercakap mengenai umat Islam yang harus bersatu. Kepada ahli-ahli parti politik, tiada ruang untuk anda berbahas mengenai politik kepartian yang penuh emosi keanak-anakan di sini. Tiada ruang untuk semua itu. Islam lebih penting daripada segala-galanya.

Hubungan rakyat negara-negara Islam (mahupun di Malaysia dan Indonesia di rantau ini) perlu segera sedar mengenai hubungan kita dari sudut agama. Jangan lagi dimainkan oleh demonstrasi anti sesiapa, demonstrasi-demonstrasi itu dianjurkan oleh orang-orang bukan Islam untuk menimbulkan permusuhan antara dua wilayah Islam di rantau ini iaitu Malaysia dan Indonesia.

Sila kenali siapa orang yang menggerakan kumpulan demonstrasi, sila selidik apa agama mereka dan sila selidik siapa yang menggerakkan mereka. Sila selidik dengan cermat dan segera sedar semua itu.

Mereka mahu kita bermusuhan, bersengketa dan bertelagah kerana ia akan merugikan umat-umat di wilayah-wilayah Islam ini sendiri. Mereka mahu kita bertelagah dengan memainkan isu-isu Red Herringyang remeh temeh untuk menimbulkan kemarahan dan saling memaki dan tuduh menuduh di luar skala kewarasan.

Mereka mahu kita berpecah untuk melihat kita lemah. Akal perlu segera waras. Demi Islam. Jika tidak mahu mengaku bahawa kita daripada kelompok bangsa yang sama, itu tidak mengapa. Tetapi jangan menolak persamaan yang ada pada kita di dua negara bersebelahan ini iaitu Islam. Kita memikul tanggungjawab untuk memurnikan hubungan sesama Islam.Jangan terperangkap dalam permainan orang kafir. Jangan jadi orang-orang kerugian lagi terpedaya.

Mungkin ada orang-orang politik yang membaca blog ini yang dianggap sama sahaja seperti blog-blog politik sampah yang lain. Bagi orang-orang politik, maklumat blog tidak lebih daripada sampah. Kita tidak berbicara mengenai politik kepartian di sini. Tapi, anda perlu memikirkan sesuatu jika benar kamu orang Islam yang tidak melacurkan agama suci ini demi cita-cita politik sempit. Baik dari parti bendera ‘biru’ atau ‘hijau’ atau apa ‘warna’ sekalipun selagi ia melibatkan keahlian orang Islam yang ramai, anda perlu memikirkan sesuatu.

Jika golongan politik ini masih sombong untuk bertindak demi Islam, maka masyarakat pula harus bersatu sebagai pendesak. Mendesak dengan menjadikan perpaduan umat Islam sebagai motif utama, bukan lagi fahaman kepartian tegar kebudak-budakan. Permasalahannya, cukup tegarkah parti-parti politik ini dalam mendaulatkan Islam?

Andai terlewat untuk mendesak sedangkan parti-parti kafir dari pelbagai warna bendera sedang bersatu sesama mereka secara senyap, Islam mungkin tersungkur satu masa nanti menyaksikan umat-umatnya menangis kekesalan di negara ini kerana ingkar untuk bersatu sebagaimana perintah Allah supaya bersatu.

Kita sudah diberi panduan bersatu melalui anjuran al-Quran supaya mampu berdiri kuat dengan hidup bersatu sebagai satu umat yang tidak berpecah belah, tetapi menafikan nikmat hikmah perintah-Nya dengan melanggar segala perintah-Nya dengan selamba demi kepentingan politik dunia.

Semua ini tidak mampu dijayakan secara bersendirian. Ia memerlukan kerjasama kolektif yang ramai dalam jumlah mewakili majoriti umat Islam di negara ini. Sekali lagi, jika kita bersatu, tiada daya di pihak lain untuk menafikannya.

Bagaimana untuk memulakan penyatuan ini? Di sini hanya sebagai langkah. Mudah, anda beramai-ramai sila jadi anggota pertubuhan NGO Islam yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Sila berhati-hati untuk tidak menganggotai NGO yang cenderung menyokong sesebuah parti. Kemudian desak NGO-NGO ini untuk bersatu pula sesama mereka. Kumpul keahlian seramai mungkin, jika boleh jadikan keahlian mencapai jutaan umat Islam, maka lakukan segera. Kita perlukan orang Islam yang menolak politik kepartian. Jika majoriti daripada kita masih taksub dengan politik parti keanak-anakan dengan selamba menolak perintah Allah supaya bersatu, maka tunggu sahaja keruntuhan yang dijanjikan Allah jika kita tidak bersatu.

Jika anda adalah presiden atau ahli majlis sesebuah NGO Islam, anda juga perlu bertindak dengan menolak fahaman kepartian. Anda sebagai ahli majlis tertinggi NGO perlu giat melakukan promosi mengumpul keahlian baru. Korbankan jawatan anda dalam NGO dengan menggabungkan semua NGO Islam dan memilih kepimpinan tunggal. Semoga pengorbanan anda diberikan ganjaran besar di sisi Allah.

Mengimbas kempen perluasan wilayah Islam yang digerakkan Khalid al-Walid suatu masa dahulu, dia mengerahkan ketua setiap puak (masih ada sedikit sisa fahaman puak kabilah di kalangan orang Arab ketika itu, sehingga kini pun ia masih bersisa) untuk menghantar sekumpulan tentera bersama ketua angkatan masing-masing untuk berdakwah di Iraq, Parsi serta menentang Rom. Meskipun setiap puak itu hadir bersama ketua angkatan tentera mereka, namun mereka disatukan dibawah satu kepimpinan tunggal yang akan memimpin setiap tentera dari setiap kabilah.

Khalid memimpin semua mereka itu dalam kempen-kempennya dan memperoleh kejayaan. Inilah yang harus dicontohi NGO-NGO Islam. Generasi awal Islam sudah membuktikan bahawa mentaati perintah Allah dengan bersatu pasti dijanjikan kejayaan. Jangan hanya asyik bercakap mengenai kegemilangan tamadun Islam suatu masa dahulu tanpa melakukan apa-apa pengorbanan untuk melihat agama Allah kembali teguh. Jangan hanya tahu bercakap megah di hadapan wartawan hanya semata-mata mahu popular di dada akhbar seolah-olah faham setiap inci era kegemilangan tamadun Islam sedangkan anda hanya tahu bercakap dan bercakap dengan megah seperti burung kakak tua tanpa berbuat apa-apa demi membawa Islam kembali ke landasannya. Maaf jika berkecil hati, teguran sinis secara pojok nakal dari ayat-ayat ikhlas para wartawan memang memedihkan.

Mengapa NGO Islam amat diperlukan, kerana ia menjamin kebebasan daripada belenggu mana-mana parti politik. Meskipun ada NGO Islam yang lebih cenderung terhadap sesebuah parti politik, kami yakin bahawa anda juga tidak selesa dengan keadaan itu. Maka, berusahalah untuk membebaskan diri. Sila tukar kepimpinan baru jika perlu. Berkenaan Sisters in Islam (SIS), tidak perlu diterangkan lagi mengenai mereka. SIS dan NGO-NGO Islam Liberal yang lain juga akan hancur dengan sendiri jika gabungan tunggal semua NGO Islam bersatu padu dengan keahlian mencecah puluhan juta orang Islam. Puluhan juta.

Sama juga dengan NGO-NGO munafik lain, mereka juga akan hancur seperti SIS. NGO juga tidak seharusnya bersikap cenderung ke arah mana-mana parti politik, jika ia berlaku, ia boleh dianggap sebagai sayap tidak rasmi sesebuah parti politik. Jika ikhlas demi Islam, politik kepartian yang gemar tuduh menuduh, fitnah menfitnah, kutuk mengutuk, keji mengeji dan cerca mencerca itu berjalan di atas landasan Islamkah? Maka, amat diperlukan NGO yang menolak kecenderungan menyokong mana-mana parti. Jangan pula mudah terpedaya dengan motto-motto atau slogan-slogan NGO yang kononnya berjuang demi Islam tetapi pada masa yang sama turut sama mengamalkan fahaman politik kepartian kebudak-budakan.

Debu-debu konspirasi itu masih ada di lantai atau sudah dihembus keluar, itu bergantung kepada di titik mana anda sedang berpijak sekarang. Jika selesa dengan debu yang melekat di tapak kaki, maka hiduplah. Kalau selesa dengan kaki yang bebas daripada debu, maka hiduplah.

Lantai di Ground Level sudah kelihatan sedikit agak jelas di beberapa sudut. Maka, lakukan sesuatu untuk memastikan debu-debu itu tidak kembali. Jika menguruskan pembersihan Ground Level pun kita gagal, jangan lagi bermimpi untuk melihat tingkat-tingkat bawah tanah yang lain yang penuh dengan selut dan najis busuk yang perlu dibersihkan.

Perubahan boleh dilakukan jika prinsip pelaksanaannya betul. Di sini, satu prinsip gerakan pemurnian umat Islam secara global mungkin sesuai dalam konteks masa kini... Synergy: Think Local Affects Global.

Jika tidak mampu melakukan perubahan secara global, cukuplah jika setiap daripada kita bergerak membuat perubahan secara lokal di tempat masing-masing dengan segala sumber dan kekuatan yang ada. Apabila setiap daripada kita di seluruh negara melakukan perkara yang sama di kawasan lokal masing-masing tidak kira di kawasan perumahan, flat rakyat, kampung-kampung atau bandar-bandar, ia secara tidak langsung akan memberi kesan secara nasional.

Jika setiap masyarakat dunia di setiap negara Islam juga melakukan perkara yang sama, ia akan bertukar menjadi satu gerakan secara nasional di negara masing-masing yang memperlihatkan umat Islam semakin bersatu dan teguh. Apabila setiap negara Islam melakukan perkara yang sama, ia akan bertukar menjadi satu gerakan besar secara global. Ia memberi kesan berganda secara timbal balik. Ini adalah masa untuk menyingkirkan semua debu dengan melakukan tindakan waras. Ini adalah masa untuk memurnikan tenaga.

BERSATU dan BANGKITLAH demi ISLAM, sebelum terlambat. Inilah fokus kita.. BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM



- SHAHi -

Friday, October 7, 2011

Mind Game: Demotivate



SEKITAR tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an, orang Melayu di kampung-kampung telah diasuh minda mereka supaya berbangga menjadi petani dan tidak lebih daripada itu. Kisah-kisah silam yang dikutip melalui pertemuan dengan orang-orang lama banyak menceritakan mengenai cara bagaimana minda mereka diasuh oleh British supaya cenderung ke arah itu, berbangga dengan hanya menjadi petani.

Kebanyakan kisah itu dikutip daripada bekas-bekas guru, bekas-bekas profesional Melayu yang telah berumur dan juga daripada orang-orang kebanyakan yang pernah melalui tempoh selama lebih 20 tahun itu. Mereka menjadi saksi kepada kerakusan British merombak pemikiran Melayu supaya berfikiran mundur dan rendah ‘self-esteem’ dalam masyarakat majmuk Malaya ketika itu.

Seorang bekas guru pernah bercerita kepada saya mengenai baris-baris lirik dalam lagu-lagu yang disifatkan sebagai patriotik oleh British telah meresap jauh ke dalam jiwa sebilangan besar orang Melayu ketika dia masih bersekolah pada waktu itu.

Sebahagian lirik itu berbunyi:

“Kami Melayu,
Bangga jadi petani,
Hidup di kampung tempat kami,
Tempat kami hidup kami mati,
Kami Melayu,
Bangga jadi petani,
Hanya ini kerja kami.”

Dalam pertemuan dengan golongan profesional Melayu yang telah berumur juga diceritakan mengenai lirik lagu yang sama meskipun mereka telah lupa mengenai tajuk lagu yang dimaksudkan.

Keterangan itu selari dan bersambung-sambung menandakan keadaan itu memang wujud antara tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an sebelum British menukar kepada lagu lain yang dinyanyikan di sekolah-sekolah kampung di beberapa negeri yang menerima Residen Inggeris.

Ia kemudian disokong ketika pertemuan dengan seorang bekas profesional Melayu yang sudah berumur lanjut. Dia memberitahu, semasa dia mahu meminta biasiswa pelajaran daripada kerajaan British untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang dan bertemu dengan seorang pegawai British dalam satu temuduga.

Anak Melayu itu menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perundangan di London selepas Jepun menyerah kalah, namun pegawai British dengan angkuh menempelak anak Melayu pintar itu dengan berkata:

“Kamu tak perlu jadi peguam. Jadi petani adalah yang terbaik buat bangsa kamu.”
Mendengar kata-kata itu, anak Melayu itu kemudian beredar meninggalkan pejabat pegawai British itu dengan berkata:
“Kamu Orang Putih (British) akan lihat satu hari nanti, orang Melayu yang kamu hina selama ini akan bangkit dan bangga jadi apa saja yang mereka mahu, jadi lebih baik daripada kamu.” Kata-kata itu dilafazkan begitu sahaja tanpa ada unsur ugutan.

Lagu-lagu ‘mind-set’ yang dinyanyikan di sekolah-sekolah Melayu pada sekitar tempoh itu berlegar selama 25 tahun sebelum British berundur ke Eropah akibat kedatangan Jepun ke Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Ia adalah satu tempoh yang agak lama dalam ‘mengasuh’ minda orang Melayu supaya hanya berbangga menjadi petani tanpa sebarang cita-cita untuk menjadi lebih baik daripada pekerjaan petani itu.
Melayu pada masa itu ditempatkan di kampung-kampung dengan hanya menjadi pesawah dan penanam buah serta sayur-sayur, mengutip ulam, menangkap ikan, menjahit jala dan lain-lain pekerjaan tradisional.

Melayu dibiarkan terperap di kampung-kampung tanpa diberi perhatian sewajarnya oleh British dalam aspek pelajaran dan juga kesihatan. Melayu dibiarkan melarat, miskin tanpa harta dan miskin tanpa ilmu melainkan kaya dengan sikap bangga sekadar menjadi petani. Semua itu berlaku ketika British mengaut kekayaan Tanah Melayu pada masa Melayu dibodohkan oleh sikap naif dan sikap lurus bendul mereka sendiri.

Akibatnya, sebilangan Melayu (bukan semua) menjadi manja mengharapkan bantuan daripada orang putih walaupun British tidak serius memberi perhatian sewajarnya kepada mereka di kampung-kampung. Bangsa yang sejak beratus tahun lalu terkenal dengan kehebatan perdagangan telah mundur akibat menjadi manja mengharapkan perhatian daripada British.

Semua itu berlaku selepas minda mereka berjaya diubah dengan hanya menggunakan beberapa buah lagu ‘puaka’ untuk dinyanyikan oleh orang Melayu sendiri yang naif dan lurus bendul di negeri-negeri tertentu. Jika sangsi dengan kebenaran kisah ini, sila rujuk kepada orang tua yang berumur dan pernah melalui zaman kanak-kanak ketika 1920-an hingga pertengahan 1940-an.

Kisah silam perjalanan bangsa yang dititipkan itu hanya sebagai pembukaan bagi artikel ini supaya kita dapat belajar daripada sejarah itu. Sejarah tidak mampu diubah, namun masa depan boleh dijamin berubah andai kita belajar untuk tidak mengulangi sejarah kesilapan silam.

Kita belajar sejarah sebagai salah satunya adalah untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Namun, sejarah itu sedang diulangi oleh sebilangan daripada kita yang bodoh sombong dan terlalu dungu untuk belajar daripada sejarah, malah terlalu bebal untuk mengenal fakta sejarah. Melakukan kembali apa yang pernah dilakukan oleh British terhadap orang Melayu ialah satu kesilapan besar. Perlakuan itu dilakukan semula oleh sebilangan orang Melayu sendiri pada masa kini dan kesilapan itu ialah:

‘meranapkan self-esteem bangsa sendiri’.

--

Mind Game: Demotivate

BRITISH telah berjaya meranapkan self-esteem orang Melayu pada tempoh 25 tahun itu. Kita hanya mengambil tempoh 25 tahun itu sahaja dalam konteks artikel ini (bagi mengecilkan skop) walaupun British sebenarnya telah lama meranapkan self-esteem orang Melayu selama beratus tahun sebelum itu melalui pelbagai cara selain lagu-lagu ‘puaka’ seumpama itu.

Hari ini dan sejak kebelakangan ini (mungkin sudah lebih 20 tahun juga sejak kebelakangan ini), sebilangan orang Melayu sendiri melakukan apa yang pernah dilakukan British kepada bangsa Melayu dengan meranapkan self-esteem bangsa sendiri. Ia dilakukan oleh sebilangan Melayu yang diangkat oleh orang Melayu sendiri sebagai pemimpin pada masa kini.

Pemimpin sewajarnya mengukuhkan self-esteem para pengikutnya supaya bersemangat tulen dalam berjuang (semangat tulen), bukan meruntuhkan self-esteem itu. Perkara yang sebaliknya sedang berlaku pada masa ini apabila self-esteem orang Melayu diruntuhkan oleh pemimpin yang sama bangsa dengan mereka sendiri.

Self-esteem ­dalam bahasa mudah disebut maruah. Namun, self-esteem mengandungi maksud yang lebih besar dan lebih luas daripada itu. Ia berkaitan rasa bangga (bukan bermaksud riak atau takbur) dan keyakinan diri dalam melakukan pekerjaan atau ketekunan usaha untuk mencapai sesuatu tanpa dipengaruhi sebarang unsur luar yang boleh melemahkan semangat itu.

Senjata untuk meruntuhkan self-esteem pula antara salah satunya ialah demotivate. Ia adalah perang psikologi yang banyak digunakan dalam peperangan untuk meruntuhkan semangat tentera pihak musuh di medan peperangan atau sebelum bermulanya peperangan. Ia adalah salah satu antara banyak kaedah propaganda. Demotivate pula terkandung dalam ruang lingkup propaganda.

Demotivate berperanan dalam melemahkan semangat seseorang melalui propaganda, menjauhkan seseorang daripada self-esteem dan menggelapkan alter yang berada dalam diri seseorang. Akibatnya, seseorang yang menjadi mangsa demotivate akan mula menelan setiap yang dicanangkan dan akhirnya semangat menjadi lemah.

Dalam konteks perang psikologi, ia adalah suatu perlakuan kejam yang dilakukan dalam mood yang halus dan lembut. Ia kejam kerana melibatkan pencerobohan terhadap akal, minda dan kewarasan musuh daripada berfikir secara yang sewajarnya. Ketidakwajaran diperlihatkan sebagai suatu kewajaran. Ia berlaku apabila minda menjadi keliru untuk mempertahankan self-esteem. Apabila self-esteem diranapkan, kewarasan akan digelapkan dengan mudah dan mangsa akan menjadi lupa jati diri.

Dalam konteks Malaysia hari ini, muncul beberapa orang dungu yang diangkat menjadi pemimpin. Dengan nada yang sumbang, pemimpin-pemimpin dari kalangan orang Melayu itu melakukan perkara yang sama dengan apa yang pernah dilakukan British satu masa lampau.

Pemimpin-pemimpin itu menerapkan self-esteem yang rendah kepada para pengikut mereka sehingga ada pengikut dungu yang tanpa rasa bermaruah mengaku “MALU MENJADI MELAYU”. Samalah seperti British mengajar orang Melayu supaya berbangga dengan hanya menjadi petani dan tidak boleh menjadi lebih baik daripada petani. Perkara yang sama, tetapi berlaku dalam bentuk ‘reversal mind-set’.

Dikatakan oleh pemimpin-pemimpin politik jenis itu lagi, tidak perlu bangga menjadi Melayu sebaliknya motif bangsa tidak dipandang oleh Allah kerana Allah hanya memandang kepada ketakwaan manusia. Itu benar, tetapi ada kecacatan dalam kewarasan semasa pertimbangan itu dibuat apabila menolak perjuangan bangsa sebulat-bulatnya.

Kesannya, wujud sebilangan manusia dungu yang berperasaan malu menjadi Melayu akibat menerima bulat-bulat kerendahan ‘nilai’ self-esteem yang diterapkan oleh pemimpin-pemimpin yang mereka tabal sedangkan pada masa yang sama bangsa-bangsa lain berbangga dengan bangsa mereka dan sentiasa memperjuangkan bangsa mereka sendiri tidak kira walau di bumi mana pun mereka berpijak.

Perlu berfikir dengan waras. Apabila musuh berperang menggunakan parang, kita juga mesti ada parang atau yang lebih hebat daripada parang. Bilamana musuh menggunakan senapang, kita juga perlu menggunakan senapang atau senjata lain yang lebih hebat daripada senapang. Bukan hanya berharap kepada tulang empat kerat semata-mata untuk memerangi musuh.

Apabila bangsa lain berlumba-lumba dan berbangga untuk memperjuangkan bangsa mereka, kita juga harus melakukan perkara yang sama dan bukan hanya tunduk malu kerana dijadikan sebagai Melayu tanpa sedikit pun rasa bangga. Itulah maksudnya kepada perlambangan erti mereka ada senapang, kita pun ada senapang.

Seseorang pemimpin sewajarnya berperanan membangkitkan semangat para pengikut, bukan meruntuhkan semangat dan self-esteem para pengikut termasuklah ‘mengajar’ pengikut supaya MALU MENJADI MELAYU. Jangan dibuat perkara yang sama seperti British pernah buat kepada kita.

Semasa Perang Scotland-Britain pada sekitar tahun 1296-1328, bangsa Scotland bangga menjadi orang Scotland dan berjuang dengan self-esteem yang tinggi untuk tidak membenarkan Britain bertampuk kuasa di Scotland.

Britain pula terdiri daripada bangsa Inggeris yang bangga menjadi orang Inggeris, malah bangga kerana melebarkan empayar luas sehingga kurun ke-20.

Bangsa Arab juga berbangga menjadi orang Arab, orang Iran juga berbangga menjadi bangsa Parsi, orang Cina juga berbangga dilahirkan Cina, begitu juga dengan Yahudi yang berbangga dilahirkan Yahudi. Mengapa mesti ada sebilangan orang Melayu yang MALU MENJADI MELAYU hanya kerana pemimpin mereka berkata SUNGGUH MALU MENJADI MELAYU?

Memang benar, Allah hanya memandang tingkat ketakwaan manusia dan bukan dari darah mana-mana keturunan yang diwarisinya. Dalam konteks negara merdeka, ‘pride’ sesebuah bangsa juga ada peranannya dalam mengemudi semangat para pejuangnya untuk memastikan negara terus merdeka.

Pride lebih mudah ditiup dengan semangat bangsa. Melayu di Malaysia adalah Islam majoritinya. Apabila disebut sebagai orang Islam di Malaysia, kita akan hanya terus fokus kepada satu bangsa iaitu MELAYU. Ia kerana bangsa Melayu itu Islam agamanya. Apabila orang Melayu berdiri kuat, Islam juga berdiri kuat. Apabila self-esteem orang Melayu jatuh melukut, self-esteem orang Islam di Malaysia juga jatuh melukut.

Namun, Islam itu bukan Melayu, tetapi Melayu itu beragama Islam.

Fahami perenggan ini dengan tingkat kewarasan yang tajam dan cuba jawab dengan ikhlas kepada diri sendiri. Apabila ada yang tidak bermaruah berasa MALU MENJADI MELAYU, timbul teka-teki iaitu siapakah orang Melayu yang akan berjuang demi agama yang dianuti oleh bangsanya? Berasa malu untuk berjuang demi agama yang dianuti bangsa sendiri kerana dilahirkan menjadi bangsa Melayu?

Juga berfikir tajam mengenai perenggan ini. Siapakah yang akan waras berfikir sekiranya bangsanya di negara ini teguh maka agamanya di negara ini juga akan teguh? Oh tidak, mereka itu MALU MENJADI MELAYU dan tidak akan berjuang demi bangsa yang menganuti agama mereka. Mereka kata mereka berjuang demi agama, bukan bangsa sedangkan bangsa mereka itu menganut agama yang sama dengan agama mereka.

Ketepikan orang Melayu yang murtad. Orang Melayu itu orang Islam majoritinya. Jika tercetus perang akidah tanpa disangka-sangka, orang Islam akan bersatu atas nama Melayu. Semangat jihad akan ditiup berbekalkan semangat bangsa yang berjuang demi agama mereka, Islam. Sila faham betul-betul dengan maksud ‘berbekalkan semangat bangsa’ hanya bekal, bukan berakidahkan semangat bangsa. Disatukan dalam erti kata bangsa Melayu beragama Islam.

Cuba jejakkan kaki ke bumi Palestin. Lihat, orang Islam di Palestin bersatu menentang Zionis dengan berbekalkan semangat bangsa Arab. Bukan kerana orang Arab itu majoriti beragama Islam di dunia, tetapi orang Arab itu majoriti beragama Islam di Palestin. Semangat mereka disatukan dengan erti kata semangat bangsa yang berjuang untuk agama mereka. Semangat yang mahu mengembalikan maruah orang Arab beragama Islam di rantau tebing. Lihat bagaimana semangat bangsa memainkan peranan untuk jihad mengembalikan maruah sebuah bangsa yang beragama Islam. Mereka bangga menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan Islam. Namun, sebilangan orang Melayu tidak bangga menjadi sebuah bangsa yang mempertahankan Islam, tidak bangga menjadi bangsa yang dipilih oleh Allah untuk menganut agama-Nya.

Tanah Melayu, Malaya, Malaysia.. telah ditetapkan rencana kejadian oleh Allah iaitu semua Melayu di tanah ini hidup dalam agama-Nya, menjadi sebuah bangsa yang menganut agama-Nya dan memperjuangkan agama-Nya. Melayu hari ini adalah sebuah bangsa yang dilahirkan dalam agama-Nya andai ibu bapa seseorang Melayu itu beragama Islam. Melayu tidak wajar malu kerana mereka menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan agama-Nya. Majoriti Melayu itu Islam dan teguhnya Melayu itu juga bermaksud teguhlah Islam di Tanah Malaya ini. MALUKAH MENJADI MELAYU wahai segelintir Melayu yang sudah menjadi dungu oleh kedunguan perkataan-perkataan pemimpin yang tidak faham dengan maksud sebuah bangsa yang memperjuangkan agama mereka.

Jika dibuat satu lirik yang merendahkan self-esteem Melayu pada hari ini sepertimana yang pernah dibuat oleh British, lirik itu mungkin berbunyi:

“Kami Melayu,
Kami malu menjadi Melayu,
Malu menjadi bangsa yang ditakdirkan memperjuangkan Islam di Asia Tenggara.”

Mungkin akan berbunyi sumbang seperti itu, lebih sumbang daripada lirik yang diperkenalkan British pada sekitar 1920-an hingga pertengahan 1940-an. Lebih teruk daripada mind-set yang diperkenalkan British. Perkataan-perkataan yang keluar daripada orang yang MALU MENJADI MELAYU adalah jauh lebih busuk daripada mulut British yang mahu meragut self-esteem orang Melayu ketika itu.

Pemimpin-pemimpin Melayu yang mengajar orang Melayu supaya MALU MENJADI MELAYU itu adalah dari kalangan orang politik berotak dungu dan otak udang. Tidak tahu mencari titik yang menemukan antara Islam dengan Melayu. Mereka dengan hidung kembang selalu berkata, perbezaan itu adalah rahmat.

Memang Melayu dan Islam itu berbeza kerana Melayu itu bangsa dan Islam itu agama, Allah juga tidak memandang bangsa. Kenapa tidak mencari titik perbezaan yang menemukan Islam dengan Melayu dan disifatkan sebagai rahmat Allah? Melayu adalah bangsa yang beragama Islam, sebuah bangsa yang ditakdirkan berjuang untuk agama-Nya. Malukah menjadi bangsa yang ditakdirkan untuk lahir dalam agama-Nya?

Oh, semua itu akan di-twist. Mereka berkata pula, MALU MENJADI MELAYU kerana ada sebilangan Melayu yang makan rasuah. Apakah Melayu sahaja yang makan rasuah? Bangsa Cina juga ada yang makan rasuah, bangsa India pun ada, bangsa Inggeris pun ada yang makan rasuah dan pecah amanah, bangsa Yahudi berhati Zionis pun lebih teruk lagi sampai bunuh orang Islam. Tetapi, bangsa-bangsa itu tetap bangga dengan bangsa mereka walaupun ada segelintir daripada kalangan mereka yang terlibat perlakuan tidak baik. 

Mereka kenal dengan kenyataan bahawa akan mana-mana bangsa sekalipun tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan. Namun, adakah disebabkan hal itu ada orang Melayu yang malu menjadi Melayu sedangkan bangsa lain masih kekal bangga dengan bangsa mereka? Malangnya ada Melayu yang sudah membuang bangsa hanya kerana perkara seperti itu.

--

Banyak boleh ditemui dalam blog-blog politik yang mana ada komen daripada orang Melayu sendiri yang mengaku MALU MENJADI MELAYU. Ia satu realiti iaitu ada orang Melayu yang mula rasa malu menjadi Melayu. Malu dilahirkan sebagai bangsa yang ditakdirkan untuk menganut agama Allah.

Jangan hanya kerana membenci UMNO yang ultra-Melayu, lalu semangat bangsa dibuang ke dalam bakul sampah. Jangan hanya kerana membenci PAS, lalu semangat Islam disudutkan ke tepi. Bangsa Melayu dan agama Islam tidak dapat dipisahkan. Kuatnya Islam di Malaysia uga bermaksud kuatlah Melayu. Kuatnya Melayu juga bermakna kuatlah Islam. Bina kekuatan Melayu di Malaysia selari maksud dengan membina kekuatan Islam kerana Melayu itu beragama Islam.

Jangan lagi menjadi seperti kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu yang diajar menyanyikan lagu yang memaksa mereka berbangga dengan hanya menjadi petani pada sekitar tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an.

Di kalangan kanak-kanak itu juga ada yang membantah keras kerana Melayu dipaksa berbangga menjadi petani sedangkan Melayu sebenarnya boleh menjadi lebih baik daripada sekadar petani kampung.

Jika ada yang masih malu menjadi Melayu... lihatlah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya begitu berbangga dengan bangsa mereka sejak sebelum mereka berjaya. Mereka bersemangat memperjuangkan maruah bangsa mereka untuk berjaya, sedangkan sebilangan Melayu begitu malu menjadi Melayu hanya kerana pemimpin mereka juga berasa malu.

Pemimpin yang baik adalah yang mampu meningkatkan semangat pengikut, semangat yang tulen, tulen bererti mengenal segala kenyataan selepas menemui persamaan dalam titik-titik yang berbeza. Pemimpin yang baik adalah yang mampu menaikkan semangat pengikut di ‘medan perang’ dan bukan yang ‘menjadikan pengikut berasa malu’ untuk berhadapan dengan musuh. Masih tertunduk malu ketika kepala mahu dipancung oleh musuh. Malu, malu dan malu tidak bertempat. Malu, malu dan malu untuk melihat diri sendiri.

Melayu semua, bangsa kamu adalah bangsa yang hebat, dicemburui Portugis dan Sepanyol serta bangsa-bangsa Eropah yang lain sehingga bermain kotor menjatuhkan empayar-empayar Melayu.

Melayu itu bangsa yang banyak rahsia sejak zaman berzaman, rahsia yang mahu diketahui oleh orang Eropah dan ditutup segala rahsia itu sehingga Melayu lupa asal usul apabila Tanah Melayu sudah terjajah.

Apabila sudah lupa asal usul kegemilangan bangsa, maka wujudlah sebilangan Melayu yang malu menjadi Melayu. Malu selepas pemimpin mereka juga berasa malu. Dungu dan malu yang tidak bertempat. Malu menjadi Melayu sehingga sejarah kegemilangan dan kehebatan bangsa mahu ditempatkan kepada bangsa lain. Malu dan dungu sehingga tanpa usul periksa berkata Tanah Melayu ini bukan milik bangsa Melayu sejak asalnya.

Orang bodoh itu makanan paling lazat bagi orang yang bijak memanipulasi. Daging orang gopoh yang tidak pandai usul periksa pula adalah jauh lebih lazat daripada daging orang bodoh kerana orang gopoh itu jauh lebih bodoh daripada orang yang sedia bodoh. Sama ada orang bodoh atau orang gopoh, kedua-duanya itu adalah makanan yang lazat kepada orang bijak.

Demotivated Malays.. lets get re-motivated starts from now, bangunlah dengan minda yang waras, yang menemui titik persamaan daripada dua titik yang berbeza.

Atau

Teruskan menyanyi dengan ‘lagu-lagu puaka’ yang meruntuhkan jati diri tanpa sedikitpun rasa bangga.

DEMOTIVATE

Keterbalikan Wajah


Sukar dimengerti apakah sebenarnya yang dikatakan "kebahagiaan". Sesuatu yang didambakan dan diburu oleh manusia sejak zaman berzaman.

Usaha mencarinya tetap terus berjalan dan selagi belum menjumpainya, manusia itu akan terus mengembara dan berkelana. Itu lumrah yang jarang sekali diberi perhatian kerana setiap langkah akan dihujani pelbagai warna yang memukau fikiran. Bersimpang siur di tokok pula oleh kebisingan dan terjahan peristiwa yang mengharu birukan akalnya.

Tanpa bantuan ilmu, bertambah sukar perjalanan itu sehingga tersasul dan terlantar di ruang-ruang waktu yang tidak berguna. Jika sedikit ilmu ditemui tetapi ia tidak dimenfaat, hasilnya sama sahaja dan mungkin menambah celaru.

Panduan dan petua harus diperolehi dari mereka yang pernah merantau dan berjalan mencari "kebahagiaan" sebelumnya. Dalam lain perkataan dari mereka yang penuh pengalaman. Namun begitu masih belum pasti membuah kejayaan. Bergantung samaada pemberinya tidak ikhlas atau penerimanya yang tidak jujur.

Walaupun begitu, kekuatan dan semangat ingin tahu disokong pula oleh harapan dan keyakinan yang tinggi biasanya akan membantu sesaorang menemui para cendikia yang sudi membantu. Para cendikia yang mempunyai sifat "kasih" dan "sayang" yang unggul. Pada waktu ini amatlah sukar. 

Pendita yang terpedaya dalam penjalanannya pula pasti akan membimbing muridnya ke sisi yang tentunya salah. Tidak kurang pula ilmuan yang menyongsang bakal membawa kita ke satu ruang menuju ke ruang yang bertentangan iaitu awan hitam kegelapan.

Zaman ini, lebih banyak kejahatan dari kebaikan, lebih banyak muslihat dari kebenaran. Semuanya bergerak atas kapasiti "kebahagiaan" yang dicorak pastinya palsu. Kepalsuan membawa "kebahagian sementara" dan ia pasti akan lenyap maka, akan berakhirlah keceriaan hidup yang selama ini dianggap miliknya...

Kata-kata, "kebatilan pasti akan lenyap" adalah ungkapan "rahsia" yang cukup padu dan penuh makna. Kepastian mengenainya amat jelas dan tiada siapa dapat nafikan. Akal sejengkal (ilmu dunia - syariat) tidak mampu membawa kita ke mana-mana dan mungkin akan terus mengelongsorkan diri ke lembah "penyesalan". 

Kesesatan akan memahat hati menjadi gelap gulita. Bagaikan berada di dasar lautan yang paling dalam pada malam hari yang gelap pekat tiada sebutir cahaya pun  Walaupun dalam keadaan sedemikian, ada diantara mereka tertipu dengan silauan mata. Melalui keegoan dan kebebalan yang telah menguasai diri, mereka yang terpedaya ini masih menganggap mereka telah melihat cahaya. Cahaya jenis apakah yang ditemui? Hanya bayang-bayang.

Menyangka, sekadar sangka-sangkaan semata. Hati mereka amat puas kerana telah menemui "kebahagiaan" yang dicari. Kelamaan hati mereka kembali gusar bilamana mereka terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan "kebahagiaan" yang mereka perolehi.

Kesesatan itu mempunyai pola-pola yang jelas, jika kita benar-benar memerhatikannya. Kesesatan dalam sudud pemikiran ini bermaksud hilangnya fungsi akal dan jauh dari petunjuk. Sering bersangkaan dan merangkul sangkaan ini sebagai satu hakikat (kebenaran). Dalam maksud yang lain, ia membentuk corak dan warna yang samar. Ketaksuban dan kesombongan sering memaksa manusia mengiakan dan bermatian mempertahankan sangkaannya bahawa telah berada dalam perjalanan yang benar, inilah musuh utama pencari kebahagiaan. 

Lama kelamaan, kegusaran itu akan membawa mereka menuju kebuntuan dan kekecewaan. Agak terlambat untuk mereka berpatah balik, maka teruslah mereka hidup dalam kepayahan yang amat menyakitkan.

Jika cahaya sebenar ditemui walaupun sekelumit, pastinya hati akan tenang dan lapang. Tidak perlu berusaha untuk mengerti makna perkataan "kebahagian" itu kerana hati sudah disirami "kesejahteraan" yang terhasil dari "kebahagiaan" tersebut. 

Zaman yang penuh huruhara telah bermula dan menjengah setiap hati manusia, sementara cendikia bersifat ar-rahman dan ar-rahim telah menghilangkan diri dari arus perdana. Mereka bersembunyi dalam terang, ini akan mempersukarkan lagi usaha menjejak mereka. Bilangan mereka pula semakin hari semakin meyusut. Itu adalah ketentuan yang telah siap direncanakan oleh Pencipta, khas untuk umat terakhir ini. 

Sentuhan budaya firaun semakin membuak dan menjadi-jadi dan ia telah dipermoden sehingga manusia menjadi mabuk dan hilang timbangan. Budaya firaun ini kini disebut "keselesaan dunia" yang tanpa sedar diburu setiap warga bumi. Bagi mereka yang mengaku beriman, kata dan sebutan "Allah", "Tuhan" atau "Rabb", hanya bermain dihujung lidah tidak mengetuk pintu hati sanubari. Hakikatnya mereka menyangka merekalah "tuhan" kerana semuanya terhasil dari titik peluh dan usaha sendiri. Jauh sekali bersyukur dengan sebenar-benar syukur. Sementara hati terus alpa dengan dunia dan isinya.

Kebahagian tidak akan mudah ditemui, ia akan disulam dengan kepahitan dan kesakitan. Amat mahal harganya. Tidak dapat diwarisi atau dijual beli. Inilah sebabnya manusia sering terkandas dan kebanyakannya pula melarikan diri dari medan juang dan bergantung harap pada dunia dan isinya. 

"Dajjal akan membawa Syurga yang hakikatnya itulah Neraka begitulah sebaliknya" Itulah ungkapan penuh makna yang wajar direnungi oleh setiap insan yang ingin mencari "kesejahteraan" sebenar.

Kita kembali kepada kehidupan masa kini. Apa yang ada disetiap sudud kehidupan? Apa yang menjadi tarikan kepada hati? Apa yang sentiasa hidup dalam fikiran?

"Harta, wang, dan hidup mewah". Pastinya pula amat takut dengan kemiskinan, kehinaan, kesengsaraan dan kepahitan. 

Saya bawakan satu artikel yang saya fikir baik untuk kajian, walaupun agak lama ia pasti menyegarkan kita kembali. Saya tertarik kerana ia memberi gambaran kepada situasi semasa yang setiap manusia hadapinya. Sekurang-kurangnya memberi ingatan bahawa "kebenaran" itu wujud. Kita hanya perlu mendapatkannya dengan hati yang jujur.

illuminati
kredit: irwan idris

Ketika Al-Quran menyebut nama Firaun. Para sejarawan merujuk ia sebagai sebuah sejarah nabi musa dan ia telah berlalu hampir 5000 tahun yang lalu.

Ketika seorang mengatakan Al-Quran sentiasa relevan sehingga zaman ini, Firaun masih sekadar relevan cerita sejarah.

Perkataan Firaun dirujuk sebagai seorang yang gila kuasa dan mengakui diri sebagai tuhan. Zulkifli Nordin juga melabel beberapa orang sebagai Firaun Firaun kecil. Saya pun tidak tahu apa yang dia maksudkan dan siapa orang yang dimaksudkan. Namun, nama Firaun pada hari ini masih segar dan ia sekadar sebuah cerita mitos yang dijadikan tauladan tentang perjuangan nabi musa menghadapi pemimpin umat manusia di mesir 5000 tahun yang lalu. Firaun adalah satu satunya manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan Pyramid. Siapa pun yang menyebut Pyramid pasti akan ingat Firaun. Bila menyebut Firaun, kita akan teringat Pyramid.

Kedua duanya tidak boleh dipisahkan.

Sudah banyak pejuang kebenaran yang cinta kedamaian bongkar cerita misteri Pyramid dan Firaun. Sudah banyak dikalangan pejuang ini bongkar tentang siapa mereka.

Namun, sudah disebut didalam Surah Al-Waqiah bahawa diakhir zaman nanti golongan yang tahu akan menjadi golongan yang sedikit. Sekiranya anda adalah tergolong dikalangan orang yang sedikit, saya yakin anda sudah pun menghabiskan masa anda untuk meneliti apa yang disampaikan didalam Video The Arrivals.

The Arrivals ada menyebut Illuminati adalah dari keturunan FIRAUN. Bukan firaun kecil ya. Juga bukan firaun sekadar cerita teladan. Saya menulis FIRAUN. Didalam ejaan inggeris Pharaoh. Orang bernama Firaun itu wujud dan keturunannya juga beranak pinak seperti anda yang membaca artikel ini sebagai Melayu. Sejauh mana anda mengenal asal usul anda?

FIRAUN dan keturunannya menjaga keturuannya sehingga kini dan mereka telah pun berjaya dengan jayanya mencipta sistem pentadbiran yang dibawah telunjuk mereka.

Internet, telefon, bank, sistem demokrasi, pilihanraya, pendidikan berasaskan sijil, sistem pekerjaan masa kini, perniagaan, politik, kehakiman dan hampir kesemua perkara yang ada diatas muka bumi ini sudah pun dikendalikan mengikut acuan FIRAUN dan sekutunya.

Kalau kita imbas semua antara ciri yang disebutkan didalam video The Arrivals, illuminati bersifat terbalik. Mereka sering menzahirkan perkara yang sebaliknya. Dan kalau mereka mengatakan Tuhan, yang mereka maksudkan adalah Syaitan. Kalau mereka menyebut, sayang mereka maksudkan benci. Kalau putih dibibir, hitam di hati. Ini lah yang dipaparkan di filem filem Hollywood. Hollywood merupakan 2 perkataan yang dijadikan satu iaitu Tongkat Sakti yang menjadi simbol sakti para ahli sihir Firaun di zaman nabi Musa Alaihissalam. Kalau disebut saja sebarang jampi dan mantera, maka akan terhasil lah berdasarkan apa yang diinginkan.

Semua filem HollyWood mempunyai matlamat untuk menjadikan dunia terpukau dengan pemikiran mereka yang inginkan dunia dilihat berdasarkan perspektif mereka. Kalau anda punya kawan di RTM atau stesen TV malaysia. tanyakan pada mereka, adakah stesen TV mahu menyampaikan apa yang sepatutnya masyarakat tahu atau apa yang stesen TV mahu masyarakat tahu. Jawapannya adalah, stesen TV akan paparkan apa yang stesen TV mahu masyarakat tahu.

Sebagai eksprerimen ringkas, simbol dan maklumat illuminati banyak tersembunyi sudah tidak lagi menjadi rahsia.

Kenapa matawang U$Dollar mempunya gambar piramid? Sedangkan Amerika tiada piramid yang harus dibanggakan.

Dan pada hari ini, anda harus meneliti, dan lihat sendiri 2 perkara.

http://www.illuminati.com <———– laman web ini menzahirkan illuminati adalah sebuah game.

bagaimana kalau kita gunakan sistem pemikiran illuminati yang menzahirkan perkara sebaliknya. Maka kita terbalikkan perkataan illuminati kepada itanimulli.

anda lihat sendiri sekarang.

http://www.itanimulli.com

Kenapa organisasi ini mahu mengambil alamat ini untuk re-direct ke web mereka?



Terima kasih kepada saudara Habib Fairuz untuk info itanimulli.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan