Saturday, February 20, 2010


FRIDAY, JANUARY 1, 2010



Demokrasi Bukan Ajaran Ahlus Sunnah

Definisi Ahlus Sunnah wal Jamaah, menurut Nashir bin Abdul Karim Al-Aql, adalah golongan kaum muslimin yang berpegang dan mengikuti As-Sunnah (sehingga disebut ahlus sunnah) dan bersatu di atas kebenaran (al-haq), bersatu di bawah para imam (khalifah) dan tidak keluar dari jemaah mereka (sehingga disebut wal jamaah). (Nashir bin Abdul Karim Al-Aql, Rumusan Praktis Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, Solo : Pustaka Istiqomah, 1992, hal. 16).

Dari pengertian Ahlus Sunah Wal Jamaah di atas, jelas sekali bahawa perjuangan menegakkan Khilafah dengan sendirinya sangat sinonim dengan ajaran Ahlus Sunah Wal Jamaah. Ini kerana, Khilafah berkati rapat dengan istilah wal jamaah. Jadi, jamaah di sini maksudnya adalah kaum muslimin yang hidup di bawah kepimpinan khalifah dalam negara Khilafah. Khilafah merupakan prinsip dasar yang sama sekali tidak terpisah dengan Ahlus Sunah Wal Jamaah.

Kesatuan Ahlus Sunah Wal Jamaah dan Khilafah ini akan lebih dapat dipastikan lagi, jika kita menelaah kitab-kitab yang membahaskan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Dalam kitab-kitab aqidah itu, semuanya menetapkan wajibnya Khilafah. Dalam kitab Al Fiqhul Akbar (Bandung : Pustaka, 1988), karya Imam Abu Hanifah (w. 150 H) dan Imam Syafi’i (w. 204 H), terdapat fasal yang menegaskan kewajiban mengangkat imam (khalifah) (fasal 61-62).

Dalam kitab Al-Farqu Baina Al-Firaq, karya Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi (w. 429 H) menerangkan 15 prinsip Ahlus Sunah Wal Jamaah. Prinsip ke-12 adalah kewajiban adanya Khilafah (Imamah). Kata Abdul Qahir al-Baghdadi,”Inna al-imaamah fardhun ‘ala al-ummah.” (sesungguhnya Imamah [Khilafah] fardhu atas umat). (Lihat Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi, Al-Farqu Baina Al-Firaq, Beirut : Darul Kutub Al-Ilmiah, 2005, hal. 270). Dalam kitab Al-Masa`il Al-Khamsuun fi Ushul Ad-Din hal. 70, karya Imam Fakhruddin Ar-Razi (w. 606 H) beliau mengatakan, “Mengangkat Imam [khalifah] adalah wajib ke atas umat Islam.” Pernyataan serupa juga ditegaskan oleh Imam Ibnu Hazm (w. 456 H) dalam kitabnya ‘Ilmu Al-Kalam ‘Ala Mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah hal. 94 pada bab Mas`alah fi Al-Imamah.

Hal yang sama juga terdapat dalam kitab Al-Hushuun Al-Hamidiyah, karya Sayyid Husain Efendi, hal.189, beliau mengatakan,”Ketahuilah bahawa wajib atas kaum muslimin secara syara’ untuk mengangkat seorang Khalifah…” (i’lam annahu yajibu ‘ala al-muslimin syar’an nashb al-khalifah…).

Selain dalam kitab-kitab aqidah seperti dicontohkan di atas, dalam kitab-kitab tafsir, hadis, atau fiqih akan ditemukan kesimpulan serupa bahawa Khilafah memang kewajiban syar’i menurut Ahlus Sunah Wal Jamaah. Imam Al-Qurthubi dalam tafsir Al-Qurthubi (1/264) menyatakan,”Tidak ada perbezaan pendapat mengenai wajibnya yang demikian itu (Khilafah) di antara umat dan para imam, kecuali yang diriwayatkan dari Al-Asham, yang memang asham (tuli) dari syariah (laa khilaafa fi wujubi dzaalika baina al-ummah wa laa baina al-aimmah illa maa ruwiya ‘an al-asham haitsu kaana ‘an asy-syariah asham…). Imam Nawawi dalam Syarah Muslim (12/205) berkata,”Ulama sepakat bahawa wajib atas kaum muslimin mengangkat seorang khalifah.” (ajma’uu ‘alaa annahu yajibu ‘ala al-muslimin nashbu khalifah). Imam Mawardi dalam Al-Ahkam As-Sulthoniyah hal. 5 berkata,”Mengadakan akad Imamah bagi orang yang melaksanakannya di tengah umat, adalah wajib menurut ijma’.” (aqdul imamah liman yaquumu bihaa fi al-ummah waajibun bil ijma’).

Adapun sistem bernegara dan bermasyarakat sekarang, iaitu sistem demokrasi, sama sekali bukan ajaran Ahlus Sunah Wal Jamaah, melainkan konsep kafir penjajah yang sebenarnya haram diterapkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Banyak ulama masa kini yang mengecam demokrasi dan memfatwakan haramnya menerapkan sistem demokrasi. Syaikh Abdul Qadim Zallum dalam kitab Ad-Dimuqrathiyah Nizham Kufrin (1990) menegaskan : “Demokrasi adalah sistem kufur, haram mengambilnya, menerapkannya, dan mempropagandakannya.” (ad-dimuqrathiyah nizham kufrin yahrumu akhdzuha aw tathbiquhaa aw ad-da’watu ilaihaa). Demokrasi disebut sistem kufur, tidak lain kerana menyerahkan hak menetapkan hukum pada manusia, padahal menetapkan hukum hanyalah hak Allah semata (TQS Al-An`am[6]: 57). Kecaman serupa terhadap demokrasi juga disampaikan oleh Syaikh Ali Belhaj dalam kitabnya Ad-Damghah Al-Qawwiyah li Nasfi Aqidah Ad-Dimuqrathiyah. Menurut Belhaj, umat Islam haram mengikuti demokrasi, kerana termasuk perbuatan menyerupai orang kafir (tasyabbuh bil kuffar) (hal 18-19).

Oleh kerana itu, sesungguhnya telah jelas sekali bahawa demokrasi bukanlah konsep Ahlus Sunah Wal Jamaah. Demikian pula, segala sesuatu yang terkait dengan demokrasi itu, yakni idea sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan), yang menjadi idea dasar demokrasi. Juga bentuk pemerintahan yang lahir dari sistem demokrasi, iaitu sistem republik, baik republik berparlimen mahupun berpresiden.

Semua konsep itu (demokrasi, sekularisme, republik) bukanlah konsep Ahlus Sunah Wal Jamaah, melainkan ajaran-ajaran asing yang kafir yang sudah berada di luar lingkaran Islam (laisa minal Islam). Semua konsep asing itu terwujud di Dunia Islam bukanlah terjadi secara damai dan atas kesedaran umat Islam itu sendiri, melainkan terjadi melalui paksaan, iaitu sejak penjajahan yang kejam pada abad ke-19 dan ke-20. Lepih parah lagi setelah Khilafah Islam di Turki runtuh pada tahun 1924. Penjajahan itu selanjutnya membuat sistem pendidikan sekular yang akhirnya melahirkan individu-individu yang mengaku sebagai Islam (dan mungkin mengaku berpegang teguh kepada ajaran Ahlus Sunah Wal Jamaah), tetapi ideologinya sekular-liberal. Mereka tidak kenal, tidak percaya dengan Khilafah. Mereka lebih mengenali dan meyakini idea demokrasi, sekularisme, dan sistem republik. Sungguh ironi dan menyedihkan.

Kita sebagai umat Islam, khususnya Ahlus Sunah Wal Jamaah, wajib kembali kepada ajaran yang benar dalam bernegara dan bermasyarakat, iaitu kembali pada Khilafah, bukan kepada demokrasi. Jika kita mengikuti demokrasi, bererti kita sudah terjerumus ke lembah dosa sebagaimana sabda Nabi SAW :

“Sungguh kalian akan mengikuti jalan-jalan (hidup) umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak, kamu akan mengikuti mereka juga. Para sahabat bertanya, “Apakah mereka orang Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah SAW menjawab,”Lalu siapa lagi?” (HR Bukhari dan Muslim).

Fungsi Khilafah : Menegakkan Syariah


Khilafah bukan ditujukan untuk kekuasaan itu sendiri, melainkan ditujukan untuk menerapkan syariah Islam. Khilafah, menurut Taqiyuddin An-Nabhani (w. 1977), adalah kepemimpinan umum untuk seluruh kaum muslimin di seluruh dunia, untuk menegakkan hukum-hukum syariah Islam dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia (ri’asatun ‘aammatun lil muslimina jami’an fi ad-dunya li iqamati ahkam asy-syar`i al-islami wa haml ad-dakwah al-islamiyah ila al-alam) (Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah, Beirut : Darul Ummah, 2003, 2/14).

Jadi, Khilafah itu sendiri sebenarnya bukanlah tujuan, melainkan sekadar metode (thariqah) untuk menerapkan hukum-hukum syariah Islam dalam segala aspeknya di dalam negeri. Syariah Islam itulah yang nantinya akan menyelesaikan segala masalah manusia (mu’alajat li masyakil al-insan), khususnya masalah yang umum seperti dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan sebagainya. Khilafah juga berfungsi sebagai institusi pelaksana untuk syariah Islam ini. Inilah fungsi Khilafah dalam negeri, yakni menerapkan Syariah Islam khususnya dalam bidang-bidang yang tidak dapat diterapkan kecuali dengan adanya Khilafah.

Sudah saatnya umat Islam, khususnya yang berpegang teguh kepada ajaran Ahlus Sunah Wal Jamaah, untuk kembali kepada Khilafah dan membuang sistem demokrasi yang kufur.

FRIDAY, DECEMBER 25, 2009


SYURA

Ramai orang menganggap Syura dan Demokrasi adalah dua perkara yang sama. Rasionalnya, kerana Syura menerima pakai konsep majoriti sama seperti demokrasi.

PERBEZAAN SYURA DGN DEMOKRASI

Walaupun Syura menerima pakai konsep majoriti tetapi majoriti yang dimaksudkan ialah majoriti ahli Syura yang bertaqwa dan istiqamah dengan Islam seperti penggunaan majoriti perlantikan para khulafa' ar-Rasyidin sedangkan demokrasi menerima majoriti dalam apa keadaan sekalipun.

Syura adalah salah satu daripada ketentuan syarak. Ianya muncul bersama munculnya keimanan dan ketakwaan (Islam), di tempat yang suci (Makkah) dan datang dari tempat yang mulia (ALLAH SWT) sedangakn Demokrasi muncul dari tempat yang jelik (orang kafir), muncul bersama munculnya jenayah dan kekejaman.

Syura membangkitkan perasaan tanggungjawab, melahirkan sifat-sifat yang mulia seperti taqwa, jujur, ikhlas, amanah kesungguhan dalam pekerjaan dan segala peraturan @ undang - undang yang bertunjangkan kepada al-Hakimiyyah al-Uluhiyyah sementara demokrasi membangkitkan aneka macam sifat terkeji seperti korupsi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penipuan, diktator dan aneka ragam jenayah.

0 comments:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan