Monday, May 23, 2011

Perang Dunia III - pandangan paranormal

Anda tidak perlu percaya dengan tilikan para penilik dan ramalan ahli paranormal terutama jika mereka bukan Muslim.  Anggap sahaja sebagai bacaan biasa. Namun situasi semasa sememangnya menunjukkan kepada satu keadaan yang mencemaskan walaupun sebahagian besar penduduk bumi tidak menyedarinya.


Masih teringatkah anda mengenai kalender suku Maya yang menyatakan bahawa kiamat diramalkan akan terjadi pada tahun 2012. Akan tetapi ada juga para ahli spiritual yang menyatakan bahawa di tahun 2014 nanti akan muncul Perang Dunia ke-III. Ramalan tersebut diramalkan oleh paranormal yang ada di Rusia.

Sekelompok organisasi di Rusia, yang terdiri dari peramal dan paranormal. berkumpul untuk mengaitkan fenomena yang akan terjadi dalam waktu terdekat dan di masa depan.

"Fenomena yang mereka anggap sebagai akhir dari krisis kewangan, ternyata belum benar-benar berakhir. Ini merupakan permulaan dari krisis yang lebih besar dan akan terjadi dalam waktu terdekat," ujar ahli astrologi, Aleksei Kolov, seperti dikutip dari Pravda.ru, Minggu (27/3/2011).

Ramalan yang lebih menarik dipaparkan oleh ahli astrologi lain, Pavel Globa. Menurut Globa, semua orang percaya bahawa ini merupakan tahun yang tenang. Namun Globa tidak setuju.

"Bagaimana boleh disebut sebagai tahun yang tenang jika Jepun disibukkan dengan gempa. Akan ada perang yang berlangsung di beberapa negara tahun ini, tetapi tidak di negara-negara lain. Kecuali saat musim panas berlangsung. Musim panas kali ini cukup sulit. Akan ada sekira tiga gerhana yang hadir berturut-turut pada sekitar bulan Jun dan Julai. Tahun ini jumlah keseluruhan akan ada kira-kira enam gerhana. Kita pernah mengalami tahun bencana dengan fenomena yang sama pada 20 tahun lalu, ketika Soviet Union runtuh, "ujar Globa.

Globa memberi amaran bahawa gerhana merupakan petanda bencana tahun ini. Gerhana terakhir akan terjadi pada 10 Disember, saat ini akan terjadi konflik di Balkan.

Menurut Globa, perhitungan perbintangan dan fenomena alam di tahun ini hampir sama dengan 1939, tahun permulaan ketika perang dunia ke-2 akan terjadi.

Sayangnya Globa tidak mengatakan negara mana yang akan mencetuskan perang tersebut. Hanya saja ia percaya bahawa revolusi di Afrika akan mencapai Rusia. Demonstasi rakyat akan berlangsung di sebahagian besar negara pusat Asia.

"Peristiwa tersebut terjadi kerana fenomena alam yang bernama Black Moon. Fenomena Black Moon ini telah mencetuskan beberapa bencana dunia seperti perang Libya dan gempa Jepun. Saat NATO menyerang Libya, Black Moon berada pada kedudukan sejajar dengan matahari. Bahkan saat gempa Jepun, Black Moon berada sejajar dengan Uranus, "ujar Globa.

Dalam waktu dekat, para peramal itu juga meramalkan akan ada revolusi di Syria dan Yaman. Pemimpin Yaman akan dapat digulingkan. Satu-satunya negara yang dianggap selamat oleh para ahli nujum itu hanya Algeria. Meskipun akan terjadi rusuhan di negara tersebut namun dianggap tidak akan berlangsung lama.

"Saya telah mempelajari kaji bintang terhadap pemimpin tiap negara. Presiden Algeria merupakan satu-satunya pemimpin yang tidak mempunyai karisma. Tarikh lahirnya sama dengan Gorbachev, 2 Mac 1931. Dia sepertinya akan hidup damai, memiliki kapal pesiar dan vila. Tidak akan ada revolusi di Algeria, "ujar Pavel Globa.

Sedangkan untuk takdir pemimpin Libya, Ghadafi, tidak banyak ahli nujum yang boleh meramal kerana tidak ada yang tahu tarikh lahirnya, apakah pada 1937, 1940, atau 1942. Namun menurut Globa, jika ia lahir pada 7 Jun, kemungkinan ia akan meninggal dunia di tarikh yang sama dengan hari lahirnya kerana akan ada gerhana pada tarikh tersebut.

Paranormal yang lain, Lara vais, mengatakan bahawa Jepun belum pulih daripada trauma gempa dan tsunami. Gempa hebat akan melanda Jepun lagi dan semakin ramai orang di bumi ini yang akan terbunuh.

Andrei Dondukov, seorang cenayang (pawang) dari Republik Tuva, mengatakan bahawa 2009 ditandai dengan era Yamaraj yang bermaksud dewa kematian.

"Setiap orang akan bertanggung jawab atas semua yang mereka lakukan selama ini. Era kematian akan ditutup pada 5 November," kata Dondukov.

Selanjutnya Dondukov berkata, lelaki akan mula kehilangan kekuatan dan kekuasaan yang selama ini selalu dikaitkan dengan jantina-kelakian tersebut. Saat ini era perempuan yang akan mula berkuasa.

"Selama ini kita hidup di era patriarki (sistem masyarakat yg sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki). Era ini akan berakhir dan kekuasaan matriarki (penguasaan wanita) akan kembali di mana saatnya perempuan yang berkuasa," ujar Dondukov

sumber

9 comments:

Anonymous said...

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan sebagai petanda-petanda yang terdekat.

1.Bulan penuh selama 2 hari pada bulan april2011. Kebiasannya hanya pada mlm ke 15 sahaja. Tetapi apa yang berlaku malam 15 dan malam 16 bulan mengambang penuh. Satu fenomena yang jarang berlaku. Isyarat kepada RAJA segala-gala RAJA dari keturunan ADAM.
2. Bunyi guruh bergema seolah-olah ada frekeunsi yang lebih halus sering berulang-ulang. kemungkinan HAARP digunakan. Supaya wujudnya gempa. Kecoh dan harubiru kan dan bantuan akan sampai. Dan meneliti sejauh mana tindakbalas GOYYIM pada keadaan. CHAIN REACTION. Contoh terbaru JEPUN selepas ACHEH.
3. Projek makanan "halal" dimulakan seiring dengan krisis makanan. Pesanan:- Sediakan lah garam banyak-banyak.
4. Tsunami skala yang lebih besar (10-10.4)akan berlaku ditengah-tengah Lautan Atlantik. Jepun, Mexico, Barat negara Amerika(USA) seperti bandaraya Los Angeles, Colombia, Filipina, Timur Laut Australia, Utara New Zealand dan Sedikit Timor Timur. Syukur Malaysia( Tanah yang Dijanjikan terlindung dari perkara ini). kapal perang pengangkut pesawat dan kapal Hidrografi dan covert USA lama doh berpusing-pusing satu dunia. Anak implan mereka(termo nuklear)lama dh tertanam hanya petik punat sahaja akan berlaku. Tanah Jawi je dok berani puak-puak ni nak tanam. Tanam-tanam hilang. pening kepala puak2 ni. Hanya krisis dalaman akan dimulakan dengan "Percikan api yang kecil" dengan harapan "bagaikan api dalam serkam" yang telah lama tersimpan menjadi marak. Politik picisan dimainkan tanpa mengira platform mana. Ingat gajah-gajah berperang pelanduk tetap jadi mangsa! gajah-gajah ini adalah keturunan-keturunan yahudi yang telah berhijrah sejak kurun ke 18 lagi ke tanah JAWI dan telah pun memegang tampuk-tampuk di atas. Laksana Kamal Artartuk! Jadi jangan jadi pelanduk. Buat tidak reti sahaja. Sebab Tuhan lagi MAHA PERANCANG.
5. Pelik. Kristian Orthodox dan Konservatif akan berlawan dengan kristian pelampau. Yahudi Orthodox berlawan dengan Rejim Yahudi. Begitu juga Islam Radikal akan berlawan dengan islam yang moderate. Buddha fanatik akan berlawan dengan buddha yang diam dn zuhud(sedikit contoh di Tibet dan Sempadan Burma Thailand). Dan akan berterusan.
6. Kebangkitan rakyat Mesir adalah perlambangan kebangkitan rakyat Singapura. Mesir negara yang banyak kepala patung-patung Singa purba, Manakala Singapura kepala singa zaman moden. Lihat keputusan pilihanraya Singapura baru-baru ini. Perang saudara di Libya adalah sebagai perlambangan Perang saudara di Thailand yang akan bertumpu di selatan. Perlambangan terusan Suez adalah Segenting Kra. Hindu tidak dapat dipastikan kat mana berlaku. Mungkin Nepal kot.

Percaya jangan. hanya Manikam sahaja yang mengenal Jauhari.

Sekian.
PUTU MAYAM

mahad firdaus said...

Ya saya nampak kemungkinan ini... TQ

Anonymous said...

salam...kenapa GARAM??? memang kita tak tahu apa persediaan yang diperlukan, tapi kalau ada perkara yg boleh dikongsikan bersama, silalah beritahu. ya, selain daripada doa & mula baca surah al-kahfi.wajarkah kita bersiap sedia menyimpan bekalan makanan dll keperluan?

Anonymous said...

Dari Abdullah Bin Umar

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al - Bazzar

Anonymous said...

BANGKOK: Panglima tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha semalam mendakwa gerakan pemisah di selatan negara itu diarah oleh pihak asing dari seberang laut.

Prayuth berkata demikian sebelum berlepas ke selatan untuk melihat sendiri usaha tentera mengawal keganasan yang melanda wilayah itu sejak awal 2004.
Cerita lanjut :-

http://kebangkitandaritimur.blogspot.com/2011/06/pihak-asing-campur-tangan-di-selatan.html

Putu Mayam

Anonymous said...

Berita di atas merujuk komen sebelum ini:-
6. Kebangkitan rakyat Mesir adalah perlambangan kebangkitan rakyat Singapura. Mesir negara yang banyak kepala patung-patung Singa purba, Manakala Singapura kepala singa zaman moden. Lihat keputusan pilihanraya Singapura baru-baru ini. Perang saudara di Libya adalah sebagai perlambangan Perang saudara di Thailand yang akan bertumpu di selatan. Perlambangan terusan Suez adalah Segenting Kra.

Putu Mayam

Anonymous said...

Salam,

Minyak masak pun banyak berguna, sumber bahanapi (pelita lama) dan goreng pun sodap. Senang sbg bahan Barter. Emas,perak,syiling nickel(bukan duit kertas) masih boleh berfungsi sbg matawang.

Anony 3.28am

Anonymous said...

salam,

oo..terima kasih putumayam.

kenapa garam?

agaknya kerana garam boleh kita proseskan makanan spt ikan,dsb sebagai ikan masin (boleh simpan lama & tahan)..betol tak?

Anonymous said...

satu lagi, aku rasa kita boleh belajar buat capati (guna tepung atta je) jadi, xyah ler depend on beras semata..

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan