Thursday, May 27, 2010

Memori: Kagumi Keindahan Ciptaan

BUKIT HIJAU 


Masa kecil dahulu ayahku sering membawa aku ke sebuah kawasan hutan rimba yang sunyi sepi, hanya kedengaran desiran kuat bunyi rempuhan air keatas batu-batuan.  Ketika itu aku berumur kira-kira 8 tahun.

Keadaan tempat itu telah banyak berubah ketika ini. Kedinginan hawa rimba dan bauan herba semulajadi sudah lenyap dan tiada lagi keunikan bunyian indah sang burung dan segala mergastua.

Pada ketika pertama kali sampai disana membonceng motosikal ayahku Honda Cub 50cc warna merah. Motosikal  Honda yang pertama di kampungku.  Sebelum itu hanya ada Lambretta, Triumph dan Norton.  Itupun bukan kepunyaan penduduk kampung. Pelawat dari luar.  Kira-kira ayahku lah yang pertama bermotosikal di sini. Lebih kurang macam ini.

Ayahku sering singgah disana menyedut udara nyaman dan harum rimba. Disinilah aku kenali bau buah "kulim" yang busuk tapi "sedap"... ahhh...  tak tahu macamana nak cerita.  Disana ada sebuah kolam takungan siap dengan papan terjun yang dibina oleh pengurus estate berdekatan untuk tempat rehat hari minggu mereka. Orang Putih yang menjadi manager estate itu telah lama menemui tempat unik ini dan ia dijaga dengan rapi siap dengan pondok persalinan, tempat memasak dan bangku santai.  Kini semua itu sudah tiada lagi.

Pada masa dahulu tempat itu juga sering dilawati oleh gajah, harimau dan pelbagai haiwan rimba yang lain, namun tiada sebarang gangguan terhadap manusia. Mereka segera menghilangkan diri bila terasa kehadiran manusia. Memang menganihkan.

Sejuk. Memang sejuk tempat itu. Mengalahkan kesejukan aircond masakini. Sebab itu mat saleh suka lepak disana. Tidak ramai orang kampung yang tahu tempat itu walaupun jauhnya hanya kira-kira 3 kilometer sahaja melalui jalan ladang getah Badenoch.Estate.  Mungkin penduduk kampung takut hendak ke sana kerana pernah menjadi sarang komunis satu masa dahulu dan masih aktif sehingga akhir tahun 60an.

Ayahku sering sembahyang sunat kat salah sati batu hampar dicelah-celah aliran air.  Aku nampak benar kepuasan di wajah ayahku. Akupun amat terharu dengan persekitaran yang sungguh mempesonakan itu.

Memang indah ciptaan Tuhan, tetapi kerakusan manusia telah memusnahkannya atas alasan pembangunan dan pemodenan.

Banyak cerita-cerita misteri di sini yang tidak diketahui ramai. Bukit Hijau mempunyai ceritanya sendiri.
... kan ku sambung cerita ini ....

11 comments:

SHAHi said...

bukit hijau, kuala ketil... kedah?

Anonymous said...

Bukti kebesaran-NYA berada di mana-mana walaupun pada sebatang rokok Dunhill yg membara.

1)Tembakau dari tumbuhan yg dicipta-NYA.
2)Kertas pembalut dari pulpa pokok ciptaan-NYA.
3)Filter dari foam petroleum dari fossil haiwan/tumbuhan ciptaan-NYA.
4)Api dari pembakaran oksigen ciptaan-NYA.
5)Asap dari pembakaran zat organik ciptaan-NYA.
6)Alfred Dunhill pun dari Adam ciptaan-NYA.

Anonymous said...

benar wahai saudara SHAHi. Disana tempat kelahiran saya.

Anonymous said...

Salam saudara Zaidi, terima kasih... kata2 saudara amat bermakna.

Segalanya bermula dari satu akan kembali menjadi satu. Hakikat kejadian amat unik dan sering menyebabkan kita tersalah jangka. Segala ilusi yang menjadi nyata dan segala yang nyata hilang bicara. Fenomena yang tetap menyembunyi RahsiaNya.

SHAHi said...

negeri kelahiran saya juga.. :)

Anonymous said...

Salam ziarah saudaraku ABATASA...

Hebat pengalaman saudara membesar...
ya, dahulu pun saya lebih kurang begitu dibesarkan, cumanya saya tidak berpeluang merasai hari demi hari bersama air terjun... hanya mengail atau mandi di sungai sahaja...

erm... boleh saya teka apa dia misteri di Bukit Hijau ni? Pada tekaan saya, ia adalah salah satu tempat untuk bersuluk? Benarkah?


Wallahua'lam,
Wassalam...
'bradokapak'

Anonymous said...

Salam,

Terima kasih saudaraku berdua. Mengingati masa lalu akan membantu mendewasakan minda kita dan memberi semangat menempuh masa depan. Saudara SHAHi orang Kedah? Alhamdulillah syukur saya ada kenalan dari negeri yang sama. Saya lahir di Kg Seputih, Mukim Bakai, Kuala Ketil, Kedah. Sekolah menengah di Alor Setar (maahad), Klang dan Kg Pandan, terus ke UM (tak tamat).. kini menetap di selangor.. kahwin orang sini. Berguru di Johor. Sdr Orang Gombak, terima kasih kerana sudi menjengah. Nanti saya ceritakan apa yang ada di sana...

Wassalam

SHAHi said...

asal Anak Bukit...kedah

Anonymous said...

saya asal Guar Chempedak...Kedah jugak.

Anonymous said...

Anak Bukit, kawasan istana sultan...
Guar, Kota Sarang Semut disana? Semua miliki sejarah yang tak luput ditelan masa. Kedah masa lalu adalah sebuah negara kota makmur yang amat dicemburui Siam. Beberapa kali ditawan Siam. Musuh no 1 Kedah. Nasib malang sejarahnya banyak deseleweng oleh Inggeris yang menjadi sekutu Siam merobek dan membahagikan tanah jajahan. Syeikh Abdul Kadir Jilani dikatakan pernah melawat Kedah satu masa dahulu.... cuba tanya Tuan Zamany, mungkin dia tahu mengenainya. Khabarnya Syeikh pernah bermunajat dan berdoa agar Islam tidak terlerai dari ikatan Melayu. Islam akan terus bertahan di Tanah Melayu ini walau apa pun musibah yang melanda.

Anonymous said...

blog ni cerita pasal ape??
ilmu tauhid ke??


-budak sekolah-

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan