Sunday, November 27, 2011

SEMINIT DUA



MARI kita fahami satu persatu bagi merungkai semua ini. Persoalan hak asasi manusia yang dicanangkan oleh sebilangan manusia di negara ini yang mendapat restu sang politikus curang.

Sebelum itu, adalah lebih baik anda semua menggunakan akal yang sihat dalam membuat pertimbangan yang adil dan terbaik. Sila gunakan akal yang diberikan percuma oleh Allah untuk berfikir mengenai perkara ini, dan jangan gunakan kepala lutut yang dipalu oleh orang-orang politik.


Kit Siang memilih untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa sekular untuk menyelesaikan masalah Melayu, anda setuju?


Saya tidak mahu menulis panjang kali ini, saya hanya mahu menegur sedikit kepada beberapa orang yang menjadikan politik sebagai fokus kehidupan. Saya mahu bertanya kepada kamu semua, kalau diberi pilihan antara perintah Allah dengan politik, mana satu kamu akan pilih?

Pasti ramai tanpa rasa malu akan memilih perintah Allah sedangkan mereka seharusnya berasa malu untuk membuat pengakuan itu jika dihadapkan ke hadapan Allah. Kenapa? Kerana lidah mereka mengucapkan taat setia kepada perintah Allah sedangkan hati mereka jauh lebih taksub kepada pegangan politik, itu curang namanya.

Tidak perlu kita ambil contoh yang jauh-jauh, kita ambil sahaja contoh yang ada di depan mata. Kita lihat kepada isu hak asasi manusia dan orang yang menggerakkannya serta orang-orang dungu yang berdiri di belakang penggerak itu.

Ambiga pernah mempersoalkan hak penjagaan anak orang Islam yang mana wanita itu menuntut supaya anak orang Islam tidak diberi hak untuk dibesarkan mengikut ajaran Islam sehinggalah anak itu mencapai usia matang bagi memilih mana-mana agama yang dipercayainya walaupun ibu bapanya adalah orang Islam.

Kalau kamu orang Islam yang mengenali musuh agama kamu, sudah pasti kamu tidak akan pernah bersetuju dengan permintaan wanita itu sehingga kiamat kerana wanita itu menanam muslihat untuk merosakkan anak-anak kamu dan agama kamu.

Tetapi, apabila Ambiga yang sama tampil pula dengan slogan BERSIH pilihanraya, maka ramai pula orang Islam yang bertuhankan POLITIK DEMOKRASI bersetuju dengan wanita itu sedangkan wanita itu mempunyai muslihat terancang untuk melakukan sesuatu mengikut kehendaknya.


Persoalannya, di mana pendirian kamu wahai umat Islam yang bertuhankan demokrasi? Jangan persoalkan pendirian saya wahai RattleHead, pendirian saya tertumpu kepada agama saya. ^_^ Kamu minat muzik dalam hidup ini dan berbangga dengan pendirian itu? Kenapa tidak secara jelas isytiharkan bahawa kamu bangga dilahirkan sebagai orang Islam yang menghormati orang lain? Oh, kamu mahu mengaku pula bahawa kamu juga sebenarnya berbangga menjadi orang Islam selepas saya simbah kamu dengan kata-kata di atas? Kalau begitu, di mana pendirian kamu? Kamu suka muzik atau kamu suka dilahirkan sebagai orang Islam yang diberi akal percuma oleh Allah? Mana pendirian kamu? RattleHead, please tune your head with analogue pitch tuner or even with digital pitch tuner & make sure it does not rattle anymore.

Kenapa saya mengambil Ambiga dalam contoh pertama, ia kerana ada umat Islam yang curang sedang berdiri di belakangnya iaitu umat Islam yang tiada pendirian terhadap agama, pendirian yang boleh diubah-ubah seandainya ia memihak kepada politik demi kepentingan merebut kekuasaan demokrasi yang mereka idamkan.

Siapa pula orang yang berdiri di belakang Ambiga dan apa kepentingan mereka untuk berdiri di belakang wanita sang musuh Islam itu lalu diangkat Ambiga itu sebagai ‘khalifah’ kamu semua?

Oh, ada lagi satu perhimpunan, Himpunan Sejuta Umat. Tapi malangnya, ada orang Islam sendiri yang mengatakan ia hanya himpunan sejuta buih-buih di lautan, lalu tidak langsung hadir demi mengukuhkan pendirian umat Islam dalam menangani isu murtad. Kalau mereka itu sejuta buih di lautan, orang yang berkata itu pula buih apa, buih dalam tangki najis, buih dalam gelas arak atau buih dalam lendir zina?

Tahu siapa yang mengucapkan kata-kata itu yang menyamakan perhimpunan itu sebagai sejuta buih di lautan? Sudah tentu mereka itu orang yang mempunyai fahaman politik melebihi perintah Allah supaya bersatu sesama umat. Selagi apa jenis perhimpunan yang tidak mendatangkan untung kepada politik kepartian mereka, sudah tentulah ia akan diperlekeh walaupun ia adalah untuk kebaikan sesama umat Islam. Itu perbuatan curang yang tidak berpendirian.

Apabila Ambiga tampil pula dengan slogan hak asasi manusia bagi golongan homoseksual, lesbian, pondan dan ‘jantan tak siap’ serta pengkid, puak yang sama juga mahu playsafe dan tidak serius membantah walaupun hanya mampu menyalak atau berkokok bagi membantah terhadap wanita yang pernah mereka ikut dalam Bersih tidak lama dulu.

Selepas itu, seorang politikus tampil dengan statement playsafe yang cukup dibanggakan oleh pak-pak angguk. Apa statement itu? Saya petik dari blog Muslimdairyz yang turut berbangga dengan statement itu, statement itu ialah:

"KAMI MENGAMBIL CONTOH BAGAIMANA ANWAR IBRAHIM MENJAWAB PERTANYAAN APABILA PARA ANGGOTA MEDIA BERTANYAKAN TENTANG SIKAP BELIAU TERHADAP ISU HUDUD..

BELIAU BERSEDIA DENGAN PILIHAN.

JIKA BELIAU MENJAWAB YA MAKA BELIAU AKAN DIGOLONGKAN SEBAGAI KONSERVATIF..

JIKA TIDAK MAKA..BELIAU AKAN DILABEL SEBAGAI PLURAL DAN LIBERAL…

JUSTERU BAGAIMANA BELIAU MENDEPANI ISU INI..

DALAM MEDAN POLITIK DAN KONTEKS DEMOKRASI YANG SERBA SERBI RELATIF DAN SUBJEKTIF..

KAMI TERTARIK DENGAN KAEDAH BELIAU MENJAWAB..

SEBAGAI MUSLIM SAYA WAJIB MENYOKONG TANPA SEBARANG PREJUDIS..

TETAPI DALAM BERDIRI DI ATAS PAKATAN BERSAMA BUKAN ISLAM DAN OLEH SEBAB IA MERUPAKAN BUKAN DARIPADA CABANG PAKATAN BERSAMA DAN TERMASUK PERKARA YANG TIDAK DISEPAKATI JUSTERU IA SEHARUSNYA TERMAKTUB KEPADA PENDIRIAN PARTI YANG INGIN MELAKSANAKAN DAN PENDIRIAN ITU HENDAKLAH DIHORMATI BERSAMA…"


Ada something fishy dalam jawapan tersebut, kenapa mesti ada TETAPI kalau pendirian sudah memihak kepada Islam dan hudud? Tidak nampak di mana ‘fishy’ itu? Perlu cerdik wahai saudara saudari semua, DAP menolak hudud. Jawapan yang dibanggakan Muslimdairyz itu pula ada klausa yang lebih ‘fishy’ iaitu ‘ia seharusnya termaktub kepada pendirian parti yang ingin melaksanakannya dan pendirian itu HENDAKLAH DIHORMATI BERSAMA’. Masih buta untuk melihat dan menilai statement? Adakah DAP menghormati PAS dalam persoalan hudud? Apa kata DAP setiap kali isu hudud ditimbulkan PAS? It’s fishy, am I right or wrong? Islam itu konservatif kalau Anwar jawab 'ya'? Menghampiri maksud jumud dan mundur?

Berapi-api minta 4 saksi, tetapi untuk melaksanakan hudud pun masih bergaduh sesama sendiri. DAP berkali-kali melangkah 'mayat Islam' tetapi orang Islam PAS sekali pun tidak pernah mahu melangkah DAP. Apakah kamu dihormati? Apakah agama kamu dihormati? Apakah hak memiliki lebih banyak 'kerusi' berbanding DAP kerana kamu parti terbesar dalam pakatan itu dihormati? Apa sudah jadi dengan kebijaksanaan PKR dan PAS dalam menduduki lebih banyak kerusi daripada DAP? Kalau Pakatan menang, siapa yang majoriti dalam bilangan kerusi? Adakah DAP yang majoriti itu akan ikut cakap PAS dan PKR yang lebih sedikit jumlah kerusi berbanding DAP? Kamu suka demokrasi, tetapi kenapa terlalu bodoh dalam memahami maksud majoriti dalam demokrasi? Kenapa tidak nampak keganjilan dalam pembahagian kerusi demi memastikan Islam dominan dalam tarian demokrasi DAP? Kamu tidak suka kalau ada orang bercakap mengenai Melayu, tetapi saya sedang bercakap mengenai Islam di sini yang tidakpernah dominan dalam pakatan bersama PKR dan DAP. Saya tidak cakap seperti 'child politics' di sini, saya bercakap mengenai Islam yang semakin tidak dominan di sisi Pakatan. Saya lebih pentingkan Islam dan lebih berminat dalam hal dominasi Islam.

Adakah hanya kerana Anwar tidak mahu dilabel sebagai plural dan liberal maka jawapan itu menjauhi pendirian tegas seorang Islam yang mahukan hukum Allah ditegakkan? Mana satu pendirian orang-orang ini dan pengikut-pengikut bagi orang-orang ini? Nabi pernah dicerca dan dibaling batu semasa berdakwah, takkanlah hanya semata kerana dilabel konservatif maka pendirian teguh terhadap menjunjung perintah Allah ditolak ke tepi? Adakah para khalifah ulung juga pernah takut dilabel curang kepada agama hanya semata-mata mahu menjaga kepentingan kafir?

WAJIB MENYOKONG TETAPI ADA ‘TETAPI’… what the… berbelit-belit, tidak menjelaskan pendirian dengan jelas.

BERDIRI sebagai orang Islam yang taat perintah Allah atau berdiri sebagai ‘atas pakatan bersama’? Jenis pendirian apakah itu? Jangan kata Pakatan, UMNO dalam BN pun sama. Jawapan yang ‘fishy’ selalunya merupakan JAWAPAN YANG PANJANG DAN BERBELIT-BELIT seperti contoh jawapan yang dibanggakan itu, belajarlah mengkaji keihlasan melalui tutur kata orang lain. Jangan jadi hamba demokrasi. Jadilah hamba yang taat perintah Allah.

Apa pula istilahnya yang sesuai bagi orang yang cakapnya berbelit-belit? Jangan pula sampai terbelit.

Muslimdairyz, kalau mahu sembur saya, silakan... kenapa tidak buka ruangan komen di blog kamu? Oh, kamu kata tidak perlu buka ruang komen? Majlis ilmu perlu ada soal-jawab, barulah terang benderang 'taman syurga'... faham?

Katakanlah, kamu bercakap begini: “saya Islam TETAPI saya tidak solat, tidak puasa. TETAPI saya masih teguh bersama ISLAM dan suka dengar muzik Metal sampai beberapa kali terlepas waktu solat kerana asyik pergi gig.” Boleh terima jawapan begitu yang mengaku masih teguh bersama Islam sedangkan tidak teguh pendirian mendirikan perintah Islam? Berbelit-belit, bukan? Ada baiknya kalau mendengar perintah Allah dan patut taat kepada perintah-perintah itu.

Saya tidak mahu memusatkan semua secara panjang lebar di sini. Mungkin ada masa lain yang sesuai untuk tujuan itu.

Jangan memihak kepada politik, jangan memihak kepada mana-mana orang, tetapi memihaklah kepada kebenaran biarpun kebenaran itu tidak memihak kepada orang-orang yang kita sayang. Itu pendirian saya.
Suatu masa dulu, ramai yang mengerjakan solat hajat memohon Allah tunjukkan segala kebenaran bagi mengurai kekusutan politik negara. Samalah juga dengan permintaan Bani Israel yang meminta Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diturunkan kebenaran kepada mereka kononnya dengan cara itu boleh menjadikan mereka beriman, tetapi Bani Israel tetap mendustakan segala kebenaran itu biarpun selepas menjamah Manna dan Salwa.

Telah banyak bukti Allah turunkan kepada kamu semua dalam meniti masalah politik negara jika kamu semua daripada golongan yang melebihkan politik daripada agama. Bukti-bukti diturunkan dalam pelbagai bentuk untuk difikirkan, tetapi bukti yang macam mana lagi yang kamu semua mahukan?

Kebenaran itu tidak menyebelahi sesiapa, tetapi kamulah yang wajib menyebelahi kebenaran. Kebenaran itu perlu dibuktikan, berlaku adillah kamu semasa ia dalam proses pembuktian.

Jangan spin-spin di sini. Hanya orang yang tidak tahu menerima kenyataan sahaja akan melakukan spin yang memperlihatkan kegoyahan pendiriannya sendiri.

Jangan pula cepat melatah, saya tidak mengatakan sesiapa pun sebagai homoseksual di sini, saya pula tidak mengatakan sesiapa pun sebagai munafik di sini. Jangan cepat melatah.

Pendirian kamu pula? Pendirian yang boleh spin-spin ikut nafsu politik? ^_^

Saya tidak cukup masa untuk menulis panjang-panjang, mungkin lain kali sahaja dan semburlah saya dengan perkataan yang cerdik-cerdik dan ada fakta yang masuk akal.

Saya hamba Allah,

Saya bukan hamba politik dan juga bukan hamba demokrasi dan bukan hamba jajahan mental oleh para ahlul politik.

Lain masa nanti, saya menulis lagi mengenai perkara ini. Maaf kalau saya tersiat-siat hati kamu yang berkenaan.

BERHIJRAHLAH KAMU DARIPADA MENTALITI TAKSUB POLITIK KEPADA MENTAATI PERINTAH ALLAH.


-CRUDGEL-

10 comments:

Anonymous said...

pedas TETAPI ikhlas..

:)

Anonymous said...

macam mana dengan bn.... diaorang lagi jelas tetap menolak hudud

Sir said...

Orang-orang seperti ini yang kita kurang ada dalam dunia politik... Saya ambil contoh seorang ahli parlimen PAS yang juga seorang saintis nuklear memberi komen tentang projek Lynas.

Dia sendiri kata Lynas tak berbahaya tapi disebabkan mencari publisiti politik mereka bangun mempertikaikan apakah kepentingan pemprosesan nadir bumi.

Sebagai seorang manusia biasa, saya lebih melihat kejujuran di mata ahli Parlimen PAS dari Pakatan Rakyat . Kerana beliau saintis nuklear dan PR parti politik yang semua orang tau buat apa pun nk bangkang.

Tulisan ini patutnya diterima oleh semua orang, tetapi masalah orang Melayu sekarang ini mereka terlalu TAKSUB dan sokong apa saja yang boss depa kata.

Boss kata jangan pergi Himpunan Sejuta Umat depa tak pergi sbab ada kepala yang tegas memperjuangkan Islam di Selangor...

Ada video terang2 gambar si pelaku pun tak percaya kena cari 4 orang saksi. Kita bukan tuduh dia zina kita tuduh dia betui ka dia nih dalam video...Buat pa suruh cari 4 saksi pun saya tak tau... Kdg2 depa manipulate Islam .. Sayang

bani jawi said...

memang benar .... blog Muslimdairyz memang mengarut, sesat dan menyesatkan... berbelit2 mengalahkan ular sedang mengawan....

mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan ... hinggakan semua kebenaran yang ada tenggelam didalam kebatilan... ia saing tak tumpah seperti islam liberal dan demokrasi yang membolehkan segala perlakuan..... menjadikan politik seperti tuhan... matlamat menghalalkan cara...

Anonymous said...

Sayang betul dengan DAP. DAP rasis komunis pun tak apa asalkan bantu dia orang menang kursi. Kerana DAP tu komunis, mereka juga nak jadi komunis. Ada bloger yang beria-ia sokong komunis dan sanggup palsukan sejarah Johor dan hina Kiyai Salleh. Boleh ke pecaya puak ni? Saya rasa puak ni dah diresap fahaman komunis. crudgel boleh ulas perkara ini?

CRUDGEL said...

salam semua,

Saya bukan bermaksud mahu menghentam sesiapa. TETAPI (ada tetapi ye..), saya tidak akan duduk senang kalau agama saya digolek macam bola dan ditendang ke sana ke mari tanpa jaminan untuk dihormati.

Saya tidak memihak kepada BN atau Pakatan, saya hanya memihak kepada agama saya. Itu pendirian saya.

Nuruddin, untuk link itu, saya serahkan kepada admin blog iaitu Abatasa. Saya hanya penulis jemputan di sini.

Berhijrahlah semua.

- Surrey, England.

Anonymous said...

Salam untuk saudara crudgel..

Bernas dan tepat sekali ulasan saudara.Saya menyokong sendiri apa yang saudara katakan tetapi sayang saya sendiri cuba sedar kawan-kawan saya tetapi dilabel bermacam-macam..

harap saudara terus menulis untuk menyedarkan sebeberapa orang melayu islam yang lain...

terima kasih

Anonymous said...

tu la pemuja anwar kalu korang nak tau.. dah terang lagi bersuluh pun tak nampak lagi klu dah taksub mcm gitu, muak aku dgn muslimdairyz tu. celaru & takde fokus. tpi dia klu bab mengutuk org dlm blog dia mmg terer la, tu la 'akhlak' dia. rattlehead tu sape pulak.

Anonymous said...

meroyan la muslimdairyz tu lps ni.... mmg dah bebal tu, ckp berdekah-dekah tp otak bebal

ABTS2 adm said...

Salam kembali tuan Nuruddin Azri ibn Zulkifli

Terima kasih sudi ziarah "daerah neutral" ini.

"..dan saya sendiri pun sudah.. "

Demi ilmu dan kemenfaatan umat, kami tiada masalah menunaikan permintaan tuan. Bergantung sejauhmana keikhlasan tuan. Semoga membantu.

ADMIN

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan