Thursday, July 28, 2011

PRODIGY ESP ... Umat Terakhir

the return of UMAT TERAKHIR



Sejak sekian lama kru blog UMAT TERAKHIR atau "ksz-Konspirasi Sepanjang Zaman" berjuang merintis dan menyalurkan informasi untuk mematangkan tahap pemikiran Bangsa Melayu terhadap satu komplot jahat dunia. Artikel demi artikel yang dipaparkan telah membentuk satu aliran fikiran baru pengalisis sosial politik negara yang selama ini terhalang pandang. 

Pembentangan beberapa siri pelik bersandar "kebenaran" ini telah dihidu oleh pengamal "konsipirasi dunia" dan menjadikan blog ksz, ksz associate, umat terakhir menjadi target dan di "hacked" oleh mereka yang kurang senang dengannya.

Perjuangan tanpa hujung ini memalitkan beberapa siri kepahitan yang tak terduga. Dua kali blog berkenaan telah terpadam diluar kawalan kru mereka (KSZ) dan kini mereka kembali lagi dengan penuh semangat diisi hasrat yang tulus dalam meneruskan perjuangan sehingga ke akhir hayat. Sangat menyentuh perasaan dan saya amat menyanjungi citamurni kumpulan pejuang ini. Mereka membulatkan tekad berusaha membantu anak bangsa memahami kancah konspirasi international yang berselirat disetiap sudud kehidupan masa kini. 

Tak perlulah saudara "The Last STALKER" memuji saya berlebihan. Saya mengkagumi staff UT dan blog UT menjadi salah satu rujukan penting saya mecerna minda terutama persoalan permainan caturan THH. Sekalung tahniah untuk anda semua, semoga usaha saudara semua diberkati. Allah menilai niat yang tersimpan di sudud hati kita. Kebersihan niat itu adalah kebajikan yang dinilai oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kita semua dalam wadah perjuangan yang sama, tidak mengharapkan pujian atau sebarang imbuhan. 

Saudara SHAHi merupakan salah seorang penulis yang peruh iltizam dan karyanya banyak membantu pencernaan minda para pembaca. Saya merupakan salah seorang peminat tulisan beliau. 

Kepada keseluruhan kru UT saya ucapkan selamat maju jaya dan teruskan usaha saudara semua walau apa halangan melanda. 

                                                                              


BLOG Umat Terakhir sudah masuk ke edisi ketiga disebabkan sudah dua kali ia ditutup sebelum ini. Sejak edisi pertama dan kedua, blog ini banyak menyelitkan pelbagai maklumat konspirasi untuk bacaan orang ramai secara dalam talian dengan percuma.

Artikel seperti Jejak Dajjal Dalam Sejarah yang menjelaskan kod-kod sejarah berkaitan Dajjal, Illuminati Dan Di Sebalik Hitler yang menjelaskan mengenai Bloodlines Illuminati dan blue print peperangan dunia juga sudah banyak tersebar di ruang internet sehingga ada yang tidak tahu artikel-artikel itu disalin dari blog Umat Terakhir. Namun, kita tidak ambil kisah atau ambil pusing akan semua itu. Artikel-artikel itu hanya sebagai alat pemanas minda untuk anda berfikir mengenainya.

Dalam blog Umat Terakhir edisi kedua (ksz-associate) sebelum ini pula, artikel-artikel itu disiarkan semula untuk bacaan para pembaca dan ia diambil dari fail arkib Umat Terakhir sendiri yang sentiasa disimpan oleh pihak Umat Terakhir. Malangnya, ada yang menuduh artikel-artikel itu di-copy paste dari blog-blog lain yang terlebih dahulu menyiarkan artikel-artikel itu sebelum Umat Terakhir edisi kedua dibuka semula.

Sepanjang empat tahun blog Umat Terakhir dibuka pada kali pertama (bermula dengan nama blog Konspirasi Sepanjang Zaman, 2007), ia tidak pernah melakukan copy paste sebarang artikel daripada mana-mana blog. Semua artikel yang disiarkan adalah hasil bacaan peribadi para panel penulis di blog ini yang dirujuk daripada pelbagai sumber teks bacaan dan lisan sebelum disusun melalui padanan maklumat. Bahan-bahan bacaan peribadi pula hanya sebagai alat untuk memadankan maklumat bagi menentukan kredibiliti sesuatu maklumat untuk memastikan ia benar-benar tepat.

Kami di blog ini tidak pernah melakukan copy paste terhadap mana-mana artikel daripada mana-mana blog dan apatah lagi untuk mengaku bahawa ia dihasilkan oleh kami sendiri, tidak pernah. Artikel-artikel yang disiar semula itu adalah dari arkib blog ini sendiri dan disiarkan semula untuk memudahkan pemahaman para pembaca.

Lima tahun lalu, Shahi (sebelum dijemput menjadi panel penulis blog ini) didatangi seorang (W) yang menyatakan masalah kewangan yang dihadapinya sehingga menyebabkan orang itu menghadapi kesulitan dalam meneruskan pengajian di peringkat Sarjana (Masters) dan Kedoktoran Falsafah (Ph.D). Shahi didatangi kerana dia memang dikenali sebagai seorang pemikir dalam bidang kerjaya yang diceburinya.

Shahi kemudian menimbulkan persoalan besar untuk difikirkan oleh orang itu iaitu persoalan-persoalan mengenai ‘orang misteri’ yang disebut dalam al-Quran supaya ia dikaji secara ilmiah. Pengkajian terhadap ‘orang misteri’ itu pula akan membuka lebih banyak persoalan lain (orang-orang misteri yang lain) yang berputar bersama persoalan mengenai ‘orang misteri’ pertama itu.

Shahi tidak melakukan kajian ilmiah itu, sebaliknya meminta orang itu membuat kajian itu secara sendiri sekiranya dia mahu menolong dirinya sendiri dan demi perjuangan meluaskan skop pengkajian terhadap ayat-ayat Allah. Hasil daripada kajian itu pula amat Shahi hormati dan kagum, malah Shahi menumpang bangga setiap kali memetik beberapa perkara daripada hasil kajian itu untuk dipadankan dengan sumber-sumber fakta yang disimpan dalam simpanannya. Hubungan Shahi dengan orang itu (W) juga kekal baik tanpa iri hati atau sebagainya, dan orang itu juga kerap berkunjung ke Umat Terakhir edisi kedua terdahulu dan ketiga kini.

Meskipun dalam perkara itu, blog ini juga tidak pernah melakukan copy paste dan kekal menghormati hasil usaha yang diberikan untuk menyiapkan kajian ilmiah itu. Blog ini sentiasa menghormati batas-batas ilmiah, dan akan memberi penghargaan yang disertakan sebagai sumber rujukan sekiranya ada petikan yang dipinjam daripada mana-mana bacaan ilmiah.

Bagi mengelak tuduhan seperti itu berulang, maka tidak akan ada siaran semula terhadap mana-mana artikel daripada edisi terdahulu melainkan diminta oleh pembaca sendiri bagi memudahkan rujukannya. Pihak kami juga akan menyediakan link arkib untuk rujukan anda apabila ada artikel baru yang memerlukan pembaca merujuk artikel asal. Biarlah link arkib itu terpisah daripada blog ini sebagai mengelak tuduhan atau fitnah yang mengatakan bahawa sesebuah artikel yang disiarkan di blog ini hasil ciplak atau sebagainya daripada blog-blog dan sumber-sumber lain.

Sukacita dimaklumkan bahawa Shahi akan bersama kita semula selepas membuat keputusan untuk memberitahu kepada kita semua mengenai setiap apa yang beliau tahu. Intuisi ESP yang berlingkar dalam fikirannya akan cuba disampaikan untuk difikirkan oleh semua, bersama-sama memikirkannya.

Beliau pernah memberitahu saya mengenai huruf ‘SK’ melenyapkan perkataan ‘Artificial Intelligent’ yang kerap bermain di fikirannya sejak dua tahun lalu dan beliau menganggap jawapan terhadap persoalan huruf itu sudah kita semua ketahui. Dia juga pernah memberitahu kepada saya mengenai kekerapan ‘pedang samurai separuh lebur’ yang bermain di fikirannya, dan dianggap jawapan itu telah kita semua terima pada kira-kira tiga bulan lalu.

Namun, ada perkara penting yang ingin diberitahu oleh beliau supaya kita dapat berfikir bersama-sama. Kita sama-sama tunggu. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada blog ini terutama Abatasa. Tanpa Abatasa, mungkin blog ini akan terus terkubur dan kami masing-masing akan membuat urusan peribadi seperti sedia kala dalam keadaan memikul bebanan kerana tidak menyampaikan kepada pembaca semua.

Andai ada yang mahu menyertai kami, kami sentiasa terbuka. Syaratnya mudah, bebaskan minda daripada setiap perkara yang menyekat kewarasan dan sedia menerima kebenaran meskipun ia pahit untuk ditelan, dihadam mahupun diludah.

Kami mencari PRODIGY ESP.. yang boleh menyambung kerja-kerja ini sebelum kami semua dijemput mati. We know these people, they are among us as we can feel their energy.

-ADMIN Umat Terakhir-

Posted by The Last STALKER at 01:45


Umat zaman ini tidak akan mampu menterjemah keseluruhan silangkata yang membarisi setiap budaya dan kehidupan. Konspirasi juga sekian lama sebati didalam sanubari setiap jasad kecuali yang dipelihara dari fitnah akhir zaman. Kekeliruan dan kekaburan bercampur baur, jadi ikhlaskan hati sebaik mungkin dan jauhi prasangka dan propaganda.

Di atas adalah artikel yang dikeluarkan oleh blog Umat Terakhir edisi terbaru, semoga pembaca kembali memberi sokongan terhadap kebangkitan mereka.


Sunday, July 17, 2011

Bersihkan UMNO, PAS.


KESAN DARI PERISTIWA BERSIH 2.0 

Ambil alih tempat UMNO di Putrajaya, Peluang terbaik untuk PAS bukannya PKR. 



Peristiwa 9 Julai adalah sesuatu yang mengaibkan negara pada mata dunia, namun haruslah ia dilihat dalam perspektif yang lebih meluas supaya adil kepada semua pihak. PAS yang menjadi seteru UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan harus mendapat pujian kerana berjaya menjadi tulang belakang demonstrasi BERSIH ini baik pada tahun 2007 ataupun yang baru berlangsung pada 9 Hb Julai, 2011 lalu.


Kedudukan ini tidak dapat dinafikan dimana ribuan penyokong PAS telah membanjiri Kuala Lumpur bertindak berani mengingkari arahan pasukan keserlamatan yang berulangkali memberi amaran agar rakyat negara ini tidak menyertainya kerana ia adalah perhimpunan haram. Mereka bertekad untuk mati syahid menentang "pemerintah zalim" yang diterajui musuh tradisi mereka, UMNO. Mereka memperjudikan nasib mereka pada masa demonstrasi berlansung dengan harapan semua rakyat bangun bersama mereka menyuarakan kemarahan disaluti kebencian terhadap pemerintah. Keberanian mereka sememangnya luar biasa berbanding rakan-rakan mereka. Tidak keterlaluanlah jika sekalungan tahniah wajar diberikan kepada penyokong-penyokong PAS ini.

Walaupun pemimpin PAS bukanlah penganjur utama perhimpunan, pengikut merekalah yang paling ramai turun gelanggang merempuh barisan polis untuk menuju ke Stadium Merdeka. Dapat disifatkan para penyokong PAS amat komited dan berani memperjuangkan agenda yang kelihatan hanya menguntungkan PKR dan DAP. Mereka patuh kepada gesaan Timbalan President mereka yang bergaya sebagai seorang Jeneral,  Satu fenomena yang agak ganjil. Dimanakah pengikut PKR dan DAP yang sebelum ini begitu riuh membuat kempen untuk menjayakan siri kedua bersih ini? 

Ambiga, Kit Siang dan Anwar adalah wajah paling menonjol di dada akhbar dan media eletronik sebelum perhimpunan ini berlangsung, isu demi isu dibangkitkan sebagai pencetus semangat dan juga untuk meransang para penyokong mereka membanjiri KL pada hari tersebut. Dimanakah ahli mereka terutama DAP? Terakam hanya gambar-gambar manusia berkopiah dan bertudung di sana sini. 

Kita lupakan dahulu perkara yang sudah hampir basi ini, walaupun ada ura-ura BERSIH 3.0 sedang dirancang untuk dilaksanakan sebelum PRU nanti (mengesahkan BERSIH ini dicipta sebagai "alat" untuk pilihanraya) semua rakyat Malaysia sudah tahu perihalnya.  

Kita beralih kepada skop yang lebih luas. Petunjuk yang ada membayangkan pengaruh PAS semakin kuat sekurang-kurangnya masih bertahan pada tahap yang meyakinkankan berbanding dengan PKR. Pengaruh PKR terus menerus merosot. hanya tampak hebat dari segi penampilan dan ketokohan pemimpin nombor satu mereka. PKR hanya berpaut pada satu dahan sahaja, mereka tiada dasar perjuangan yang jitu. Bila-bila masa sahaja mereka akan rebah terutama apabila pemimpin utama mereka tiada lagi di puncak kuasa.

PAS cukup gah. Penyokongnya tegar dan liat bersetia terhadap khalifah (jika ingin di sebut sedemikian). Oleh itu PAS sepatutnya lebih dominan dalam mengetuai Pakatan Rakyat bukannya PKR atau DAP. Wajarlah PAS mengkaji kedudukan ini untuk memaksimakan peluang, perlu pandai menilai keupayaan mereka hasil dari peristiwa tersebut dan mula mengatur langkah untuk memperkasa diri dalam kelompok yang selama ini hanya memperlakukan mereka sebagai penyokong semata-mata (rangking terakhir).

PAS perlu keluar dari bayang-bayang sebagai "pengikut setia" yang menjadi pakaian mereka dan mula melakar pentas untuk menobatkan diri sebagai "ketua" kumpulan yang dihormati. PKR pasti terpaksa akur, apa lagi DAP yang selama ini hidup hasil kerja berbentuk oportunis. PKR dan DAP cuma menumpang tuah PAS, itulah kenyataannya. Lupakanlah gertakan Karpal Singh dan wayang Lim KS anak beranak. Anwar pula harus bergerak sebagai "penyokong" kepada PAS yang lebih berupaya dalam mewalili orang Melayu dan Islam seluruhnya. PAS kukuh berpegang kepada perinsip Daulah Islamiah. Anwar perlu menghormatinya dengan jujur jika beliau seorang yang ikhlas dan berjuang kerana Allah dan RasulNya. Bersama-sama bangunkan PAS dalam wajah baru yang lebih bertenaga sebagai kumpulan pendesak yang juga berpeluang memerintah negara menggantikan UMNO.

Jika ingin bermain permainan dalam sekularisma, lenggok dan langkah PAS harus seiring dengan temanya. Jangan pula menghayun langkah bagai anak degil tegar yang kurang cerdik sehingga dipandang sinis dan boleh persenda. Walau bagaimanapun, PAS tidak boleh menggadai maruah dan wajib mempertahankan prinsip yang selama ini dilaungkan.

Memandangkan PKR dan DAP bernada serupa dalam bayang sekularisma dan kapitalisma,  amat sukat untuk mereka diBERSIHkan sebagaimana PAS, jadi kita lupakan sahaja mereka buat seketika. Harus diingat, sebahagian rakyat Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak masih sayangkan PAS. Masih berharap PAS akan berupaya menjadi alternatif kepada orang Islam menggantikan UMNO. 

Jika ditinjau secara rawak, sememangnya PAS lebih kuat dan mendapat sokongan menyeluruh. Kita berpandu kepada gambaran yang ada di hadapan kita sekarang. Andai kata PAS tidak berada dalam Pakatan dan bertindak meletakkan calon disemua kawasan pilihan raya, PAS pasti memperolehi kerusi yang lebih berbanding PKR dan mungkin dapat merampas sebahagian dari kerusi UMNO. Kedudukan PKR agak tenat. Sokongan untuk mereka merosot dengan teruk, mereka juga tahu hal ini.

Kebanyakan penyokong PKR sudah mulai muak dengan kemelut dalaman parti itu ditambah pelbagai skandal yang mula terserlah. Ingatlah sebahagian besar penyokong mereka asalnya adalah penyokong UMNO juga. Mereka rata-rata masih lagi sangsi untuk kembali mengundi UMNO walaupun tidak berminat kepada PKR, jika PAS mampu berdikari pastinya undi mereka ini semua akan menjadi kepunyaan PAS. PAS boleh bersaing dengan PKR di mana sahaja, pastinya PAS akan mendapat lebih banyak sokongan.

Undi simpati dari pengundi atas pagar juga penting. Orang Islam tidak sudi mengangkat DAP yang sekian lama menjadi duri dalam daging orang Islam itu mendapat kuasa. Orang Islam masih bimbang kes Lina JOY akan berulang, peristiwa mempermainkan nama Allah dan tindakan keterlaluan penganut kristian juga tidak disukai oleh sebahagian besar orang Islam. PAS sendiri maklum siapakah dibelakang semua peristiwa ini dan selama ini PAS hanya bersandiwara sahaja mengiayakan permintaan mereka demi menjaga hati dan tidak salah pula jika dikatakan bimbang kehilangan kuasa di negeri Kedah. 

Jika PAS masih bersekongkol dengan mereka, pengundi bebas ini akan memilih UMNO walaupun berat hati. Mereka masih bersimpati dengan perjuangan PAS, namun halangannya ialah DAP, perhatikan betul-betul tindak tanduk mereka. Jika PAS menjadi dominan, parti pembangkang lain akan akur dan tiada pilihan terpaksa mengangkat PAS sebagai pemimpin yang akan memerintah negara. Itu adalah peluang terbaik untuk PAS berbanding dengan situasi semasa. Secara tidak langsung maruah agama akan terpelihara dan pastinya direstui Allah SWT.

Secara tidak langsung PAS telah membersihkan dirinya dari daki politik yang sememangnya kotor ini dan mula bergerak ke arah yang betul. Saya percaya akan ada sinar gemerlapan jika pemimpin agama yang bijak diangkat sebagai kemudi perjuangan. Pemimpin lama yang sudah uzur harus redha dengan halatuju baru, memberi laluan kepada kumpulan ulama yang disegani yang selama ini hanya mendiamkan diri atas sikap menghormati ketua. Contoh terbaik ialah Dato Dr Harun Din, yang rata-rata disegani kawan dan lawan. Pemimpin lama tidak dipinggirkan dan diangkat sebagai rakan dailog untuk keharmonian perjuangan. Jauhkan dari pemimpin yang telah dirosakkan oleh pengaruh sekularisma. Aturkan pentadbiran secara sederhana sebagaimana yang dituntut oleh agama. Jika Dr Harun Din diangkat sebagai PM Malaysia, ia satu penghormatan kepada ulama Islam keseluruhannya. Ia juga bakal dinilai oleh rakyat bukan Islam sejauh mana baiknya sistem pemerintahan Islam walaupun masih berbaju sekular.

PAS yang telah bersih dengan sendirinya membuatkan UMNO kelihatan amat comot. Jika UMNO tidak berusaha membersihkan dirinya dari elemen kepentingan diri yang mana selama ini banyak menyusahkan rakyat, pastinya UMNO akan dibersikan dari Putrajaya. Namun begitu, satu perkara yang mesti diingat oleh PAS bahawa jika mereka berada di tempat UMNO sekarang, sukar bagi mereka membendung kekacauan dan protes jalanan. Apa yang PAS lakukan sekarang akan menjadi satu model atau trend terbaru politik sekular ini. Bersedialah menghadapi protes dan demonstrasi dari UMNO dan juaknya pula. Roda pasti berputar, tidak dapat dielakkan.

Bagi UMNO pula, jika mereka bijak, mereka akan mengambil iktibar dari BERSIH 2.0 dan mengambil langkah serupa untuk membersikan organ dalamannya, pastinya mereka akan kembali berjaya sebagai pilihan rakyat jika elemen hitam dapat dibersihkan. Jenayah kolar putih yang telah menjadi darah daging mereka menjadi halangan besar untuk dibersihkan dari hati para pemimpinya, ia menjadi punca mengapa mereka kehilangan kepercayaan rakyat. Budaya ini sebenarnya sebuah aturcara berbentuk tipu daya berasal dari sekularisma yang diajar oleh jenerasi terdahulu dan ia semakin lama semakin parah menular pula kepada para penjawat awam. Untuk itu penyakit ini mesti dibersihkan segera jika masih mahu bertahta selesa.

Islam mesti dijaga dan diangkat sebagai mercu perjuangan bukan lagi bersandarkan bangsa. Sementara itu beberapa pemimpin bawahan yang lemah atau berterusan menjadi liabiliti kepada Islam mesti diketepikan untuk menjadikan parti Melayu ini terus relevan meneraju negara. Mampukah mereka melakukannya? 

Sekiranya mereka masih menyangka mereka berupaya meraih kejayaan melalui nyanyian nada lama, mereka sebenarnya silap. Selama ini mereka hanya mendapat faedah dari arus propaganda membangkitkan gelombang kebencian rakyat kepada pihak lawan. Kaedah ini sudah semakin hambar dan kurang berkesan sekarang. Andai kata pihak lawan telah besih dari kekotoran dan kekejian, UMNO pasti buntu dan hilang arah. Mereka yang berkuasa sekarang sering terlupa bahawa rakyat masa kini bukan lagi serupa dengan manusia zaman kemerdekaan yang sebahagian besarnya masih buta huruf dan mudah dipujuk.

Faktor Anwar Ibrahim, Ambiga dan Kit Siang ini sebenarnya hanyalah satu simbol atau unsur luaran sebagai pencetus bantahan secara terbuka. Mereka adalah manusia hipokrit yang telah diwarnakan oleh musuh agama, musuh Rasulullah saw dan tentunya musuh Allah swt. PAS wajar melarikan diri dari kelompok manusia ini jika tidak mahu terpalit najis yang mereka bawa. Apa pun terserah kepada kebijaksanaan pelakon utama iaitu PAS dan UMNO untuk menyelamatkan maruah agama dan bangsa.

Siapa Ambiga dan apa yang diidamkannya?

Kita imbas kembali sesuatu yang kita lupakan sebelum ini. Siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan?  Bukan Islam yang berusaha gigih menentang Islam, akhirnya menjadi popular mempelopori BERSIH. Dia telah berjaya mengerah para pemimpin dan ahli  Parti Islam SeMalaya(sia) sebelum ini memusuhinya semasa pemurtadan Lina Joy untuk turun ke jalan raya mengikut telunjuknya (meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu).

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah lama Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtadAmbiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai apa-apa agenda yang cuba di bawa atau diketuainya termasuk siri BERSIH berikutnya jika terlaksana.

Penganalisis politik bebas berkata, sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara. Sewajarnya tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan undang-undang.

Keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu yang diketuai Ambiga ini juga tidak jelas (kabur) kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran sedia ada seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi jalanan. Tambahan pula ia untuk kepentingan parti politik pembangkang. Mereka terlampau mengikut perasaan dan terpengaruh kepada gesaan parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’.

Matlamat Ambiga dan para penyokongnya ialah menggegarkan negara dengan protes demi protes sehingga berlakunya sengketa yang meruntuhkan perpaduan umat Islam negara ini. Sekiranya mereka berhajat kepada pertambahan sokongan kepada penentang kerajaan, lebih baik Ambiga dan JK BERSIH menganjurkan tunjuk perasaan melalui parti politik dan bukan berselindung di sebalik NGO. Penglibatan NGO dalam tuntutan ini tidak menepati tujuan akhirnya. Ia adalah alat Ambiga semata-mata.

Matlamat pemimpin politik pula ialah untuk menutup kepincangan dalaman parti mereka dari diketahui oleh orang awam. PKR yang terbukti tidak bersih dalam pemilihan barisan pemimpinnya, DAP yang autokratik dan berbau chauvinis sementara PAS pula cuba mengelak dari dituduh meninggalkan dasar perjuangan asal mereka,” 

Kecelaruan ini wajar di "bersih" kan terlebih dahulu sebelum cuba membersihkan orang lain.

Penulis bukanlah seorang yang pakar dalam hal siasah, kini tidak lagi memihak kepada mana-mana kelompok partisan. Penulis juga tidak mengingini sistem demokrasi yang sedia ada ini membawa perpecahan umat Islam di negara ini. Diharap pembaca menilainya sebagai satu pandangan terbuka dari kumpulan pemerhati yang sayangkan agamanya. Semoga semua ini membuahkan kebaikan, insyaAllah.

Sunday, July 10, 2011

Hantu Jin dan Manusia Hantu

Mana lebih menakutkan antara "hantu ghaib" dengan "hantu nyata"?  Nampaknya kini "hantu" ada di mana-mana dan semakin membiak. Paling menakutkan orang muda ialah "hantu ghaib" dari jenis "jin" yang dikenali dengan pelbagai nama. Bagi orang tua pula amat takutkan "hantu nyata" yang berjasad macam manusia.
hantu ke ?

Satu kisah benar, tanyalah sahabat kita pegawai TV# yang menceritakan satu kisah antara 2 jenis hantu ini dan tersentuh pula kisah peminum arak (pun dikira hantu juga)

Ketika mencari dan mengintai entiti ghaib (hantulah tu), terserempak pula dengan hantu nyata iaitu manusia mempunyai perangai hantu. Seronok juga kisahnya.

JIka ada antara kumpulan penyelidik paranormal lain berminat menjalankan kajian bersama, sila hubungi saya di mazidulakmal@yahoo.com, kata Mazidul.
hantu 666


Dengusan

"Adam tak boleh nak bayar tol sebab dia tertinggal wallet. Dia minta saya bawa kereta, lesen pun tak ada lah tu," ujar Mohd Farid.

Ahmad Adam Aliff dan Mohd Farid Hamzah, dua rakan baik dan mereka menuntut di kolej swasta sama di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sebaik kereta dipandu Rahmat Mokhtar, dinaiki oleh saya, Muhammad Zaki Muhammad dan Farid berhenti sebelum plaza tol di Lebuh Raya Duke, pantas saya merakamkan gelagat Adam pada jam 12.28 malam.



Destinasi tujuan kami, AU3 Keramat, Kuala Lumpur.

Sejurus tiba di lokasi, kami berlima mula berjalan perlahan menuju ke loji takungan air, terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama.

"Macam bunyi orang bergaduh," ujar saya.

Kenyataan terbabit tidak begitu diendahkan, mereka meneruskan perjalanan di dalam gelap bertemankan lampu suluh. Adam mendahului, diekori rapat oleh Rahmat, Zaki dan Farid. Saya di BELAKANG sekali.




Kurang 100 meter dari loji, kami berhenti, Adam membongkok. Jelas kedengaran di telinga kami, bunyi dengusan kuat dari arah hutan di sebelah kanan.




"Lari!!!"......  Jerit Rahmat kuat, memecah keheningan awal pagi.

Tanpa menoleh kebelakang, kami pantas menghayun langkah seribu, berlari menuju ke kawasan cerah berhampiran kawasan perumahan Kelompok Kuang, AU3.




"Kalau hantu tak apa, takut tadi binatang buas, babi ke," celah Rahmat.

Dalam acara larian gaya bebas, hampir jam 2 pagi itu, dia merangkul tempat pertama manakala Adam di kedudukan terakhir. Saya tidak dapat mengenal pasti pingat dimenangi, barangkali sekadar gangsa.

Sebaik tiba di kawasan cerah, kami berhenti menghela nafas lega.

"Hui! Apa hal tu? Siap kejar pakai parang dan kayu!," celah Farid.

"Jom kita tengok apa berlaku," sambut Adam.

Kami bergegas berjalan menuju ke arah rumah flat, terletak kurang 200 meter. Ramai penduduk kelihatan berkumpul, kecoh di hadapan rumah bawah diterangi lampu.

"Siapa tu? Kawan-kawan dia?," jerit penduduk.

Perlahan saya memberikan salam dan disambut oleh mereka.

"Oh! Mazidul. Budak ni mabuk, tadi dia datang dengan kawan-kawan, lebih 15 orang, naik motosikal. Bergaduh dan cangkul kepala budak sini, cedera parah dan dah dihantar ke hospital," jelas penduduk.




"Saya minum setin sahaja," ujar remaja berusia 23 tahun itu.

Mulut dan beberapa bahagian badan dan bajunya berdarah.

Dia mendakwa berkunjung ke kawasan perumahan itu untuk menyelesaikan masalah pasangan bercinta terbabit dalam pergaduhan. Hemat saya, dia tersilap langkah kerana membawa bersama ramai rakan panas baran lalu bertindak memukul beberapa remaja di lokasi sama secara membuta tuli.




Beberapa anggota polis tiba lebih awal dilaporkan bertembung dengan kumpulan remaja Melayu samseng terbabit sebelum mereka memboloskan diri.

"Dua motosikal dia orang tertinggal," ujar penduduk marah.

Berikut satu daripada kenderaan terbabit.



Gambar luka dialami seorang daripada mangsa sempat saya rakamkan sebelum dia dibawa ke hospital.



"Engkau ni menyusahkan orang mencari hantu!"

Rungut Rahmat sambil bergurau ketika dia berdiri berhampiran remaja ditinggalkan dek rakan lain.



Kereta peronda tiba pada jam 2.23 pagi kemudian membawa remaja mabuk dan cedera itu ke Balai Polis Jalan Tun Razak dengan tangan digari.


"Kira hebatlah budak-budak sekarang ni, berani datang attacked macam itu sahaja. Sebelum ini tak pernah berlaku kejadian macam ini," perli Shabudin.

Sabruddin Mohd Waras atau 'Budin', sahabat saya, tinggal di kawasan berhampiran, dikejutkan ketika dia sedang lena tidur. Kurang 10 minit selepas dimaklumkan berhubung kekecohan berlaku, dia tiba dengan menaiki motosikal.

"Kalau nak cari hantu, dekat rumah saya tu ha!," ujar Mohd Shah Sahal.

Kami kemudian mengikut langkah Shah, 48 tahun.

"Cucu saya biasa jumpa hantu bila dia keluar pintu rumah. Dia kata, atuk! momok. Pokok besar dekat rumah saya tu, berapa kali kakitangan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) datang, cuba nak tebang tetapi tak boleh," jelas Shah.




Jam menunjukkan pukul 2.46 pagi ...

"Dua batang pokok di belakang sana lagi 'hebat'. Setiap kali DBKL datang, dia orang cakap, lori tak boleh nak masuklah, itulah, inilah, dah penat nak cerita," jelas Shah lagi.





"Ada tiga langsuir tinggal di kawasan ini. Dia orang tak nak pindah sebab ini pokok asal," celah Adam.

Tenang, Budin sekadar memerhati keadaan sekitar, tanpa bersuara.

"Sebelum ini, kita dah pernah buang satu," dakwa Shah.





"Cucu saya perempuan, umur baru setahun setengah. Dia memang selalu nampak macam bercakap dan berkawan dengan 'benda' tinggal di sini. Dia siap cakap, dia main dengan 'kawan'. Mazidul tengok di celah di antara pokok dan tiang ni, itu rumah saya. 'Benda' tu selalu muncul di depan pintu, lepas tu hilang, lari ke bahagian belakang," jelas Shah berdiri di sebelah saya.




"Jomlah, kita repeat balik tempat tadi," saran Rahmat.

Tanpa berlengah, kami bergerak ke arah tangki air sekali lagi, disertai Budin






Di kiri dan kanan, hutan tebal, suasana terasa sunyi tanpa siulan unggas rimba. Berjalan mendaki bukit kira-kira 10 minit dari jalan utama, peluh mula memercik di dahi dan membasahi baju tebal.







Dalam kegelapan malam, saya rakamkan gambar orbs pelbagai warna, muncul seketika dan kemudian menghilang di ruang udara.







Lebih sejam berada di kawasan itu, mujur tiada lagi kedengaran dengusan kuat menakutkan seperti sebelumnya.

Teringat kata-kata Shah, sebelum kami bergerak ke kawasan tangki air terbabit.

"Kalau datang siang, tepat masanya memang boleh terserempak dengan couple datang membuat maksiat di kawasan tu. Kalau tengok betul betul 'sarung' (kondom) banyak bersepah di situ"





Hampir jam 4 pagi, kami bergerak keluar dan tiba-tiba ...

"Eh! Apa benda bersinar tu?," soal Rahmat.

Semua mata tertumpu ke arah 'objek' di tepi hutan, di sebelah kiri jalan. Saya menghulurkan pisau lipat kepada Adam.

"Jangan ada ular, sudah," kata Adam.

Perlahan dan berhati-hati dia meredah semak dan cuba mendapatkan objek kelihatan bersinar,glow in the dark terbabit.





"Tengok daun pokok pisang tu, bergoyang sendiri, walhal daun dan pokok lain tak bergerak sedikit pun," bisik Zaki.

Saya menyaksikan kejadian aneh itu. Daun terbabit bergoyang tanpa henti buat beberapa minit biarpun pada waktu tiada angin bertiup.





Barangkali belalang bertenggek di daun, itu detak hati saya.

"La! Cendawan rupanya! Cendawan glow in the dark!," teriak Adam.



Sebelum pulang, pada jam 4.30 pagi, terlintas di fikiran, apakah lagi antara khazanah lain disimpan dek hutan tebal dan gelap selain daripada cendawan berciri istimewa itu?



Nukilan Mazidul Akmal Sidik

Sekian kisah Mazidul dengan beberapa ekor hantu! Boleh percayakah cerita hantu yang dipaparkan oleh Mazidul dan rakan-rakannya? Terserahlah.


Hantu Asli:

Hantu Raya, Polong, Langsuir, Pontianak, Pari-pari, banyak lagi .... berbagai nama. Semua itu dari makhluk jin yang bersemuka atau menzahirkan dirinya untuk mensyirikkan manusia beriman. Mereka juga membiak malah lebih cepat dari manusia.

Manusia ini pelik perangainya, ada yang begitu mersungguh-sungguh mencari dan mengesan hantu-hantu ini. Betindak dalam dua kondisi serentak iaitu gabungan antara berani dan takut.  Banyak lebih takut dari berani. Bunyi ranting patah pun disangkanya hantu. Begitulah hebatnya hantu mennyusahkan manusia.

Hantu Tiruan:

Hantu jenis ini pula takut kepada manusia. Seringkali berpesta dalam gelap atau tempat terasing jauh dari manusia ramai. Pada masa ini mereka banyak beredar di bandar dan yang lebih dahsyat perangainya ada di pusat-pusat bandar atau bandaraya.  Siapakah mereka? Rupanya sebiji macam kita semua. Mereka bertukar jadi hantu bila terasa nak jadi hantu. Di masa lain mereka berlakon sebagai manusia. Mereka terdiri dari makhluk serupa manusia tetapi terlalu taksub dengan keinginan yang terkeluar dari manusia bertamaddun. Antaranya ialah penggemar seks bebas, peminum arak, penagih dadah, mat rempit, kaki disko dan sebagainya. Mereka juga mempunyai pelbagai nama. Pusingan hidup mereka hanya di sekitar bidang ketagihan dan keseronokan mereka sahaja yang jauh dari sifat semula jadi manusia. Yang peliknya, hantu jenis ini tak takut langsung hantu asli sebaliknya takut kepada "manusia asli"... fikirkanlah.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan